Part 45

129 9 0
                                    

"Engkau sedang menahan kesakitan wahai cucu Adam?"Makhluk itu menyindir.
"Aku tak takut dengan kau,syaitan berkepala dua!"bentak Ustaz Farid.Dia bangkit menggunakan kudrat yang masih berbaki.

"Hei,orang tua!Engkau manusia memang tidak mampu melawan tuan aku!"tengking makhluk itu dengan rasa bangga.Ustaz Farid merenung tajam ke arah makhluk tersebut.

Mulutnya terkumat-kamit membaca doa pada tasbih yang berada di dalam genggamannya.Jauh disudut sana,dia dapat melihat makhluk yang berkepala terbalik sedang menghisap darah pada lengan anak saudaranya.

"Jauhi tubuh busuk kau daripada anak saudara aku!"marah Ustaz Farid.
"Masa kau tinggal seminit,orang tua!Jika masa ini habis,rohnya akan menjadi milik tuan aku!"

Ustaz Farid tidak betah berada di situ.Dengan sekali laungan,Ustaz Farid terus sahaja melontarkan biji-biji tasbihnya pada makhluk  tersebut.
"Allahuakhbar!"
"Arghh!!"
"Kembali kepada tuan engkau.Katakan bahawa manusia tidak akan gentar padanya,"ujar Ustaz Farid.

Kedua-dua makhluk itu kepanasan sambil menahan marah.Mereka menyeringai geram lalu beredar dari situ.Ustaz Farid segera berlari ke arah Fiona dengan pinggangnya yang terasa sakit.

Bibirnya mengucap kalimah-kalimah suci lalu dengan izin Allah,mereka berdua kembali ke dunia nyata.Apabila Ustaz Farid membuka matanya,dia terbatuk-batuk mengeluarkan darah yang pekat.

"Angah!Kau tak apa-apa ke ngah?"soal Dato Ronald risau.
"Long,bwa anak long pergi ke hospital cepat.Dia dah banyak kehilangan darah,"arah Ustaz Farid lalu rebah di atas lantai.

"Ustaz!"Adam serta Pak Mail segera memapah Ustaz Farid manakala tubuh Fiona pula dicempung oleh Dato Ronald.Mereka semua segera berkejaran ke hospital.

_________________________________

"Bunga,camne dengan keadaan Nana?"tanya Dato Ronald yang berada di hadapan bilik kecemasan.Ustaz Farid pula sudah ditempatkan ke bilik lain.
"Dato,Nana sedang berada dalam kritikal.Dia mempunyai mempeluang yang agak tipis untuk hidup,"ujar Doktor Bunga merangkap sebagai doktor peribadi keluarga Dato Ronald.

"Doktor,kenapa dengan dia?Apa maksud doktor dengan keadaan yang agak kritikal?"tanya Adam yang separuh dalam keadaan marah.
"Dia dah banyak kehilangan darah,"ucap Doktor Bunga itu dengan penuh simpati.

Tiba-tiba perbualan mereka terhenti apabila seorang jururawat yang kelihatan muda sedang keluar daripada bilik ICU itu dengan wajah yang panik.
"Doktor,nafas pesakit dah terhenti!Kita kena lakukan renjatan elektrik pada dadanya secepat yang mungkin,"ujar jururawat itu dengan risau.

"Allah!"jerit Dato Ronald lalu terduduk lemah di atas lantai.Adam tidak mampu lagi menahan amarahnya.Dinding hospital ditumbuknya sekuat hati.

"Argh!"
"Dam,sabar!Bawa mengucap,Dam.Kita serahkan semuanya pada Allah.Aku yakin Allah akan tolong kita,"nasihat Rasyid sambil menahan tubuh Adam.

"Aku tak boleh kehilangan dia,Ras!Aku sayangkan dia,"rintihnya lalu air matanya mengalir.Qalesya,Shila,Farah dan Shasha sudah berpelukan menangis.

"Nana,jangan tinggalkan kitorang,"rengek mereka.Pak Mail menyandar tubuhnya pada dinding.Dalam diam-diam,dia menyeka air mata tuanya.Dia teringat kembali saat Fiona masih kecil.Lagaknya yang manja selalu sahaja mencuit hati tuanya yang tidak mempunyai anak.

"Nana,kau tak sayangkan kita ke?"rintih Shasha pula.Air mata mereka semakin deras mengalir.
Pintu yang dikuak perlahan membuatkan mereka semua mendongak.Dato Ronald segera berdiri.

Doktor keluarganya itu direnungnya dengan dalam.
"Maafkan saya,dato.Pihak kami dah berusaha untuk selamatkan anak dato,"tutur Doktor Bunga sedih.

"Tak mungkin!"tempik Adam.wajahnya kelihatan benar-benar tidak percaya.
"Argh...Nana.."raungan mereka berempat semakin kuat.Pak Mail pula sudah jatuh terjelepuk di atas lantai.

"Doktor!Doktor kena tengok ni,"ujar jururawat yang baru keluar dari bilik ICU.Doktor Bunga segera masuk ke dalam bilik semula.Dia terkejut besar apabila melihat mesin pernafasan di sisi katil Fiona sedang menunjukkan garis ke atas dan ke bawah.

"Nurse,tolong cek nadi pesakit ni!"arah Doktor Bunga.Jururawat yang bertugas,tergamam selepas memeriksa nadi Fiona.
"Do..Doktor..Nadi pesakit ni stabil,"beritahu jururawat dengan wajah yang kelihatan terkejut.

"Oh my God!Nurse awak pernah dengar tak tentang keajaiban?"Kedua-dua jururawat itu mengangguk pantas.
"Kita sedang melihatnya.."
"Tapi camne perkara ni boleh berlaku,doktor?Saya tak pernah lihat perkara ni seumur hidup saya.."

"Inilah kuasa Tuhan,Zulaikha.Orang kata kunfa yakun yang bermaksud apa yang telah dikehendaki olehNya,perkara itu tetap akan berlaku.Saya yakin Tuhan nak pesakit ini hidup,"jelas Doktor Bunga lalu tersenyum lebar.Hatinya tidak putus-putus mengucap syukur pada Allah.

Maut menjelang!Where stories live. Discover now