Epd 25

15.7K 855 63
                                    

"Sya ! "

Puan Risya laju menoleh . Terus terukir senyum dibibirnya . Dia menarik Encik Edham mendekati adiknya , Linda ibu kepada Affan .

Mereka bersalaman dengan gaya sendiri . Begitu juga dengan Encik Edham dan Encik Danish .

Zahra melilau memandang sekeliling dengan pinggangnya dirangkul Eiden erat .

Majlis tentang apa pun dia tak tahu . Kata Puan Risya , majlis kesyukuran . Tetapi siapa punya tak tahu . Sebab mereka dijemput ketika Puan Linda menelefon Puan Risya .

"Eh , Ayden mana ? " soal Puan Linda . Dah 20 minit berborak baru perasan Ayden takda ke ? 😂

"Ayden tak sihat Aunty . Tak cukup rehat mungkin . By the way , Ayden kirim salam dan maaf sebab takdapat hadir " balas Eiden yang dari tadi hanya menyampuk perbualan Daddy dan Encik Danish .

"Waalaikumusalam . Takpelah . Sakit tak boleh dipaksa " ujar Puan Linda .

"Oh ya Lin . Sebenarnya majlis ni untuk apa sebenarnya ? " soal Puan Risya .

Puan Linda ukir senyum lebar .

"Nilah aku nak habaq hang ni Sya ! Majlis harini untuk anak-anak aku " terujanya mula berbicara .

"Anak-anak ? Kenapa dengan Affan dan Affie ? " soal Puan Risya .

"Bukan Affie lah ! Tapi Affan ! Affan dengan Letisha . "

Zahra memandang Eiden . Rupanya suami dia juga memandang dia .

"Letisha ?.." soal Zahra perlahan .

"Ya , Letisha . Khairina Letisha " balas Puan Linda menyentakkan Zahra dan Eiden .

"Mummy " terus mereka disitu berpaling .

Bam !

Berdiri mesra di samping Affan , dia , Khairina Letisha sedang mengukir senyum manis

Bulat mata Zahra memandang Eiden . Eiden menelan air liur tanpa melepas pandangan pada pasangan sejoli ini .

Ya Tuhan...Rina..

- - - - - - -

Ketawa yang amat kuat dilepaskan oleh dua manusia menangkap perhatian tetamu malam ini . Affan masih dengan tawanya sambil mengetuk meja bulat .

Rina sudah merah mukanya kerana ketawa .

Eiden dan Zahra memandang mereka dengan hairan . Apa yang lawak ?

"Mesti waktu dengar nama Rina dengan aku kau ingat kitaorang kahwin kan ? Ahahahhaa " soal Affan dengan sisa tawanya .

Eiden mendengus kasar . Dia tersandar dikerusi putih . Zahra pula terdiam saja sebaik saja mengetahui kebenaran .

"Mestilah bodoh . Tiba-tiba je buat majlis . Dahlah Mama tak cakap majlis apa . Ajak datang je . " balas Eiden . Dia menjeling Affan dihadapannya .

Rupanya , majlis malam ini adalah majlis kesyukuran kepulangan Affan Daniel dan Khairina Letisha ke tanah air .

Kepulangan Khairina juga disambut kerana Puan Linda sudah menganggap Khairina seperti anak perempuannya sendiri . Sudah lama dia menginginkan anak perempuan . Memandangkan Khairina seorang gadis yatim piatu , Puan Linda menyatakan hasrat untuk menjadikan gadis itu sebagai anak angkat .

Pada mulanya , Khairina begitu gelisah untuk menerima . Namun melihat kesungguhan Puan Linda melayaninya memang seperti terlalu inginkan anak perempuan Khairina bersetuju .

Jadi , Khairina ke Itali itu bersama dengan abang angkatnya , Affan . Hari yang mereka nantikan adalah hari ini . Malam ini . Memandangkan malam ini juga Puan Linda akan perkenalkan Khairina pada khayalak umum .

His Baby Girl : My Last LoveWhere stories live. Discover now