Bab 2: Move On?.

6K 151 5
                                    

DUA Mingu aku terperap di wad. Namun batang hidungnya pun aku tak nampak. Apatah lagi bayangnya. Nampaknya dia memang betul-betul dah lupakan aku.

Tapi apa salah aku?. Kenapa dia buat aku macam ni?. Dia tak tahu ke yang aku masih sayangkan dia.

Air mataku mengalir lagi.

"Assalamualaikum."

Aku segera menyeka air mataku saat melihat dua orang rakan karibku Asfira dan Marsha.

"Waalaikumsalam." Jawabku perlahan.

Marsha melabuhkan punggung diatas katil dekatku.

"Are you ready?." Tanya Marsha seraya memeluk bahuku.

Aku tersenyum mengangguk kepadanya.

Yeay... Soraknya.

"Ish... Kau pulak yang excited ni kenapa?." Perli Asfira.

Marsha mencebik.

"Biarlah aku. Kau jealous lah tu kan Mell lebih sayang aku dari kau."

"Tiba-tiba. Kalau setakat Mell ni. Aku tak heranlah kalau dia tak sayang aku..." Balas Asfira.

Aku tersenyum melihat Asfira dan Marsha.

"Dahlah tu korang... Aku ni baru nak discharge. Karang kena sambung lagi pulak disebabkan korang." Tuturku mengugut.

ASFIRA Segera duduk disisi lain Armell dan memeluk bahunya.

"Janganlah macam tu Mell. Walaupun kau tak sayang aku. Tapi aku sayang kau. Jangan sakit-sakit lagi. Aku risau tau..." Tutur Asfira.

"Aku pun..." Marsha turut memeluk Armell.

Tangan Asfira laju memukul lengan Marsha.

"Sibuk je kau ni!."

Marsha mencebik.

"Korang dahlah tu. Aku pun sayang korang jugak." Tutur Armell memegang kedua tangan sahabatnya itu.

"Terima kasih sebab selalu ada disisi aku. Aku tak tahu macam mana aku nak survive kalau korang tak ada." Tambahnya tiba-tiba merasa sebak.

Asfira meleraikan pelukannya, seraya memandang Armell.

"Armell. Kau janganlah sedih lagi. Letihlah Armell tengok kau macam ni. Kau tahukan ramai orang yang perlukan kau." Tutur Asfira.

Marsha mencubit perlahan lengan Asfira dibelakang Armell. Seraya menjegilkan matanya.

Armell menundukkan kepalanya. Rasa sedih kembali menguasainya.

"Aku tahu kau dah penat jaga aku dengan anak aku. Tapi aku nak buat macam mana As. He's my first love. Kau ingat senang ke untuk aku lupakan dia?."

"Mell kau jangan salah faham. Aku tak kisah kalau aku nak jaga kau dengan anak kau sepanjang hidup aku. Tapi kau tu. Takkan kau nak terus macam ni sepanjang hidup kau. Sofea pulak macam mana?. Kau tak kesian ke dekat dia?. Janganlah fikir diri sendiri je Mell. Fikirlah orang lain yang masih memerlukan kau." Tutur Asfira tegas.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now