Part 5

222 19 0
                                    

Fiona berlari sepantas kilat ke arah kelasnya.Dia merungut apabila melihat jam tangannya menunjukkan angka jam 6:50 pagi.Sudah 10 minit dia terlewat masuk ke kelas Cikgu Azhar.Semestinya cikgu tersebut akan mendendanya!

Apabila dia tiba,dia cepat-cepat mengetuk pintu kelas.Nafasnya masih tercungap-cungap meminta oksigen.Cikgu Azhar segera berhenti daripada mengajar.Dia tersenyum sinis.
"Contoh pelajar lewat!Puteri Fiona binti Dato Ronald,kamu merupakan ketua pengawas kat sekolah tapi kamu juga yang buat kesalahan.Apa alasan kamu?"

Fiona hanya diam membatu.Pandangan semua rakan termasuk kekasihnya tidak dilayan.Hatinya menyumpah seranah pada lelaki yang berumur 30-an di hadapannya itu.Dia seolah-olah berasa ingin menelan lelaki itu sehingga mati.

"Berani kamu pandang saya macam tu?!Kenapa kamu tak jawap soalan saya?!"suara Cikgu Azhar naik seoktaf.Fiona tersenyum manis sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.Tampak manis!
"Sya tak jawap soalan cikgu sebab sya takut kata-kata saya bakal menyakitkan hati cikgu.Sya tak nak pula dicopkan sebagai pelajar yang kurang ajar,"ujar Fiona selamba.

Kata-kata Fiona bagaikan halilintar yang membelah bumi.Hati Cikgu Azhar terluka.Yang lain pula sudah tertunduk-tunduk menahan ketawa.Qalesya,Shila,Farah dan Shasha memberi simbol hormat padanya lalu turut mentertawakan Cikgu Azhar dalam diam-diam.

Adam pula sudah tersenyum seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Kamu..."
Assalamualaikum,Ckgu Azhar.Apa yang kecoh pagi-pagi ni?"tegur Dato Ronald dari arah belakang.Fiona sudah tersenyum kemenangan!Cikgu Azhar terkedu.
"Saya cuma tanya Fiona kenapa dia terlewat tapi dia tak jawap.Itu yang buat saya marah tu ckgu,"tutur Cikgu Azhar gementar.

Dato Ronald mengangguk faham.
"Macam nilah cikgu,Sebenarnya anak saya lewat disebabkan saya.Malam tadi,saya terlupa nak set alarm saya,tulah terbangun lewat.Mujur sajalah anak perempuan saya datang mengejutkan saya.Beginilah hidup seorang duda.Takde sang isteri yang menemani sang suami,"terang Dato Ronald.Wajah puterinya dipandang sekilas.

Cikgu Azhar tersenyum tawar.
"Kalau macam tu,saya maafkan salah kamu Fiona tapi lain hari,cikgu tak boleh maafkan kamu lagi,"pesan Cikgu Azhar.Fiona hanya diam membisu.
"Nana masuk ke kelas dulu yerh papa.Assalamualaikum,"ucap Fiona lalu pipi papanya dikucup dengan penuh kasih sayang.

Dato Ronald tersenyum lebar.Di saat Fiona lalu di hadapan Cikgu Azhar,dia menjulingkan matanya ke atas.

Bukan main lembut lagi suara kau bila papa aku datang!
________________________________

23 Mac 2017
"Apa pegang-pegang ni cikgu?"marah Fiona sambil menarik tangannya daripada genggaman Cikgu Azhar.
"Jangan panggil saya cikgu.Panggil je cikgu,abg.Kan manis kedengaran kalau Fiona panggil macam tu,"bicara Cikgu Azhar lalu tersenyum gatal.

Tangannya bertindak menyentuh pipi Fiona yang kelihatan gebu.Fiona yang tampak terkejut segera menepis kasar tangan tersebut.
"Jangan sampai rasa hormat saya hilang pada cikgu!"ugut Fiona geram.
"Tak kesah.Janji Fiona sudi menjadi girlfriend abang,"tutur Cikgu Azhar gatal.

Entah kenapa tekaknya ketika itu ingin mengeluarkan semula makanan yang telah dicernanya pada pagi tadi.
"Cikgu tahu tak kenapa tiada siapa pun yang sanggup nak kahwin dengan cikgu?sebab otak cikgu dah masuk air!Gatal dengan pelajar sendiri.Memang tak hairanlah kalau nenek tua pun tolak pinangan cikgu,"sindir Fiona pedas.

Cikgu Azhar tersenyum lebar.Wajahnya langsung tidak menunjukkan bahawa dia terkesan dengan sindiran tersebut.Tangannya cuba menyentuh bahu Fiona tetapi seperti tadi,masih ditepis kasar.
"Manusia macam kau memang tak layak digelar cikgu!"tengking Fiona lalu ingin segera beredar.

Di tempat sunyi itu,apa-apapun boleh terjadi.Bukannya dia sengaja datang ke taman rekreasi itu tetapi oleh kerana Adam teringin berjumpa dengannya,dia terpaksa akur.Lagi pula,mereka berdua tidak ingin sesiapa pun tahu tentang hubungan mereka yang telah dijodohkan dari kecil lagi.

Saat Fiona ingin beredar,tangannya ditarik kasar oleh Cikgu Azhar.Fiona yang kelihatan marah terus sahaja menampar pipi Cikgu Azhar sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.Fiona terus sahaja melarikan diri.

Dia takut andai dirinya diapa-apakan oleh Cikgu Azhar.Orang ramai sudah lama meninggalkan tempat tersebut.Dia yang sepatutnya juga pulang sebentar tadi,terpaksa tinggal dengan lebih lama sedikit apabila Cikgu Azhar memanggilnya untuk berkata sesuatu.

Tidak disangka,Cikgu Azhar mengadakan sesi meluah hati.
"Bala!Bala!"ucapnya keras.

#Jangan lupa nak vote

Maut menjelang!Where stories live. Discover now