Part 51

115 7 0
                                    

Seminggu Kemudian..

Fiona memerhati lengannya yang masih dibaluti kain anduh berwarna putih.Fikirannya masih pelik memikirkan arahan papanya yang berbaur tegas.Papanya sering mengarah dirinya agar tidak sesekali membuka balutan tersebut kecuali jika Doktor Bunga atau jururawat yang bertugas perlu membersihkan luka tersebut.

Fikirannya tambah pusing apabila setiap kali luka tersebut dibersihkan,dia diminta agar memandang ke arah lain.Selang beberapa saat,dia mengeluh.Terasa papa serta rakan-rakannya cuba menyembunyikan sesuatu darinya.Malah Doktor Bunga juga.

Bila ditanya tentang luka yang terdapat pada tangannya,Doktor Bunga hanya sekadar memberikan dia senyuman yang nipis.Sekali lagi,Fiona mengeluh.Kepalanya diurut sebentar bagi menghilangkan rasa pening.

"Nana.."panggil Mak Melati.Fiona tersentak.
"Apa yang Nana menungkan tu sampai Mak Melati ketuk pintu pun,Nana tak dengar?Naik lenguh tangan Mak Melati ketuk pintu Nana,"ucap Mak Melati sambil meletakkan dulang makanan di atas meja yang terletak di sebelah katil Fiona.

"Maaf,Mak Melati,"ujar Fiona.
"Nana ok tak ni?"soal Mak Melati prihatin.
"Nana baik je.Dah pukul berapa ni Mak Melati?Kak Bunga bila nak sampai?"Soal Fiona pula.
"Sekejap lagi kot.."

"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam.."Fiona tersenyum nipis melihat Doktor Bunga menuju ke arahnya.
"Panjang umur.Kami baru je berbual pasal Doktor,"ujar Mak Melati.Doktor Bunga tersengih.

Selepas beberapa minit,Mak Melati meminta diri.Hanya tinggal mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik tersebut.
"Ok,Nana.Macam biasa Kak Bunga nak bersihkan luka Nana.Hmmmm..Nana fahamkan apa yang perlu Nana buat?"

"Hmmm faham.."jawap Fiona malas lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Good girl!"
"Lama lagi ke Nana nak sembuh?Nana dah malas duduk terperap je kat rumah ni.Spm pun dah nak dekat.."Fiona merungut.

"Kak Bunga rasa lama lagi kot.Eh,takpelah,Nana.kalau Nana tak pergi sekolah pun,Nana kan ada guru tuisyen yang mengajar Nana.Semua subjek yang teras Nana diajar,"jawap Doktor Bunga.

"Tapi Kak Bunga,Nana bukannya lumpuh sampai tak boleh nak jalan pergi ke sekolah.Apa salahnya kalau....."
"Nana pergi ke sekolah?"potong Doktor Bunga Fiona mengangguk pantas.
"Nopp!"
"Alah tapi..."
"Nop!Tak boleh!"
"But why?"Fiona cuba memujuk.
"Untuk kebaikan Puteri Fiona sendiri.."

Fiona mengeluh.
"Done!"ucap Doktor Bunga apabila luka Fiona telah siap dibersihkan.
"Hmm"
"Can i look?"
"Nopp!"
"Yelahh..Tengok sikit pun tak boleh!"omel Fiona.
"Akak dengar tu,"ujar Kak Bunga sambil berlalu pergi.

Fiona menarik nafas panjang.Pandangannya dilontarkan pada luar jendela.Fikirannya semakin serabut memikirkan cara layanan Dato Ronald serta yang lain-lain pada dirinya.

Maut menjelang!Where stories live. Discover now