32: Terengganu

758 80 19
                                    

"Nah, ni budok ko, hutang aku dengan mung kiro langsai la." Wanita tersebut tolak Skye yang baru berusia 5 tahun itu ke arah meja kayu yang dipenuhi pelbagai ornaments yang ganjil.

"Okay. Langsai." Lelaki tersebut hembuskan nafas yang berisi asap rokok, ke muka Skye sebelum dagu Skye dicengkam kuat dan ditarik untuk memandang tepat ke muka lelaki taiko itu.

Wanita tersebut berambus begitu sahaja, meninggalkan pejabat yang diperbuat oleh besi, berpenghawa dingin dan mempunyai lighting yang mantop.

Tangan Skye terketar-ketar. Ketakutan yang amat sangat.

Satu lagi sedutan asap rokok diambil, dan dihembus serentak ketika lelaki itu bercakap. "Such a good quality. What a waste that I need to cut you up for those pricey organs."

"Cut me up?" Mata Skye terbuntang luas. Perkataan 'Cut' membuatkan imej yang menyeramkan muncul di pandangan Skye. Turutan imej yang dia tidak ingin ingat lagi. Walaupun ianya baru berlaku dua hari yang lalu.

Tangan Skye yang terketar terus terhenti. Badan Skye yang berpeluh dek nervous, terus terasa sejuk disapa aircond. Segalanya menjadi lebih nyata di fikiran Skye. Skye perlu terus hidup.

"Please. Please. Don't cut me up. I am not tasty. I am sick. I have sickness. I have Parkinson." Skye rebah ke lantai. Matanya menghadap lantai. "I'll do anything you want. Just don't kill me. I don't want to die."

"Parkinson? At such a young age?" Lelaki tersebut sengetkan kepala kehairanan.

"Head injury." Skye membalas ringkas. Melutut. Memohon simpati.

"Then you have no use for me if you can't even write properly." Lelaki tersebut bangkit berdiri. Sepucuk pistol dibawa keluar dari sebuah laci dan diacu ke kepala Skye. "Your organs have more worth."

Serta merta Skye bersujud, merayu. Dogeza. "Please. I will pay back whatever my body might cost you. I am smart. My parents said I am smart. They said I am good at remembering things " Skye menahan sedu.

Maruah Skye sudah tiada nilainya. Yang penting nyawanya. Bayangkan, seorang budak berumur 5 tahun, baru nak kenal dunia, terpaksa menyembah merayu, supaya nyawanya tidak diambil.

"Are you sure?" Belakang kepala Skye dipijak oleh lelaki itu.

Dahi Skye yang bersentuhan dengan lantai yang sejuk itu semakin terasa pedihnya. "Hundred percent sure."
   
    
   
  
  
  
BACK TO PRESENT TIME
"KAU rasa apa yang dia akan cakap kalau kau buat macam ni?" Suara feminin seseorang sayup-sayup menyapa telinga Skye.

"Mana la aku tahu. Aku cuma nak tolong. Jangan tanya aku." Suara Red pula kedengaran.

"Ah kau yang call aku suruh tolong kau." Si wanita itu bersuara lagi.

"Aku jugak yang kena?"  Red membantah.

Aduh minah mana pulak yang coba merampas Red ini.

Sebaik sahaja suara Red kedengaran, Skye terus alert. Ini bukan mimpi lagi. Mata Skye dibuka perlahan, membenarkan matanya adjust dengan lighting persekitaran yang baru ni.

Persekitaran yang baru?

"Umm....." Skye bersuara, menghentikan perbalahan mereka berdua.

Red ditolak ke tepi oleh si wanita itu, yang terus muncul ke ruang penglihatan Skye, menghalang Red. "Hai!" Senyuman lebar ditayangkan. "My name is Enes. Enes Zafra."

Skye pandang Enes pelik. Dahinya berkerut. Memikirkan sesuatu. "Red? Are you a transgender?" Adalah soalan pertama yang keluar dari mulut Skye sebaik sahaja dia terjaga.

Transgender?

Bayangkan muka sama, tapi rambut dengan suara je yang lain. And ada dada.

"Kenapa rambut kau panjang? Ponytail even? And suara lain? The boob job even. But muka sama." Skye menambah, mula mengangkat badannya untuk duduk. Kawasan sekeliling di usha.

Pasu bunga berisi bunga plastik menghiasi setiap penjuru rumah. Radio tebal gabak dilapik alas yang dikait sendiri menggunakan benang bulu kambing. Set kusyen rotan juga kelihatan. 'Ni rumah kampung ni.' Fikir Skye sendiri.

"Itu lah jawapan ke soalan kau." Red akhirnya mencelah, menolak Enes ke tepi. "This is Enes. My twin sister." Red perkenalkan Enes kepada Skye.

"Ohh." Skye tidak terkejut. Hanya turunkan kaki dari sofa rotan, dan duduk dengan betul.

"Dekat mana ni?" Skye menyoal. Sudah kembali normal. Mungkin sudah lupa akan apa yang telah terjadi di rumahnya.

"Terengganu."

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now