PROLOGUE

3.9K 203 18
                                    

Bunyi mata pensel bergerak di atas sehelai kertas menghiasi telinga Skye. Pensel yang dipegangnya masih bergerak. Satu demi satu bahagian dilukiskan dan disambungkan. Rambut oren milik Skye telah siap disanggul simple dan tak kemas.

Sebaik sahaja lukisannya selesai, Skye letakkan penselnya ke atas meja, kertas itu kemudian ditolak ke tepi bagi memberi ruang untuk benda lain ambil tempat di atas meja kerjanya. Dia nak mulakan projek dia setelah sebulan dia study pasal hybrid ni.

Well. Baru 11 tahun dah ada meja kerja. Why not? Ini kan cerita novel, mesti anak orang kaya punya kan? Kan kan?

Nope.

Skye keluarkan sebuah kotak dari bawah mejanya dan sebuah kereta control serta sebuah tank mainan yang telah rosak diletakkan ke atas mejanya. Mainan rosak itu sedikit berhabuk.

Badan kereta yang diperbuat daripada plastik dicabut oleh Skye, begitu juga kerangka plastik di dalam kereta tu. Itu bahagian yang tidak diperlukan or at least, bahagian yang belum diperlukan.

Habuk dan debu kotor dibuang oleh Skye. Almaklumlah, ini adalah mainan abang angkatnya, Devon, yang telah lama tidak digunakan. Duduk bawah katil. Dah dibuang pun sebenarnya. Sebab dah rosak kan, dapat yang baru pulak tu. Siapa nak main dengan yang lama kan?

Habis madu sepah dibuang.

Menggunakan salah satu screwdriver yang diberi Uncle Raju sempena hari jadinya yang ke sepuluh yang lalu, Skye buka frame yang melindungi bahagian motor kereta mainan itu. Senyuman kecil terukir di wajah Skye yang mulus itu apabila dia nampak motor kereta mainan tu.

Dengan penuh cermat dan teliti, Skye keluarkan mainboard dari dalam frame itu dan letakkan ke tepi elok, bersama-sama dengan alat lain yang telah Skye scarvange selama sebulan ni.

Suis soldering iron dihidupkan dan Skye tolak rambutnya yang terjatuh sedikit ke belakang, sedia untuk memulakan proses make over dan hybrid.
    
  
   
"PAPA, look. I made this myself." Skye terjah masuk ke dalam office Dato'Lee, bapa angkatnya, ingin tunjukkan hasil kerjanya. Kereta mainan yang asalnya beroda empat kini mempunyai tayar pusing-pusing macam tayar tank. Means, Skye dah gabungkan kedua-dua mainan terpakai yang dia collect tadi, and then gabungkan somehow.

Hybrid.

Dato' Lee, hanya mengangkat pandangannya dari kertas kerja di atas mejanya, memandang ke arah Skye dan projeknya berulang alik sebanyak 3 kali sebelum dia mendengus kasar. Dahinya diurut dengan suatu perasaan annoyed.

"I don't have time for this, Skye. If you have that much free time, pergi belajar. Be like my BIOLOGICAL child, Devon." Dato' Lee bersuara, monotone, tapi monotone itu jugalah yang menghiris hati kecil milik Skye yang baru 11 tahun itu kerana ayatnya monotone, kecuali apabila perkataan 'biological' disebut. Kerana Dato' Lee menekankan perkataan itu dengan nadanya, sekaligus mengguris hati Skye si anak angkat tu.

"Okay....." Senyuman riang milik Skye yang tadinya terpancar lawa kini telah lenyap. Skye hanya mengambil semula kereta mainan yang langsung tidak disentuh Dato' Lee itu sebelum dia beredar keluar.

Sebaik sahaja Skye ingin membuka pintu, pintu itu dibuka terlebih dahulu ke arah dalam, melanggar Skye yang berada di hadapan pintu, menyebabkan Skye terjatuh, begitu juga kereta mainannya.

Kereta mainannya hampir terbelah dua dek impak tadi tu. Skye tidak berkata apa-apa kerana manusia di belakang pintu itu ialah Devon, abang angkatnya yang tua 3 tahun darinya.

Projek Hybrid pertama Skye yang berada di laluan Devon ditendang kasar ke tepi, menyebabkan kereta yang dah nazak itu terus mampus, berkecai.

Skye bangkit tanpa banyak cakap, hanya air mata yang bertakung di tubir matanya, dan ambil projeknya yang ditendang hina seperti tidak bernilai langsung.

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now