Part 25

138 11 1
                                    

Di dalam kereta,Fiona masih memeluk Adam.Tubuhnya masih mengigil ketakutan.Dia tahu sebagai seseorang yang beragama Islam,ianya haram untuk bersentuhan bagi pasangan yang belum berkahwin.Tetapi dalam situasi ini,Fiona memang memerlukan seseorang untuk berasa dalam keadaan yang selamat.

"Nana,rehatlah dulu.Bila dah sampai nanti,Adam akan kejutkan,"bisiknya lembut.Pelukannya semakin dipereratkan.

________________________________

"Camtu ke? So,Kak Risya datang lindungi Nana?"tanya Suzan untuk meminta kepastian.Ustaz Farid mengangguk pantas.Mereka semua menghela nafas sebaik sahaja selesai menceritakan kisah Fiona kepada Suzan.

"Suzan rasa dia rindukan Kak Risya sehingga benda yang tak wujud pun,dia boleh wujudkan,"ucapnya sayu.Entah kenapa dia rasa amat merindui kakak kandungnya di saat itu.

"Ustaz tak pasti kalau benda tu sebenarnya tak wujud,"ujar Ustaz Farid lalu memandang sahabat karibnya,Ustaz Kamil.Suzan mengerutkan dahinya.
"Apa maksud ustaz?"
"Camni Suzan..Abang dan ustaz rasa Nana benar-benar boleh nampak benda yang manusia tak boleh nampak,"jelas Ustaz Kamil.

"Korera no koto wa dono yō ni suru koto ga de?(Camne perkara ni boleh berlaku?)"
"Buat masa ni,abang dan ustaz tengah sibuk mencari bagaimana masalah ini boleh bermula,"balas Ustaz Kamil.

"Naze motto hayaku arimasen ka?"(Kenapa tak buat je dari dulu?)."Suara Suzan kedengaran kurang berpuas hati.
"Bukan senang nak cari akar tunjang masalah ini,Suzan.Abang dan Ustaz perlukan masa yang banyak tuk selesaikan masalah ni apatah lagi masalah ni seolah-olah ada kaitannya dengan Kak Risya,"terang Ustaz Kamil.

Suzan terdiam.Wajahnya diraup lembut.
"Suzan minta maaf,bang.Suzan fikir masalah Nana taklah besar sangat."

"Itu hanya dilihat melalui pandangan mata kasar,Suzan.Percayalah,ustaz dan abang kamu lebih tahu bahawa masalah ni memang agak besar sehingga boleh mengakibatkan seseorang tu mengalami maut.Apatah lagi yang sedang mengalami masalah ini ialah Fiona.Impaknya sangat besar.Kalau dia tidak boleh bertahan,bila -bila masa saja syaitan tersebut boleh menguasai dia,"jelas Ustaz Farid panjang lebar.

Mereka semua mengangguk faham.
"Angah,along tahu ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan tapi along tak tahu apa bendanya.Along cuba nak korek rahsia daripada dia tapi tak berhasil juga.Semenjak ni pun,perangai dia dah lain macam.Ada je yang tak kena di matanya.Kadang-kadang cepat marah.Benda yang kecik pun dia dah naik angin.Ada sekali tu,along menghendap kat tepi pintu bilik dia.Along nampak dia ketawa sorang-sorang.Tetiba pula dia menangis.Seram pula along rasa."

Dato Ronald mengusap lengannya yang terasa sejuk.
"Kat bilik?Along pernah tanya tak dengan siapa dia bercakap?"
"Pernah juga tapi dia kata takde.Dia tak pernah pun bercakap dengan sesiapa kat dalam bilik tu melainkan dia bertelefon."

"Hmmmm..."
"Rid,kau fikir tak apa yang aku fikir?"ujar Ustaz Kamil.Ustaz Farid mengangguk faham.
"Along,boleh tak kitorang masuk dalam bilik Nana kejap?"pinta Ustaz Farid.

"Kenapa?"tanya Dato Ronald pelik.
"Kitorang nak periksa.Mungkin ada sesuatu kat bilik dia,"jawabnya.Dato Ronald mengangguk pantas lalu segera bangkit daripada tempat duduknya.

_________________________________

"Assalamualaikum,"ucap Adam.
"Waalaikumsalam.Eh,Dam kenapa dengan Nana?"Dato Ronald sedar bahawa wajah puteri tunggalnya kelihatan pucat lesi.

"Nana!"jerit Suzan.Tubuh anak saudara kesayangannya dipeluk erat.Fiona terdiam.
"Anata ni nani ga okorimashita no?(Apa yang dah berlaku pada kamu,Nana?)"

Fiona hanya diam tidak berkutik.Tubuhnya mengigil menahan ketakutan.
"Adam,apa dah jadi dengan anak papa?"
"Adam tak tahu camne nak ceritakan sebab Adam pun tak tahu apa sebenarnya yang dah berlaku,"balasnya.

Seketika,semua pandangan terarah pada Fiona.Ustaz Farid sedar anak saudaranya sedang berada dalam ketakutan.Secawan air yang telah disucikan dengan ayat-ayat kursi,diberikan pada Fiona untuk diminum.

Setelah air itu habis diminum,Fiona kembali sediakala.
"Nana..."panggil Dato Ronald.Fiona mendongak.
"Apa yang dah berlaku dengan Nana?Cuba ceritakan pada kami semua.Papa tak suka kamu berahsia,"kata Dato Ronald tegas.Fiona menarik nafas dalam-dalam.

"Nana...hmmmm...Tadi ada satu makhluk yang cuba nak bunuh Nana.Di..dia cekek Nana sehingga Nana hampir putus nafas.Pandangan Nana semakin kabur dan terlanggar kereta Adam,"ujarnya takut-takut.

"Kereta?"soal kedua-dua ustaz itu hampir serentak.
"Kereta kamu kat mana  sekarang?"Riak wajah Ustaz Farid segera berubah.
"Kat luar.Pak Zahir yang tolong bawakan kereta Nana tadi,"jawap Adam bagi pihak kekasihnya.

"Habis tu siapa yang bawakan kereta Adam?"soal Dato Ronald pelik.
"Saya yang bawakan kereta tu, cikgu,"pintas Rasyid.
"Takde polis trafik ke?"
"Takde,"jawap mereka hampir serentak.Risau juga Dato Ronald andai anak-anak muridnya ditangkap kerana tiada lesen.

"Bagi kunci kereta Nana.Ustaz nak periksa sesuatu,"pintanya pada Adam lalu pandangannya dilontarkan ke arah Ustaz Kamil.Nampaknya,Ustaz Kamil pun telah faham apa yang dia cuba lalukan.

Adam yang kehairanan hanya mengikuti kehendak Ustaz Farid.Selepas Ustaz Farid mencapai kunci itu,dia pun terus menapak ke arah luar.

_____________________________

Ustaz Farid merenung dengan teliti pada setiap bahagian dalam kereta milik Fiona.Saat itu,dia dapat merasakan kehadiran aura yang jahat.
"Aku nak roh dia."Ustaz Farid segera menoleh ke belakang apabila telinganya menangkap suara bisikan halus.
"Aku nak roh dia."Ustaz Farid sekali lagi menoleh.

"Aku bagi amaran kat kau,wahai syaitan durjana.Kau jangan berani nak kacau anak saudara aku atau aku akan usir kau dengan cara yang kejam,"ugut Ustaz Farid.Kedengaran suara itu tertawa sinis lalu hilang entah ke mana.Ustaz Farid tahu bahawa syaitan tersebut langsung tidak gentar akan ugutannya sebentar tadi.



Maut menjelang!Where stories live. Discover now