“Patut lah ada something fishy sejak mula lagi,” kata Mira, lalu mengurut-urut dagunya. “Budak ni selalu je datang ke rumah dengan seledang lah apa, rupanya tak nak rahsia dia terbongkar, adui,”

“Oi, budak. Panggil abang, abang Haquan tau?,” suruh Aminnuddin Haquan kepada Zaien. Aish, panjangnya nama.

Zaien memandangnya, “Tak nak,”

“Apa kamu kata? Cuba ulang?,” suruh Aminah.

Mama Mila terduduk, lalu mengurut-urut dadanya. “Aduh, lemah jantung aku ni dibuatnya,”

“Jadi.... Korang ni bukan..... Bercinta lah?,” soalku meminta kepastian. Daniel dan Aminah.. Aish, Aminnuddin Haquan melihat sesama sendiri.

“Never,” kata mereka serentak. Aku mengeluh, hampir-hampir terduduk aku dibuatnya.

“Budak zaman sekarang kan, ada-ada lah,” kata mama Mila.

“Maaf, ma. Err, sebab salah sangka,” ucapku perlahan-lahan. Mana lah tahu aku nanti diteriaki dengan kuasa menarik mama Mila. Mahu pekak telinga aku jadinya.

“Tak apa, asalkan Daniel dah berubah balik jadi normal. Bayangkanlah, makan sehari sekali, ajak berbual tak nak, ni korang ni dah kira berbaik lah?,” tanya mama Mila. Membuatkan aku dan Daniel bertolehan sesama sendiri.

Tiba-tiba, kami sama-sama mengukir senyuman sebelum,

“Tak!,” jerit kami serentak.

“Hah, apa lagi masalah korang berdua ni?,“ soal Mira. “Tak faham aku dengan korang ni lah,”

“Mira, jangan nak sibuk hal mereka, ni nak ke kedai buku ni jadi ke?,” nasihat abang Ariel, bukan main lembut lagi ni apa hal?

“Jadi, tapi kejap lagi, nak tengok novela novela,” sorak Mira. Membuatkan aku nak meraup muka dia aje lah.

“Novela?,” soal abang Ariel lebih kepada diri sendiri.

“Kenapa korang belum berbaik lagi ni?,” soal mama Mila, lalu memandang mama Umi yang hanya menjongketkan bahunya.

“Salah dia!,” jawab kami serentak lagi. Sambil saling menunding jari. Membuatkan mama kami mengeluh sambil tergeleng.

“Zaien,” kata Aminnuddin Haquan memberi ishyarat pada Zaien lalu menerima anggukan dari Zaien.

Begitu juga dengan Mira, abang Ariel, mama Mila dan mama Umi. Apa? Apa yang nak terjadi?

Bilik tetamu,

“Oi, buka! Buka! Haram macam ni, haram!,” jeritku lalu menghempaskan pintu yang dikunci dari luar, meninggalkan aku dan Daniel di dalam bilik ni. “Tak guna! Hoi, tolong lah aku buka pintu ni,”

“Sia-sia saja usaha kita, pintu tu dibuat daripada logam,” kata Daniel lalu meletakkan kedua tangannya ke belakang sebagai sandaran untuk dia kekal dalam posisi duduknya. “Kalau kau nak tulang kau patah bila merempuh pintu tu, silakan,”

Tunggu, pintu tetamu diperbuat dari logam. Apa lah fungsinya? Lebih baik jangan difikirkan. Keluarga papa Mikail memang pelik. Amat pelik sebenarnya.

“Kenapa kita tak manfaatkan saat ini je?,”

Manfaatkan saat ini?

“Maksud?,” soalku akhirnya mengalah dengan menghempas-hempas pintu. Nanti kau pintu, walau kau diperbuat dari logam. Aku bom kau nanti. Kataku lalu menjeling pada pintu tadi.

Daniel memandang aku, apa? Apa kau nak?

“Duduk Lisa,” suruh Daniel dengan suara garau tetapi halus dia. Suara yang aku rindui. Suara yang ku hanya mampu mendengar tapi tak ditujukan padaku.

Projek Bantah KahwinNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ