Part 23

122 11 0
                                    

"Nana?"
"Chris..."
"Awak ok tak?"Christina yang perasan akan mata Fiona yang agak kemerah-merahan itu segara bertanya.
"Tak!Saya tak ok.Tolong bawa saya pergi dari sini,"rayu Fiona.

Air matanya kembali jatuh membasahi pipi.Christina terkedu.Di saat itu,dia terlihat Adam sedang berlari pantas ke arah mereka.Dia pun terus faham.Dia menarik lembut tangan Fiona lalu berlari pantas.Pandangan orang ramai yang kelihatan berasa pelik,tidak diendahkannya.
"Saya bawa awak kat tempat lain,"ujarnya.
_________________________________

Fiona menangis teresak-esak.Sungguh hatinya terluka melihat senyuman yang terukir pada wajah Adam ketika berbicara dengan Rossa.

"Heii,it's okay.Bertenang..Saya ada kat sini,"ujar Christina sehingga membuatkan gadis itu tersentak.Christina teragak-agak untuk membalas pelukan itu.Akhirnya,dia mengambil keputusan yang dirasakan betul dengan membalas kembali pelukan itu.

Perlahan-perlahan tangannya mengusap belakang Fiona.Di saat itu,dia mampu merasa keperitan yang Fiona alami.Dia berasa sebak.Mujur kedai buku yang mereka sedang kunjungi itu,tidak mempunyai ramai pelanggan.

Kalau tidak,sudah tentu mereka mendapat malu.
"Jangan risau.Saya ada di samping awak,"bisiknya lembut.
________________________________

Adam menumbuk dinding sekuat hati.Rasa amarahnya meluap-luap.Tangan yang penuh dengan darah dibiarkan terus mengalir.Kesakitan di tangannya tidak terasa dek semua kesakitan yang terkumpul di dalam hatinya.

"Dam,sabar!Ingat Allah,Dam,"nasihat Rasyid sambil memegang bahu Adam.
"Ini semua memang salah aku,Ras.Aku tak sedar yang hati dia dah terluka disebabkan aku!"marah Adam.Suara garaunya bergema di lot parking itu.

"Tak,Dam.Dia cuma salah faham,"ujar Rasyid lembut.
"Betul tu,Dam.Takpe!Besok kita semua cuba terangkan pada dia."Qalesya cuba menenangkan Adam yang berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Adam menghela nafas panjang.Dalam hatinya,dia mengucap.Dia tahu dengan cara ini,masalah tidak akan dapat diselesaikan.
___________________________________

Kereta yang dipandu olehnya meluncur laju membelah jalan raya.Air matanya sudah lama kering.Hanya kemarahannya sahaja yang masih belum reda.Semua ajaran Ustaz Farid sudah dilupakan dalam sekelip mata.

Dia membiarkan api kemarahan menguasai dirinya.Kereta BMW yang berwarna putih itu mengharungi setiap belok dengan kelajuan yang amat pantas.

Fiona sedar bahawa umurnya masih 17 tahun dan dia juga tidak mempunyai lesen kenderaan.Mujur tiada sebarang sekatan jalan yang dilakukan sepanjang perjalanan ke rumahnya setakat ini.

Ketika keretanya dipandu pantas,matanya dengan tiba-tiba tertangkap seekor makhluk yang hodoh di belakang tempat duduknya.Makhluk yang merenung Fiona dengan tajam itu membuatkan Fiona terkejut besar.

Dia tahu ini bukannya sekadar MIMPI!Dan dia juga tahu bahawa dia pernah melihat makhluk tersebut.Dia ingin menjerit tetapi suaranya terasa tersekat di celah-celah kerongkongnya.

Makhluk yang berkepala terbalik itu menyeringai ke arahnya.Lidahnya dengan seronok menjilat pipi Fiona.Bau pada lidah dan air liur makhluk itu membuatkan Fiona berasa ingin muntah.

Tanpa disedarinya,kereta yang dipandu pantas olehnya sedang menuju ke arah kereta yang berada hadapannya tanpa sebarang kawalan.

______________________________

Bam!
Mereka semua menjerit terkejut apabila belakang kereta yang mereka sedang naiki tiba-tiba dilanggar oleh sesuatu.
"Kenapa ni Pak Zahir?"soal Adam cemas.

"Ada kereta lain yang dah langgar kereta kita,Dam,"jawap Pak Zahir yang turut terkejut.
"Takpe,biar Pak Zahir yang turun,"ucapnya lagi.
"Pak Zahir,tolong bukakan pintu ni sekali.Adam nak tengok keadaan kereta ni,"pinta Adam.Pak Zahir mengangguk kemas.

Nantikan sambungannya yang sangat menarik selepas ini.

Maut menjelang!Where stories live. Discover now