2 : Sorak

1.8K 163 5
                                    

PAGI yang normal, seperti biasa, para pekerja mula memasuki pejabat untuk memulakan kerja mereka di awal hari. Manakala penanam anggur professional masih lagi ternganga macam badak, terbongkang di atas katil.

Tetapi tidak bagi Skye.

Sebab pada jam 8.30 pagi, 30 minit selepas waktu pejabat bermula, Skye tengah berlari menaiki tangga, berpeluh. Dia tak suka bersenam. Jauh sekali dia suka berpeluh, tapi dah terlambat ni.

Kena la bergegas.

Skye tolak pintu masuk dan terus menerpa masuk ke dalam ruang kerjanya. Hampir tersadung bendul di muka pintu, dan dia terhenti di hadapan seorang lelaki yang sedang berdiri di situ, memeluk tubuh. Perut buncit, pendek sikit, rambut beruban sampai putih satu kepala, dan bermisai ringkas. Matanya merenung tajam ke arah Skye yang lambat ni.

Skye lambat?

Mana dia punya cool but cold semalam tu?

Haha, itu hanyalah cubaan dia berlagak cool. Padahal biasa je. Huehue.

"Sorry, boss!" Skye tersenyum bersalah, rambut oren yang serabut dek berlari naik tangga dibetulkan. "Saya tertinggal benda ni, terpaksa patah balik ambil. Itu yang terlambat ni." Skye mengangkat sedikit briefcase yang diperbuat dari besi yang dibawanya.

"Hmm..... Cepat masuk. Your colleague tengah tunggu barang tu." Boss berkata, dismissing Skye begitu sahaja sebelum dia sendiri beredar.

"Phew~ Close call." Skye mampu mengeluh lega apabila dia dilepaskan begitu sahaja. Skye tidak membuang masa dan terus menuju ke satu meja besar di mana rakan-rakan sekerja dia sedang menunggu ketibaan dia dengan projek yang telah mereka usahakan selama sebulan itu.

"Sorry guys, lambat. Tertinggal this baby." Skye tersenyum bersalah, diletakkan briefcase itu ke atas meja dan menepuk sedikit.

Perbualan mereka terhenti melihatkan Skye yang baru muncul. Mata mereka semuanya menyorot ke arah Skye. Ahli yang sampai paling lambat dalam 7 man team ni.

"As if, Skye. As if." Adam, ketua projek kali ni, adalah orang pertama yang respons kepada Skye. Adam ni tua 2 tahun je dari Skye.

Adam, jejaka keturunan Melayu asli, berkulit sawo matang, dengan badan biasa-biasa. Bukan buncit biasa-biasa. Dan bukan la sado pun. Sekadar tak gemuk lemak dan tak kurus tulang, berisi otot biasa. Tinggi dia pun biasa-biasa, dalam 167cm.

Pakaian yang dia pakai pun, biasa jugak. Sebab tempat kerja dia ni more like hand-work dari desk-work, so pakaian bebas, walaupun usually diorang perlu pakai gears bagai. So usually, dia pakai jeans biru biasa, dan kemeja yang dibiarkan lepas keluar dari seluar.

Typical normal man.

"Assistant Project Manager pun lambat." Perli Aiman, junior setahun dari Skye, gadis yang tak serupa gadis, tomboy semacam je gaya.

Kalau hari Jumaat, baru nampak dia macam perempuan, sebab perempuan wajib pakai skirt atau kain, baju, bebas, but preferable yang sopan. Tapi dia ni, pakai baju apa pun sama je, macam pondan tak jadi. Sebab badan tu plywood sangat. Dan muka dia hensem. Complex.

Aiman ni boleh buat kerja, boleh harap, tapi dalam office je la, keluar office je, berterabur awek line up nak keluar dengan dia. Semuanya gara-gara mulut dia ni ringan je nak keluarkan pick up line.

Pakaian Aiman pun biasa-biasa je. Macam Adam tu. Dia gayakan seluar jeans, sneakers, dan kemeja yang dibiarkan lepas. Depends on the mood, ada la accessory.

Your kind of Player, tapi Tomboy.

Sam tidak memberi respons. Atta' boy, Sam.

Sam, atau nama penuhnya Samuel Wilson, jejaka yang tinggi lampai, tingginya mencecah 2 meter, actually 1.95 meter, dengan kulit yang agak pale, badan yang kering tapi sasa. Dan rambut dirty blonde. Berasal dari United Kingdom.

Sam memang confirm boleh percaya dan boleh buat kerja. Dia memang serious time kerja, dan dia memang tak boleh duduk diam. Asyik nak buat kerja je. Sampai menyampah orang tengok. And Sam ni dah 28.

The Quiet but Sharp type.

Mar yang berdiri di sebelah Sam hanya mendiamkan diri, sehinggalah dia menuturkan sesuatu. "It's okay, Skye."

Mar, the savior, satu-satunya manusia or actually rakan sekerja dia yang tak perli atau condemn dia datang lambat. Mar, pendek. Pendek yang comel tu. 152cm. Berdiri sebelah Sam yang 195cm tingginya, macam tengah tengok abang sulung dengan adik bongsu.

Mar, is the typical good girl.

"At least kau sampai Skye. Itu pun dah cukup." Baish (disebut ba-ysh), menyokong kata-kata Mar dan membantu melegakan Skye.

Baish a.k.a Hubaish, second savior of Skye, lelaki berusia 27 tahun, berkulit tanned, sebab dia aktif bersukan. Badan atletik, tinggi pun biasa-biasa ala-ala Adam je. Berbanding Adam, Baish ni lebih kepada orang yang mengikut arahan daripada mengarah orang. Baish ni baik budaknya, ideal guy la kiranya. Tapi dia agak bengap pasal perasaan sendiri.

Your ideal good guy (from the outside) la katakan.

Ahli yang keenam, mengambil giliran untuk bercakap. "Ehhhhh........ Sampai dah? I thought lama lagi." Leyla sengaja memanjangkan harakatnya. Dia menopang dagu ke atas meja. Mata dia plain, seperti biasa.

Leyla, gadis keempat di dalam 7 man team ini selepas Skye, Aiman, dan Mar. Leyla ni, how to say......... Mulut longkang tak cuci setahun, tapi usually bukan disengajakan. Dia cakap apa yang ada dalam kepala dia. As simple as that.

Dan penampilan Leyla biasa-biasa je. Rambut panjang, diikat menjadi ponytail ringkas. Walaupun usually dia punya keadaan tu serabut. Sebav Leyla ni hyper. Dia buat semua part dia sendiri, dia tak nak bantuan sesiapa. Kadang kerja orang lain pun dia main redah je buat, salah ke betul, belakang cerita.

The simple minded crude woman.

Skye mengeluh melihatkan reaksi mereka yang berbeza-beza ini. Macam manalah Boss dia ni pilih kesemua tujuh orang ni, sumbat jadi satu group? Dia buat cabutan malang ke? Ke dia pilih ikut suka, random semata-mata?

Dah la nombor ganjil. Bila partner dia berpasangan, usually Skye la yang loner-nya.

"Back to the topic, aku dah usha, dah analyse apa semua." Skye buka briefcase itu, menunjukkan tangan prostetik bernilai jutaan ringgit itu kepada rakan-rakannya yang telah sama-sama membina from the scratch.

Dari masa brainstorming lagi.

"And?" Mereka berenam berkata hampir serentak. Walaupun mereka tadinya respons macam-macam dekat Skye, tapi kali ni diorang respons benda yang sama.

Sebab diorang tahu something. That is, Skye seorang analyst yang agak hebat dalam proses akhir pembuatan anggota badan prostetik. Especially tangan. Tiada sesiapa tahu macam mana, tetapi apa yang Skye katakan pastinya betul.

"It's perfect." Skye membalas.

Dan dengan jelas dapat dilihat mereka berenam mengeluh lega, melepaskan nafas yang tidak mereka sedar sedang ditahan dek nervous menunggu jawapan Skye.

Tidak lama pun, sebab lepas tu diorang bersorak gembira. Bertepuk tampar dan memanjatkan kesyukuran kerana mereka berjaya selesaikan benda alah itu sebulan dari dateline

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now