23: Wow

1K 106 34
                                    

A tad bit longer. Enjoy.

30 MINIT KEMUDIAN
"26th Floor, furthest door." Suara Amy kedengaran lagi, bergema di dalam kawasan parking bawah tanah yang tiada manusia itu. Hanya Red dan Skye, memandangkan angka di jam telah cecah  nombor 3.

3 pagi.

Kawasan yang lapang itu sedikit menyeramkan. Sikit je la. Cukup untuk naikkan bulu roma di belakang tengkuk/leher Red. Red ubah fokus mindanya setelah dia mula memapah Skye. 'Ni condominium. 4 lot setiap tingkat. Means, satu tingkat ada 4 rumah sahaja. 4 rumah yang besar. Guarded.'

Red hanya tersenyum kecil ke arah pak guard yang duduk di sebelah satu-satunya lif disitu. Pak Guard tu membalas dengan senyuman juga dan Red proceed untuk masuk ke dalam lif.

"Adik ni siapa eh?" Pak Guard yang kelihatan masih agak muda, berusia linkungan 40-an baru, menyoal Red, orang asing yang buat pertama kali muncul di kondominium ni, pada jam 3 pagi, dengan penghuni kondominium ni tak sedarkan diri.

Red hentikan langkah dia. 'Pulak dah. Tadi kat gate dah kena soal siasat dah.' Red keluh sekejap. "Saya kawan dia ni, nak hantar dia ke rumah dia. Mabuk. Kebetulan je jumpa dia." Red tersenyum kecil. "Saya dah tinggal I/C kat gate depan." Red merujuk kepada pas pelawat yang di-klip di poket jaket, bukti bahawa dia telah berdepan dengan Guard yang jaga pagar utama.

"Hmmm...." Pak Guard ni usha Red sepintas lalu, mengesahkan bahawa pas pelawat tu indeed dari pagar utama. "Okay."

Sebaik sahaja Pak Guard tu tak busybody dah, Red terus masuk ke dalam lif. Button yang tertera nombor 26 ditekan dan sekali lagi, fikiran Red aktif. 'Amy. Amy. Amy. Amy. Amy. Kalau betul Amy is what I imagined she is, and Skye memang.....' Red pandang kepala Skye yang terlentok ke bawah. 'Aku akan bunuh Amy.'

'Literally.'
  
Tidak lama kemudian, Red tiba di tingkat 26 dan kini berada di depan pintu rumah Skye, maybe. Loceng ditekan. Intercom di tepi pintu berbunyi. "You may come in."

"Tak boleh bukakan pintu ke?" Red mendengus perlahan, jelas sekali annoyed dengan adab si Amy ni. Tombol pintu dipulas dan Red terus melangkah masuk bersama dengan Skye yang masih tidak sedarkan diri.

"Please leave your shoe inside the black square and step inside." Suara automated, ala-ala Alexa or Siri, memberi arahan sebaik sahaja pintu ditutup Red. Red terus pandang ke bawah, dan barulah dia perasan kewujudan satu garisan berbentuk petak/square di atas lantai kayu yang menandakan bermulanya kawasan tidak berkasut. Red menurut dengan meninggalkan kasut yang dipakai di dalam kawasan petak itu dan melangkah ke dalam, kasut Skye tidak dia cabut pulak.

Red hanya langkah 2 tapak ke hadapan dan pandang semula ke kasut dia. Kasut Red yang berada di dalam petak itu bergerak dengan sendirinya. Satu barisan lantai kayu yang ada petak itu sebenarnya conveyor belt bercorak kayu. Kasut Red bergerak ke kanan, berhenti di bawah sebuah almari kasut yang lebar dan agak tinggi. Kasut itu kemudian terangkat ke atas oleh sekeping lantai kayu, masuk ke dalam almari, mengisi ruang yang pada awalnya kosong. Dan kesemua kasut di dalam bergerak setapak, supaya ada ruang kosong untuk kasut yang seterusnya.

"Wow." Red tanpa sedar menyatakan kekaguman dia apabila dia saksikan kecanggihan rumah Skye yang bermula dengan langkah pertama. 'At this point, an AI wasn't that surprising anymore.'

AI. Artificial Intelligence, macam Google TalkBack, Alexa, dan Siri.

Skye dibaringkan di couch yang cukup panjang untuk manusia baring. Setelah dibaringkan, Skye mengomel sesuatu. "You...."

Red terhenti, matanya mula meliar ke sana dan ke sini. Mencari kelibat Amy. Macam rumah sendiri, Red terus melangkah ke dapur dengan dua objektif. Pertama, mencari si Amy, dan kedua, mencari ubat hangover untuk diberi kepada Skye yang mabuk teruk, dan pastinya akan sakit kepala dengan teruk bila dia bangun nanti.

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now