Dia nampak macam terkejut. Dan tersenyum kelat.

"Dah 19 tahun pun sekolah lagi? Tak pandai ke?"

Soalnya sinis. Aku tergelak. Dah boleh agak dia ni jenis yang macam mana. Tiba-tiba muncul idea jahat nak kenakan dia.

"Aah. Nak buat macam mana, saya ni lambat sikit nak faham. Result saya dua tahun lepas teruk sangat. Saya tak boleh sambung belajar. Jadi selama dua tahun lepas saya ulang ambil ujian balik. Tapi tetap gagal. Tahun ni mungkin akan gagal buat kali ketiga. Tapi ada awak ni, rasanya kalau gagal pun tak apa."

Aku tersengih. Gaeun tayang muka ketat. Tangannya direntap dari tangan aku.

"Boleh berambus! Aku taknak ada bakal suami otak lambat macam kau!"

Hambur Gaeun dan terus pergi. Aku tergelak.

"Oh please, aku pun taknak ada bakal isteri rupa hantu jerat cina macam kau. Sekyung hulk tu seribu kali lagi baik."

Aku bebel sebelum pintu pejabat ditolak perlahan.

.
.
.

"Jeon Jungkook."

Aku kenalkan diri secara ringkas. Mata aku melilau mencari figura Sekyung. Aku yang minta sama kelas dengan dia. Tapi kenapa tak ada dia pula? Yang ada cuma pelajar perempuan yang nampak desperate nakkan aku melalui pandangan masing-masing. Dalam ni pun ada awek saiko ke?

"Itu je?"

Soal Cikgu Han mengalihkan tumpuan aku padanya. Aku mengangguk. Dia tersenyum kekok dan aku balas senyumannya.

"Awak boleh duduk disebelah meja Vernon."

Ujar Cikgu Han dan aku mengangguk faham. Seorang lelaki muka kacukan orang putih mengangkat tangannya. Laju sahaja aku atur langkah kearah dia.

"Sit here."

Ajaknya dan aku terus labuhkan punggung disebelahnya. Hadooo mamat ni tak reti cakap korea ke?

"My name is Vernon. You can call me Vernon or Benon. Both accepted."

Jelas dia. Aku tersengih dan menggaru kepala. Bab mata pelajaran yang lain aku pandai. Tapi kalau English, serius aku K.O menjunam terus dalam gaung. RIP. /dab/

"Oh yes yes. Ok ok."

Itu sahaja aku mampu balas. Faham pun tak, kau nak aku balas apa?

"Kau dari sekolah mana? Dah lama tinggal area sini? Kalau rehat nanti kau nak lepak dengan geng aku pun boleh je. Nak join tak?"

Aku dah terkebil-kebil. Reti berbahasa korea rupanya! Cis! Sengaja nak serlahkan kebodohan aku. You so ha to the nat. Jangan kau sambung 'to the std' sudah. Aku lempang pakai ekor ikan nanti. Berbirat seminggu!

"Aku, dari Busan. Dulu memang aku sekolah di Busan. Minggu lepas baru je aku pindah area sini. Kes rehat sama-sama tu, boleh ke? Member kau tak kisah?"

Aku ringankan mulut untuk mereka cerita. Hentam sajalah! Vernon menepuk bahu aku seraya tersenyum.

"Rilek. Member aku semuanya friendly belaka. Aku jamin kau takkan kekok punya!"

Dia kenyitkan mata pada aku dan alihkan pandangan pada hadapan. Boleh tahan juga mamat ni punya skill flirt. Boleh try dekat Kyung nanti. Wonder dah berapa awek mat salleh separuh ni sapu? Maksud sapu aku tu maksud yang baik ya.

.
.
.

"Weh, menung apa? Makan ah roti tu."

Salah seorang rakan Vernon, Mingyu pelawa aku roti peanut butter miliknya. Aku tersengih dan tolak pelawaan dia dengan sopan. Serius, memang friendly beb. Tadi tak sampai 10 minit aku kenal dia, rilek dia je buang angin depan aku.

"Brooooo. I gotta say sorry not sorry. Aroma kari malam semalam. Basi dalam perut barangkali."

Tu ayat dia lepas buang angin. Friendly tak friendly, belakang cerita. Yang penting-

Haram jadah punya perangai. Depan aku juga port dia nak buang angin.

"Weh, aku nak tanya."

Aku mulakan perbualan. Dari tadi aku tak nampak pun batang hidung Sekyung atau Nana. Takkan salah sekolah kot? Masak aku kalau salah masuk sekolah.

"Um benda?"

Vernon membalas sambil bersandar dibatang pokok. Rehat bawah pokok. Macam budak perempuan duh. Port tak macho- tapi malas aku cakap.

"Kenal Sekyung tak? Takpun, kenal Nana tak? Kawan baik dua tu."

"Oh, partner duo wayar putus tu ke?"

Mingyu yang balas. Dia mula tumpukan perhatian pada aku.

"Wayar putus? Boleh kira macam tu juga la."

Aku membalas kekok. Soalan dia haih, agak kalau cikgu tanya, dia nak describe dua minah tu macam tu juga ke?

"Dengar cerita dia kawin harini."

Membulat mata aku. Sekyung ke Nana? Tapi Nana dengan Taehyung. Takkan Sekyung kot? Weh awek to be aku tu!

.
.
.

Sekyung pov- 🌙

Aku pandang biasan aku dalam cermin. Gaun putih yang tersarung ditubuh dipandang dengan pandangan kosong. Tak ada mood betul lah nak datang majlis nikah harini.

Klerk-

Terpacul muka Nana dari balik pintu. Dia tersenyum lebar dan mendekati aku.

"Bapak gojes awek aku harini!"

Dia picit pipi aku yang dicalit blusher peach sedikit.

"Weh kena ke aku datang majlis tu? Aku malas lah."

Aku mengadu pada Nana dan merengus.

"Jangan lah macam ni. Tu kan majlis kau. Kesian ibu kau tau!"

Pesan Nana tapi serius, tak bawa kesan apa pun. Tetap aku rasa ralat nak hadir majlis tersebut.

"Kyung, kemon ah."

Pujuk Nana. Kali ini lengan aku ditarik lembut. Nak taknak, aku ikut sahaja langkah gadis itu.

"Dah siap?"

Soal ibu yang sudah sedia ada didepan pintu. Aku mencebik dan mengangguk. Kali ini, aku sudah sedia dengan kehidupan baru aku. Lantaklah apa nak jadi pun, aku dah tak boleh lari.

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now