Part 7

194 19 0
                                    

"Adam!,"jerit Rasyid.Seisi kelas itu menangis ketakutan.Ustaz Kamil yang merupakan seorang ustaz juga cuba membuka pintu diluar dengan menggunakan ayat-ayat suci.Fiona menangis teresak-esak.Tubuh Adam segera diletakkan di atas pahanya.

Darah pada baju Adam cuba dihilangkannya.
"Adam,bangun!Jangan tinggalkan Nana!"raung Fiona seperti orang gila.Esakkan teman-teman karibnya semakin kedengaran kuat.Dato Ronald,Imran dan Rasyid segera mendapatkan mereka.

Tetapi malangnya,tubuh mereka keras seolah-olah mereka diikat oleh tali yang ketat.
"Badan aku...,"ujar Rasyid cemas.Ketiga-tiganya cuba ingin bergerak.Sarah semakin ketawa kuat.Darah pada pisaunya dijilat rakus.

"Aku nak darah lagi,"bisik Sarah seram.
"Kau nak apa dari kitorang?!"herdik Fiona.
"Aku nak DARAH korang!"Fiona dan yang lain-lain menutup telinga apabila Sarah membuka mulut.Terlalu nyaring sehingga boleh menyebabkan gegendang telinga mereka pecah.

"HAHAHAHHA!!"gelak Sarah jelek.Belum sempat pisau diayunkan,tubuhnya tiba-tiba terasa panas.
"Nyah,kau dari sini Syaitan yang dilaknat oleh Allah!"jerit Ustaz Farid.Sarah sudahpun rebah di atas lantai.

Dia menggelupur seolah-olah ada api yang membakarnya.
"Aku tak nak!"
"Apa yang kamu nak daripada mereka?"tnya Ustaz Farid tenang.
"Tuan aku suruh aku untuk pastikan mereka MATI,"jerit Sarah kasar.
"Siapa tuan kau?"Sarah ketawa panjang.Bunyinya seperti mengilai.

"Aku takkan bagitau manusia jijik seperti engkau!"ujar syaitan yang memasuki tubuh Sarah.
"Kalau itu kehendak kau,Syaitan."Sebaik sahaja Ustaz Farid berkata-kata,dia merenjis air sucinya tersebut ke tubuh Sarah.

Sarah menjerit kesakitan.
"Ustaz,tolong saya,"ucap Sarah sambil menangis teresak-esak.
"Sarah?Kamu ke tu?"Ustaz Farid berhenti seketika."Ustaz,ni Sarah.Sarah dah sedar.Ustaz tolong Sarah.Sarah takut,"tutur Sarah lemah.

Ustaz Farid segera mendekati Sarah lalu menolongnya untuk bangkit daripada pembaringannya.Dengan tiba-tiba leher Ustaz Farid dicekek kuat.
"Hihihihi...Dasar manusia bodoh!Manusia dengan syaitan pun engkau tidak mampu bezakan.Layakkah engkau digelar Ustaz?!"tengking Sarah.

Ustaz Farid cuba menyentuh air sucinya yang telah jatuh di atas lantai.Mata serta wajahnya kelihatan kemerah-merahan menandakan tubuhnya memerlukan oksigen.Saat Ustaz Farid semakin lemah,pintu kelas terbuka kuat.

"Allahukakhbar,"ucap Ustaz Kamil lalu merenjiskan air ke tubuh Sarah.Syaitan tersebut meronta-ronta menahan kesakitan.
"Syaitan seperti engkau tidak layak mendapat belas kasihan,"marah Ustaz Kamil.Tangannya ligat merenjis air sucinya pada tubuh miliknya Sarah.Syaitan tersebut langsung tidak diberikan sebarang peluang.

"Sakit!"raung syaitan tersebut.
"Aku akan keluar daripada tubuh ini tetapi engkau manusia kena ingat!Aku dan juga tuan aku akan tuntut kembali kematian kami.Di saat itu,engkau manusia tidak akan mampu melawan bilangan kmi.HAHAHAHAHA!!"

Maut menjelang!Where stories live. Discover now