Soal Nana. Perhatiannya tertumpu pada aku.

"Oh. Bukan masalah besar pun, ibu aku nak kenenkan aku dengan Woh Jaehyun budak skema tu je."

Aku buang pandangan pada langit biru. Terdengar Nana tersedak air liurnya sendiri.

"Be-betul ke? Kau nak ke?"

Soal Nana. Tangannya menaik goncang bahu aku.

"Ey memang taknak lah! Cerdik lah sikit Na. Hish!"

Aku tepis tangan Nana. Serta-merta dia mengeluh lega.

"Nasib baik kau taknak. Sebab aku nak kau."

Whatta- aku pandang Nana yang sedang tayang muka poker abad-21 nya. Tahu sangat kepala minah ni macam mana. Drama ini semua.

"Aku taknak Jaehyun sebab aku nak kau juga. Putus ah pat sikit dengan Taetae kau tu."

Aku lingkarkan tangan pada leher Nana. Nana tolak kepala aku manja dan ketawa besar.

"Nanti ah aku minta putus."

Ujarnya dan kami ketawa melekek. Kerap-kerap buat drama lesbian berdua.

"DAHEL AH WOIIII!"

Aku dan Nana berkalih serentak kearah suara tersebut. Taehyung dan Jungkook sedang pandang kami dengan riak terkejut.

"Eh awak!"

Nana bangun dengan riak teruja. Sampaikan dengan aku sekali tertolak. Hanat.

"Jangan dekat."

Larang Taehyung dan menjauh dari Nana. Aku dan Nana masing-masing tengah buntu sekarang.

"Tak sangka."

Jungkook bersuara dan berpeluk tubuh.

"Korang lesbian."

Sambung Taehyung juga dalam keadaan berpeluk tubuh. Aku dan Nana berbalas pandangan. Ala, tersalah faham pula dua mangkuk ayun ni.

"Awak salah faham ni. Kitorang bukan macam yang awak sangka."

Nana cuba jelas hal yang sebenar. Aku hanya diam sahaja. Malas masuk campur padahal diri sendiri pun dah terlibat dalam hal bodoh ni.

"Apa lagi yang salah faham? Dah jelas-jelas awak cakap dengan Kyung tadi awak nak dia. Dia nak awak. Wow, saling memerlukan. How sweet."

Tempelak Taehyung. Dia bertepuk tangan dengan senyuman sinis.

"Eh bingai, aku dan Nana bukan lesbian la."

Aku cuba tolong Nana walaupun terasa ralat nak bantu.

"Macam ni eah kau buat aku Kyung? Lepas kau dah buat aku sukakan kau. Tiba-tiba dapat tahu kau ni lesbian. Crack odooo."

Jungkook pula bersuara. Dia buang pandangan kearah langit biru. Aku buat muka derp. Drama apa lah ni?

"Sumpah! Kami bukan lesbian!"

Nana mula angkat sumpah. Dia jeling aku yang cuma tayang muka poker.

"Kyung, please join aku angkat sumpah."

Lengan aku disenggol oleh siku dia. Aku hanya kerutkan dahi dan buat tak endah.

"Kyung, kemon ah."

Pujuk Nana lagi. Kali ini nada suaranya kedengaran seperti merayu. Taehyung dan Jungkook pula hanya pandang kami tanpa kata.

"Ala serabut lah. Hish! Ha ye ye, aku sumpah aku dan Nana bukan lesbian. Korang caya tak caya, hah lantak kome. Malas aku tahu."

Aku turunkan tangan dalam sekelip mata. Nana masih mengangkat sumpah dengan mata berair.

"SEKYUNG!"

Ajaibnya tiba-tiba muncul Jaehyun dari belakang Jungkook dan Taehyung lalu dengan selambanya dia mencelah antara dua lelaki itu.

"Ha mende? Kau buat belum apa yang aku suruh semalam?"

Aku bercekak pinggang tatkala bertatapan dengan Jaehyun. Jungkook dan Taehyung saling berbalas pandangan.

"Dah buat dah. Nanti parents kita bincang hal kita."

Jelas Jaehyun sambil tautkan tangannya. Peluh menitis dihujung dahinya.

"Ok bagus. Kau berpeluh ni kenapa?"

Aku tegur Jaehyun dan dia balas dengan senyuman kelat.

"Baby saya mati lagi lah."

Ujarnya dan tunjuk kesatu arah dimana motornya sudah tersadai dibahu jalan.

"Wait wait. Ni apa benda ni? Siapa mamat ni? Parents bincang hal korang? Apa weh apa?"

Jungkook dah gelabah ditepi Jaehyun. Aku hanya balas dengan jelingan. Jaehyun tersengih dan mengalihkan pandangannya kearah Jungkook.

"Kami nak dikenenkan nanti."

Ujar Jaehyun dalam satu nafas. Dia menarik seluar jeans merahnya keatas.

"Hah? A-apa ni?"

Jungkook dah tayang muka tak faham. Jarinya ditunjuk kearah aku dan dilarikan semula kearah Jaehyun.

"Kyung, ni taste kau?"

Soal Jungkook. Aku pasang muka derp.

"What? Jaehyun hensem lah!"

Bentak Jaehyun dan betulkan cermin mata bulatnya. Jungkook mengetap rahangnya.

"Kau diam. Aku nak bercakap dengan minah ni. Bukan kau."

Ala ala. Mengantuk pula ada dekat sini. Jaehyun buat muka tak percaya dan betulkan kolar kemeja petaknya.

"Awak ikut saya. Kita bincang perasaan sebenar awak ditempat lain."

Taehyung tarik Nana menjauhi kami bertiga. Tak percaya lagi ke lelaki tu? Tch.

"Woi tunggu. Aku nak follow."

Baru aku nak buka langkah, tangan aku sudah digenggam kemas oleh Jungkook.

"Kau nak pergi mana? Kita belum settle."

Katanya dalam nada serius. Aku cuba leraikan pegangan dia tapi makin kuat pula dia genggam.

"Sakit odoooo."

Jungkook buat tak peduli. Dia tarik aku ketempat lain. Jaehyun pandang kami berdua tanpa kata.

"Apa watak betul Jaehyun dalam cerita ni? Asyik muncul tiba-tiba, buat ayat skema lepastu balik tolak motor. Chapter tamat."

Jaehyun mengembungkan pipi dan berjalan mendekati motornya lalu dengan semangatnya, motornya ditolak menjauhi kawasan tersebut.

.
.
.

Srs chap ni bosan. Hambar melampau. Dah bagi all out tapi masih bosan. Banyak kali delete, taip balik idea baru. Dan ni hasil last. Sorry. 😭

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now