16 : Gigit

1.2K 115 45
                                    

Saja2 teringin bukak spot untuk readers. Ayat yg korang nak Red or Skye sebut somewhere in this book. I'll put it somewhere. Promise. Just comment the sentence on this paragraph.

"NANTI kalau ada rezeki, aku ajak korang masuk sekali nak? Bagi viewers cuci mata." Adam memberi cadangan ketika mereka berehat lagi sekali.

"Hoooo, aku on je." Red hanya bersetuju. Tidak ada masalah. Bukan selalu. Senang-senang dia boleh up-kan follower Instagram dia.

"Hari ni balik awal, pukul 6." Skye tiba-tiba mengumumkan. Bermakna break ni adalah break yang terakhir sebelum mereka boleh pulang.

Kesemua 7 pasang mata disitu terus kalih pandang ke Skye. Istilah 'balik awal' dan 'Skye' tak pernah bersama. Skye yang akan balik paling lambat sekali. Maka timbul lah tanda soal sebesar kuda di atas kepala mereka semua.

Kenapa kuda? Entah.

Skye yang sedar akan pandangan pelik dari mereka bertujuh terus memberi respons tambahan. "Ada hal penting."

Ada hal katanya.

Red mengangguk faham, sama seperti rakan sekerja yang lain. Tapi Red tambah something di dalam kepalanya. 'Hal dengan siapa?'

'Amy?' Red jawab soalannya sendiri. Macam mana dia tahu? Begini caranya~


MASA SKYE VIDEO CALL DENGAN AMY TADI
Red mengendap dari penjuru dinding yang ada bukaan untuk masuk ke kawasan office tu. Muka Skye kelihatan agak monyok.

"But, I dont want to." Skye berkata, membalas perbualan dia telefon itu.

Red masih memerhati.

"Serious?" Mata Skye mula kembali ceria dengan excitement.

Red kehairanan. Kening Red berkerut memikirkan hal ini. Dia cuba mencari penjelasan kepada apa sahaja yang dia sedang saksikan ini. Fokus Red kembali ke Skye apabila suara Skye timbul sekali lagi.

"You nak belanja dinner?" Suara Skye jelas sekali ada hint perasaan gembira di dalamnya. "Ni yang I sayang you lebih ni Amy."

'Amy?' Red menambah data baru ke dalam otaknya. Amy. Nama siapa?



RED hanya memandang Skye buat seketika sebelum dia memandang rakan sekerjanya yang lain. Mereka semua bersorak gembira. Balik awal. Especially kalau projek mereka ni dah nak habis. Tinggal last touch je. Lepas dapat greenlight from Skye dengan Red je, projek ni akan dikira langsai, selesai, settle, finished.

Dan mereka akan berehat seminggu.

Tapi rasanya, Red takkan rasa rehat sangat seminggu tu, sebab perlakuan Skye hari ini, berjaya membuatkan Red curious mendadak, dan curiga akan Skye.

Dan Red yakin lagi pasti akan satu perkara. 'Skye is not normal.'



"GERAK lu, jumpa besok!" Leyla melambai pergi sebelum dia memasuki lif bersama-sama Hubaish. Jam di tangan telah menunjukkan angka 1824. Bermakna, sekarang ni dah pukul 6.24petang. 24 minit selepas waktu bekerja mereka tamat.

Skye membalas lambaian Leyla itu. Dia dah nak balik. Someone special sedang menunggu di rumah untuk dinner bersama. Tapi dia still perlu siapkan report untuk hari ni. Lagi sikit je ni.

"Phew~ siap jugak." Skye mengeluh lega setelah dia klik button 'send email' selepas dia siap taip laporan hari ini. Kerja dia dah settle. Boleh balik dah.

Boleh jumpa Amy dah......

Skye lipat skrin laptop ke keyboard dan masukkan laptop itu ke dalam beg galas yang dibawa. Alat-alat tulis di meja itu dikemas, kertas-kertas yang tidak lerlu dibawa pulang diletak ke tepi meja. Memastikan meja dia kemas.

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now