Danny has no longer online and leave this conversation.

Hah? Dia berharap aku cemburu kenapa pulak?? Eh, budak ni. Oh, jangan-jangan dia nak semua orang suka dia dan hanya dia je kot?

Ceh, egonya tinggi lah pulak.

Tapi betul lah, aku dah suka kat dia. Tapi aku tak pasti yang ini cinta ke apa. Mungkin hanya suka.

Esuk, Jumaat.

Melangkah saja aku ke ruang tamu, muka Zaien sudah terpacak di depan mataku. Kalau budak ni ada mesti sekeluarga yang datang kecuali abang Ariel dan Mira.

Aku tak ada mood nak melayan Zaien atau pun Daniel hari ni.

“Mood tak baik, Lisa?,” soal Zaien, berlagak macam orang dewasa. Ya Allah, aku tak tahu dari mana dia belajar bercakap macam ni.

“None of your business,” kataku lalu mendudukkan diri di sisi mama Umi. Mama Umi tersenyum melihatku yang sudah bangun tanpa diteriaki.

“Of course itu urusan saya, sebab you’re mine,”

Esh, meremang bulu roma aku mendengarnya. Mama Mila dan papa Mikail yang berada di sudut bertentangan denganku tertawa besar.

“Zaien, jangan kacau kak Lisa kamu,”

Zaien mengeluh, “Kan dah kata-,”

“Dia bukan kaka Zaien,” kataku meniru suara Zaien. Aku dah agak dengan apa yang dia nak cakap tu. Ku lihat Daniel tersenyum sebelum menyambung bermain telefonnya.

“Betul,” kata Zaien lalu tersenyum puas.

“Zaien, sudah,” perintah papa Mikail lalu membuatkan Zaien mencebik tak puas hati. Haih, budak ni betul lah.

“Umi, Lisa, kami datang ni nak bincang tentang…,” ucap mama Mila membuka perbualan. Lagaknya macam serius je. “Nak bincang tentang hal perkahwinan Lisa dengan Daniel,”

Apa?

Oh, tidak!

“Ma, tak terlalu awal ke ni, kami belum lagi habis belajar lagi kan, lagipun-,” kata-kata Daniel terhenti. Bagai sedar aku ada di sini. “Kita dah bincang tentang hal ni kan?,”

“Daniel, kita bincang bersama Lisa dulu. Bukannya Lisa nak bantah kan?,”

“Uh, armmmmmmm.... Ya?,” kataku tergagap. Aduh, apa yang ku cakap ni?

“See,”

Daniel mengeluh, “Ma, please. Kata datang sini nak bincang tentang abang Ariel. Ini kenapa Daniel pulak dibawa-bawa ni?,”

“Mama tipu,” beritahu mama Mila tak bersalah.

“Mama,”

“Biar lah mama kamu berbincang dulu Daniel, mama kamu ni malam-malam asyik merungut kat papa bila nak bincang pasal perkahwinan kamu ni, sakit telinga papa,”

“Merungut pulak orang tua ni,” rajuk mama Mila lalu beralih menghadap aku dan mama Umi berdua, “Macam mana Umi, kamu setuju dengan berbincangkan hal ni sekarang?,”

“Saya ikut saja lah, Mila. Lisa pun nampaknya tak ada lah membantah sangat,”

“Ma,” kataku bila melihat mama Umi seperti menyokong idea mama Mila. Tapi mama Umi hanya tersenyum sahaja.

Tak apa, ini baru perbincangan. Bukan rancangan pun. Macam mana ni? Aku dan Daniel dah kehabisan idea untuk projek kami

“Ma, Pa kita bincang kat luar kejap,” suruh Daniel yang sudah berdiri dari duduknya. Papa Mikail dan mama Mila sudah berdiri lalu mengikuti Daniek ke beranda rumah.

“Jangan...kacau...rancangan...Daniel...sebab...ini...bukan..,”

“Seriusnya mama dan papa,” beritahu Zaien mengangguku membaca bibir mereka. Aku menjeling pada Zaien tapi jelinganku sia-sia kerana dia tak melihat padaku langsung.

Tunggu,

Rancangan Daniel? Subhanallah, jangan-jangan, dia rancang nak kahwin dengan Aminah tak?

Ya Allah!

“Sibuknya kamu,” kataku.

“Lisa, apa saja yang ada dalam fikiran kau tu, aku rasa lebih baik kau buang je,” nasihat Zaien tapi matanya masih terancap pada skrin tablet.

“Maksud kau?,”

“Apa?,” soalnya kembali.

Eee, budak ni. Sekejap dia cakap ni, sekejap itu. Pening aku dibuatnya lah.

“Kenapa Zaien?,” soal mama Umi yang bagai baru tersedar akan perbualan kami.

“Tak ada apa, aunty,”

Well, ini sememangnya pelik yang teramat. Zaien seperti tiba-tiba je dapat membaca fikiran aku. Beberapa minit kemudian, tiga anak beranak sudah masuk kembali ke rumah.

Mama Mila mengeluh, “Nampaknya perbincangan kita tentang perkahwinan Daniel dan Lisa terpaksa ditangguhkan,”

Wah, Daniel berjaya menangguhkan perbincangan ini? Apa yang Daniel beritahu? Jangan-jangan dia nak beritahu tentang Aminah dia ni tak? Allah, apa dah jadi ni?

“Tapi, kamu nak baju kahwin kamu warna apa?,”

“Mama,” kata Daniel, memberi amaran.

“Ok.. Ok,” akhirnya mama Mila mengalah lalu tersandar sebelum mendapati mama Umi untuk berbual kosong.

Manakala papa Mikail seperti sudah mengeluarkan telefon bimbitnya. Daniel membuat isyharat ‘menyuruh aku keluar’ kepadaku. Aku berjalan keluar apabila Zaien dengan sibuknya bermain telefonnya.

Sekali lagi, melihat Daniel berposisi macam tu. Membuatkan jantungku berdegup kencang. Aduh, kenapa lah aku jahil sangat dahulunya? Berkeras sangat kata ini bukan cinta.

Cinta ke ni?

Ha..

Hanya suka.

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now