31: Ixora

709 81 3
                                    

"BREAKING NEWS, a worldwide billionaire couple of the Le Roche family, Azul and Sina Le Roche who have been reported missing by their personal assistants, have been found dead in Malaysia. However, their only child Skye Le Roche has yet to be found."

※ 
   
"SONDERMELDUNG, das weltbekannte und billionenschwere Le Roche Ehepaar, Azul und Sina Le Roche, welches vermisst gemeldet wurde von ihren persönlichen Assistenten, wurde in Malaysia tod aufgefunden. Ihre Tochter Skyle Le Roche wird immer noch vermisst.
  

"PERKEMBANGAN terkini susulan kehilangan pasangan billionwan yang- Maaf. Perkembangan terkini susulan kehilangan pasangan suami isteri, Sina dan Azul Le Roche yang dilaporkan hilang 4 hari lalu. Pasangan tersebut telah ditemui mati di dalam sebuah lori kontena di Sungai Buloh pada jam 6 petang sebentar tadi."

"Sudah jatuh ditimpa tangga pula,  bapa kepada Azul Le Roche, Bleu Le Roche, pemilik syarikat Spatial Empire telah disahkan mati akibat serangan jantung sejurus selepas berita penemuan mayat Azul dan Sina disampaikan kepada beliau."

Sebaik sahaja berita mengenai penemuan mayat pasangan jutawan tersebut beralih ke berita lain, setitis air mata milik seorang kanak-kanak perempuan menitik ke sebuah meja plastik warung tepi jalan. Setitik lagi mengalir ke pipi, sebelum menitik ke meja lagi sekali.

Sedu ditahan, supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Tetapi matanya merah, pipinya kemerahan, hidung pun merah. Dan air mata semakin deras.

"Kau. Makan. Diam. Diam." Wanita di sebelah kanak-kanak tersebut sebut dengan nada yg keras tetapi perlahan. Setiap perkataan yang disebut itu begitu keras sehingga menyebabkan si kecil itu tersentak. Tangan wanita itu merangkul bahu kecil si budak itu. Dari balik jaket yang dipakai, tangan yang lagi satu sedang mengacukan pistol ke badan kecil si kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun itu.

Rambut oren si kanak-kanak itu diselak ke belakang telinga, menelan perasaan takut yang sudah mendominasi dirinya. "I can't understand Malay." Perlahan saja kanak-kanak itu tuturkan. Takut jika suara dia kuat, picu akan ditekan.

"Well, Miss Skye Le Roche. Eat. Your. Fking. Meal. Quietly." Sekali lagi nada yg sama digunakan. "Or..." muncung pistol ditekan ke rusuk Skye.

Kanak-kanak perempuan yang telah dikenalpasti sebagai Skye tersentak. Terus dia kesat air mata. Dan sambung makan nasi goreng kampung, tidak mahu mengundang pandangan dari pelanggan yang lain di warung yang agak ramai orangnya time malam macam ni.

"Hi. You is pretty." Tak semena-mena seorang budak lelaki yang biasa-biasa sahaja saiznya muncul di hadapan meja di mana Skye berada. Senyuman lebar terpancar di mukanya. Bunga tiga jarum (ixora+ segenggam dihulurkan ke arah Skye. "For you."

Jelas sekali bunga tersebut dipetik di deretan pokok bunga tiga jarum di tepi warung tu.

Skye terus hulurkan tangan untuk menyambut bunga itu. Lupa seketika dekat pistol yang diacukan ke rusuk dia itu.

"Thank you." Skye membalas dengan senyuman seikhlas mungkin.

Budak lelaki tersebut berlari pergi, tetapi lariannya tidak normal. Macam kaki dia ada sesuatu. Skye pandang budak lelaki itu pergi, dan dia akhirnya perasan yang budak tersebut sebenarnya pakai kaki palsu.

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now