Part 24

128 12 0
                                    

Fiona meronta-ronta minta dilepaskan.Udara di dalam peparunya semakin berkurangan.Tangannya berusaha meleraikan tangan makhluk tersebut daripada terus mencekeknya.

Semakin lama dia ingin melepaskan diri,semakin lama itu juga lehernya dicekek.
"Le..lepaskan ak..aku,"rontanya.
Air mata yang mengalir di pipinya,dijilat dengan rakus oleh makhluk tersebut.

Fiona menangis ketakutan.Di luar sana pula,Adam sedang tekun meneliti kereta milik keluarganya.

Kawan-kawannya juga turut turun untuk melihat kemalangan itu.
"Mesti kes pemandu mabuk ni,"teka Farah.
"Pak Zahir,pemandunya mana?Kenapa masih tak keluar-keluar lagi?"soal Adam pelik.

Kau yang langgar kereta aku,takkan kau pula senang-senang nak cabut lari...

"Pemandunya tak nak keluarlah,Dam.Pak Zahir dah lama ketuk cermin tingkap kereta dia tapi dia tetap tak nak keluar,"beritahu Pak Zahir.
"Dam,kalau pemandu lelaki jangan bagi peluang.Kau terus bantaikan aje,"Rasyid cuba menghasut dalam nada bergurau.

Shasha yang mendengar kata-kata Rasyid terus sahaja menolak kepala Rasyid.
"Dam,jangan kau dengar cakap Rasyid ni.Otak dia dah masuk air!"jerit Shasha.Adam tersenyum nipis.

___________________________________

Fiona tidak mampu lagi bertahan.Dia benar-benar memerlukan oksigen untuk bernafas.Makhluk yang mencekeknya pula sedang rakus menjilat wajahnya tanpa henti.

Sebentar tadi,kelibat seorang lelaki yang amat dikenalinya,sedang mengetuk cermin keretanya tapi malangnya,dia tidak berdaya untuk bersuara.Matanya yang tertutup segera dibuka luas untuk melihat tali pinggang keledarnya.

Dengan sekali tekan,tali pinggangnya berjaya dibuka.Hanya tinggal dirinya untuk dilepaskan sahaja.Adam perlahan-lahan mengatur langkah ke arah kereta tersebut.

Entah kenapa,perasaannya menjadi kurang enak.Hanya tinggal beberapa saat lagi,Fiona akan kehilangan nyawa.Udara oksigen gagal masuk ke dalam hidungnya.Di saat itu,dia teringatkan Ustaz Farid.

Dengan sekali laungan,dia dapat melepaskan dirinya.
"Allahukakhbar."Makhluk itu terus sahaja melepaskan tangannya.Dengan lincah,Fiona segera membuka pintu.

Dia jatuh terjelepuk  dalam keadaan yang terbatuk-batuk.
"Nana!"jerit Adam.Rasyid dan yang lain-lain segera berlari pantas mendapatkan mereka.Fiona yang jatuh di atas jalan tar,segera dibantu oleh Adam.Tubuhnya dibangunkan.

Fiona yang ketakutan segera memeluk Adam.Wajahnya disembunyikan pada dada bidang Adam.
"Kenapa ni Nana?"Adam memeluk Fiona dengan erat seolah-olah tidak lagi ingin melepaskannya.

"Dam,Nana takut,"ujarnya sambil menahan tangisan.
"Takde benda yang nak ditakutkan,Nana.Adam ada kat sini,"pujuknya lagi.
"Dam,ada makhluk yang cuba nak bunuh Nana.Dia ada kat dalam kereta sekarang,"beritahunya takut-takut.Adam mencari makhluk seperti yang dikatakan oleh kekasihnya sebentar tadi.

Namun,kereta itu hanya dipenuhi dengan kerusi.
"Nana,sayang..Makhluk tu takde.Mungkin Nana silap tengok kot,"bisiknya perlahan.
"Nana tak tipu!Memang ada,"bentaknya geram.Wajahnya masih disembunyikan.Tangannya pula sibuk menuding ke arah kerusi pemandu.

Adam menghela nafas.
"Takpe,Nana.Adam bawa Nana balik dulu."
_________________________________

Ustaz Kamil,Ustaz Farid dan Suzan melabuhkan punggung mereka di atas sofa.Penat yang dirasai oleh mereka perlahan-lahan hilang.Dato Ronald tersenyum lebar melihat kedua-dua adik iparnya.

"Camne keadaan Suzan kat Jepun?"tanya Dato Ronald mesra.
"Watashi wa, Nihon dakede yoidesu yo(Saya baik-baik sahaja di Jepun)"Dato Ronald mengerutkan dahinya tanda tidak memahami bahasa yang digunakan oleh adik iparnya itu.

Ustaz Kamil berdehem.
"Adik,kita ni kat Malaysia.Bukan kat Jepun.Cakap bahasa melayu,baru orang faham,"tegur Ustaz Kamil.Suzan tersengih.
"Adik dah lama tinggal kat Jepun sampai terlupa nak cakap bahasa melayu,"ujarnya.

"Tulah,abang bawa tinggal kat Malaysia tak nak.Sibuk je nak tinggal kat sana,"rajuk Ustaz Kamil.Sekali lagi,Suzan tersengih seperti kerang busuk.
"Watashi wa mōshiwakearimasenga, ani,(Saya minta maaf,abang)"pohonnya.

Ustaz Kamil tersenyum lebar.
"Nani mo(Takpe)."
"Amboi,seronok betul korang berborak sampai dah lupa kat kitorang ni.Mentang-mentang kitorang tak reti,"gurau Ustaz Farid.

Mereka tergelak besar.
"Anata no kodomo wa doko ni arimasu ka?(Di mana anak abang?)"soal Suzan sambil matanya liar memerhati di segenap ruang.

"Sorrylah Suzan.Abang langsung tak faham apa yang Suzan cakapkan,"tutur Dato Ronald lalu tergelak kecil.
"Dia kata mana anak abang,"sampuk Ustaz Kamil.

"Dia keluar kejap nak cari ketenangan,"ucap Dato Ronald lembut.
"Ketenangan?untuk apa?"Suzan mulai berasa curiga.Mereka bertiga yang sudah sedia maklum tentang perihal Fiona,segera berpandangan antara satu sama lain.

(Sebentar lagi,kisah ni akan bersambung..)

Maut menjelang!Where stories live. Discover now