18 : Strategi

1.1K 112 13
                                    

"KITA ni, kalau ada rezeki lebih, kena la share, kena kongsi dengan orang lain, sebab itu la, company saya, dengan kerjasama company kawan saya, Dato' M, sama-sama ganding bahu, untuk hadiahkan 6 orang anak-anak terpilih ini dengan anggota prostetik," YB bosar, a.k.a client pasukan elite Skye and the rest ni, bercakap di atas pentas mini. "Bla di bla di bla di bla, yada yada yada," Maka membebel lah YB tu, tak rajin nak bagitahu apa yang dia cakap. Pandai-pandai lah korang.

Dah la sampai lambat. Cakap banyak, lama pulak tu. Harap je nama YB, yang berhormat, padahal YB, yang berhormat-yang-tak-reti-tengok-jam-dan-sentiasa-lambat-tak-on-time. Haihh, nasib baik la client.

Para team elit yang sedari tadi ada kat situ, hanya duduk menadah telinga di seat mereka, muka acah tertarik, konon sedang menumpukan perhatian dekat segala perkataan yang keluar dari mulut YB, padahal kepala hotak kira nak siapkan benda alah ni dan balik rehat.

Relatable?

Adam, Aiman, Sam, Mar, Hubaish, Leyla, Red dan Skye, mereka kesemua memakai baju t-shirt yang sama. T-shirt hitam dengan tulisan dan corak putih, yang tertera nama syarikat YB dan syarikat di mana mereka berkerja, serta nama program yang sedang berlangsung ni dengan ink gold. Disebabkan baju hitam tu cuma available in short sleeve sahaja, Mar yang sayang kulit pakai inner berlengan panjang.

Skye?

Skye yang paling penting sebenarnya. Skye pakai t-shirt tangan pendek tu. Tapi inner yang dipakai bukanlah berlengan panjang sepenuhnya. How? Tangan kiri lengan panjang, tapi tetap pakai glove yang panjang kat dalam inner tu. While tangan kanan. Tiada lengan, cuma ada inner tangan or senang cerita handsock  sampai ke siku, dan glove sampai ke dalam handsock. Safe and secure?

Jaga-jaga, ada yang memerhati~

Red selamba sahaja, pakai je la baju tangan pendek tu, apa nak dirisaukan? Asalkan mata dia still cari opening. Kan?

"Tanpa membuang masa lagi," YB akhirnya mula mengeluarkan ayat magis yang ditunggu-tunggu sedari tadi.

"Well you already did." Leyla berkata sesuka hati, nasib baik perlahan. Mar yang dengar apa yang dikatakan Leyla terus menekup mulut Leyla. Mulut Leyla ni, bahaya, nak mampos.

"Saya ingin menjemput pasukan jurutera dan pakar yang telah bertungkus-lumus membina anggota prostetik ni," YB pandang ke arah team elit yang akhirnya bersiap sedia dan akhirnya menumpukan perhatian. Anggota-anggota prostetik yang nilainya hampir berjuta berada di atas pentas di sisi YB. "Untuk membantu anak-anak yang terpilih ni untuk memakai anggota prostetik masing-masing. Dipersilakan."

Tepukan gemuruh diberikan. Oleh audience yang cukup tangan. Pfft- jangan gelak. Jangan gelak. I am in a big trouble.

Skye selaku pengarah projek, bangun terlebih dahulu, diikuti Red si pembantu pengarah projek dan yang lain pun menurut. Mereka berlapan menaiki pentas. Dan terus lakukan tugas masing-masing. Pakaikan anggota prostetik pada tempat yang sepatutnya dan pada orang yang sepatutnya.

Yada yada yada, selesai semua tu, giliran Red tiba, untuk mengajar budak-budak tu, cara nak guna anggota prosthetic mereka itu.

"Okay adik-adik. Cara nak gerakkan dia senang je." Red pancarkan senyuman ikhlas macam tengah buat iklan colgate. Bersinar je. Aduh silau mata. "Adik fikir je, gerakkan je. Contoh adik nak genggam kan, adik fikir 'genggam', pastu adik gerakkan tangan adik untuk genggam."

Maka bermulalah penjelasan dari Red. Yang berjela jugak.

"Okay? Sekarang ni, kawan-kawan abang akan tunjukkan contoh pergerakan untuk latih tangan adik-adik. Yang kaki. Sabar kejap eh..." Red mula memberi signal untuk ketujuh-tujuh mereka naik semula ke pentas mini itu.

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now