Dia berdecit kecil sambil bercekak pinggang.

"Takpe tak payah. Aku tak suka susahkan orang."

Aku masih lagi dengan keputusan aku. Ya, you can call me degil, jual mahal and sebagainya. Aku tak heran pun.

"Adohhhhh Kyung Kyung! Please jangan cakap kau susahkan aku. Mana ada susah. Kalau pasal kau, semua benda boleh jadi senang. Kecuali exam ar. Sebab aku tak boleh fokus pada soalan sebab asyik teringat kau."

Dia gelak dengan ayat cia cia tahun 70-an dia. Aku tak beri sebarang reaksi. Tapi dalam hati berharap juga supaya mamat ni lesap tiba-tiba ala-ala jin Aladdin tu. Dan lagi satu, Nana. Aku syak dia bina tandas baru gamaknya.

"Yow Kyung! Pretty Nana dah selesai!"

Ha panjang umur. Aku melepas nafas lega. Boleh dah aku bla dari terus bersemuka dengan Jungkook. Baru aku nak heret Nana, minah tu dah membantutkan niat aku.

"Eh Kook? Asal?"

"Na, tolong ajak membe kepala batu kau ni tumpang aku Na? Naik kereta. Kau pun boleh tumpang."

Jungkook bersuara dan aku perasan juga bila dia sebut part 'kepala batu', dijelingnya aku macam nak terguling biji mata. Cis!

"Serius?!"

Dari nada Nana, aku dah boleh agak dia teruja dengan tawaran Jungkook. Aduh minah ni, kalau orang nak menculik pun senang je rasanya. Celah gigi je dengan si Nana ni.

"Kyung, jom weh? Aku dah tak bermaya nak berjalan. Perut pun dah bergendang-gendang."

Nana mengajak aku dengan tatapan anak kucing. Terus aku menunduk dan mendekatkan telinga pada perutnya.

"Mana? Tak bergendang pun."

Usai bicara aku, kepala aku ditolak perlahan oleh Nana. Dia tergelak.

"Bodohlah Kyung. Hahahaha. Jom ah Kyung, jom ah."

Ajak Nana lagi. Aku kembali tegakkan badan, muka mendatar dipasang.

"Taknak. Aku tak suka susahkan orang."

"Eh weh, aku pun tak suka susahkan orang. Tapi kadang tu, kita kena juga ambil kesempatan!"

Tegur Nana tak perasan Jungkook dah memandang-mandang dia dua tiga kali.

"Taknak lah. Kau nak, kau pergilah ikut dia. Aku nak balik jalan kaki."

Aku terus mengorak langkah dan tiba-tiba tangan aku direntap dari belakang hingga tubuh aku tertarik dan dahi aku menyembam pada sesuatu.

"Degil siot."

Aku pejam mata rapat bila suara garau dan halus menyapa telinga. Jungkook! Serta-merta aku bergelut nak lepaskan diri tapi malangnya tangan dia melingkar erat pada pinggang aku. Sekaligus menyukarkan aku untuk meloloskan diri.

"Lepaslah!"

Bentak aku kasar. Dia cuma pasang muka mendatar tanda bentakan aku sedikit pun tak terkesan padanya. Aku merengus.

"Baik kau tumpang aku atau aku cium kau."

Dia ugut dalam nada tenang. Matanya melekat pada wajah aku. Langsung tak berkalih! Aku memandang Nana yang seperti terpempan dengan situasi aku dan Jungkook.

"Nana."

Aku panggil Nana perlahan meminta pertolongan.

"Er ya? Um sorry Kyung. But you deserve the kiss. Kau degil siapa suruh."

Dan dengan itu, dengan bodohnya si Nana mula menutup matanya dengan tapak tangan. Aku dalam hati dah mencarut pelbagai perkataan dan bahasa.

"Hear that? You deserve the kiss."

Jungkook bisik dan mula merapatkan wajah kami. Lagi seinci, kepala aku dijauhkan sedikit walhal sama sekali tak letak aku dalam kedudukan selamat. Bibir aku tetap akan melekat dengannya.

"Still degil?"

Jungkook bersuara tenang dengan sebelah kening terangkat. Dia tersenyum senget dan kembali dekatkan wajahnya.

"Ok ok fine!"

Aku berkalih kesebelah kanan tanda menyerah. Aku terdengar Jungkook tergelak kecil. Dia lepaskan pinggang aku.

"Yey Kyung!"

Nana bersorak dan merangkul leher aku dan diheret mengikut langkah Jungkook dihadapan.

"Nana, you know what?"

"Yeah I know. What is what. Why with that question?"

Aku mengetap bibir. Dasar member dungu. Aku sepuk juga kang-

"Kadang aku benci kau gila babi punya gila. Sumpah."

Aku beriak tenang. Nana macam tersentap sekejap sebab dia menghentikan langkah. Ok tiba-tiba aku rasa serba-salah.

"Er tak lah. Ak-"

"Ohohoho /uhuk/ ehem aku sayang kau jugak!"

Nana tersenyum riang dan kembali menyambung langkahnya. Sempat lagi dia selit cara santa ketawa dalam nada garau hingga terbatuk. Aku mengeluh. Haih Nana Nana.

・ ・ ・

Tbc-

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now