Part 37

129 9 0
                                    

Fiona mendail nombor telefon Adam sebaik sahaja kekasihnya itu muncul di dalam mimpinya.Adam seolah-olah sibuk sehingga panggilannya pun tidak sudi dijawap.Matanya melihat jam yang menunjukkan angka 7:14 malam di skrin telefon pintarnya.

Sewaktu dia bangun tadi,kepalanya terasa berat.Dia terlupa bagaimana dia boleh berada di atas katil walhal ingatannya yang terakhir menunjukkan dia berada di dapur dan sedang meroyan merindui kekasihnya.

Apabila dia cuba ingat,kepalanya akan terasa sakit.Dia mengambil keputusan untuk cuba tidak mengingati perkara yang sudah berlaku.Mungkin dia terlalu penat sehingga dia terlupa bahawa dia telah tertidur diatas.

Fiona mengeluh kecil apabila hanya peti suara yang menjawab panggilannya.Akhirnya,dia berputus asa.Dia segera turun daripada katilnya.Kucing parsi yang berada di sebelahnya,dicium manja.

"Kiki,bangun!Dahlah tu..Asyik tidur aje.Patutlah badan pun dah gemuk semacam,"komen Fiona.Kucing kesayangannya hanya mengiau.Mungkin sebagai tanda bahawa dia masih ingin tidur.Fiona tergelak kecil.

Perut si kucing dicubit manja.Langkah kakinya diatur ke arah meja solek.Tudung yang berada di atas meja dicapai lalu dlilitnya dengan penuh kemas di kepala.Perkara ini juga turut mengundang rasa pelik di sanubarinya.

Bukan ke aku memang dah pakai tudung sebelum tidur?Takpelah..aku yang dah lupa kot...

Sebelum ini,papanya pernah berpesan padanya agar memakai sahaja tudung di rumah kerana mungkin sahaja Adam atau teman-teman karibnya seperti Rasyid akan bertandang ke rumah agam itu tanpa diberitahu terlebih dahulu.

"Kiki,sayang.Bangunlah!Jom pergi makan.."rengek Fiona seolah-olah kucing itu faham akan kata-katanya.Kiki seperti tadi.Hanya tidur berbantalkan katil yang empuk.

Fiona tersenyum lebar.Tubuh Kiki yang berat diangkat lalu dipeluknya dengan penuh kasih sayang.Kucing parsi itu mengiau seperti tidak suka tidurnya diganggu.

"Exercise sikitlah,Kiki.Badan kau dahlah gemuk.Kang takde kucing jantan yang suka kat kau,baru kau tahu.Aku takpe.Aku dahlah lawa,comel,pintar,langsing..Hmmm..tinggi..Apa lagi eh?Arh!Kira cukup pakejlah.Kau ada apa,Kiki?Gemuk aje lebih,"ejek Fiona bangga.Kucing parsi itu sekali lagi mengiau.

"Kau marah ke Kiki?Sorrylah.."ucap Fiona lalu wajah si kucing itu dicium bertalu-talu.Fiona membawa Kiki keluar daripada biliknya.Ketika dia lalu di hadapan bilik lamanya,dia terhenti.Entah kenapa,dia berasa ada sesuatu yang tidak kena.

Pintu bilik itu dipandangnya lama.Tanpa sedar,ada suatu suara seperti suara bisikan sedang menggodanya untuk membuka pintu tersebut.Dia pun seakan-akan tergoda.

Tangannya perlahan-lahan menuju ke arah tombol pintu.Ketika pintu itu hampir dibuka,Kiki tiba-tiba sahaja menyeringai ke arah pintu itu.Fiona tersentak.
"Kiki?"Si kucing parsi itu segera melompat daripada pelukan Fiona.

Pintu bilik lama itu ditutupnya kembali lalu dia mengejar kucing kesayangannya.
"Kiki!"jeritnya lagi.Mereka yang berada di ruang tamu,segera bangkit daripada tempat duduk masing-masing.

"Kiki,tunggu!"jeritnya lagi.Mereka saling berpandangan antara satu sama lain apabila nama si kucing parsi itu dijerit-jerit.Ketika Fiona hampir mendapatkan Kiki,dengan tiba-tiba dia terlanggar tubuh pengasuhnya.

"Astagfirullahalhazim..Nana ni buat Mak Melati terkejut,"tegur Mak Melati sambil mengusap-usap dadanya.Fiona tersengih.
"Sorry Mak Melati.Kiki ni tetiba je melompat dari pelukan Nana bila Nana sampai kat depan bilik lama tu,"rungut Fiona.Mata mereka semua terbeliak.Terkejut!Mak Melati pula terdiam.

"Mak Melati..Kat bilik tu..Hmmmm..Nana rasa ada sesuatulah sampai Kiki pun tetiba lari,"ujarnya sehingga membuatkan riak wajah mereka bertukar pucat.

"Kamu buka ke pintu tu,Nana?"sampuk Dato Ronald risau.Fiona tersentak.
"Eish,papa ni.Terkejut Nana.Bagilah salam dulu,"tegur Fiona.
"Papa tanya ni.Kamu buka ke tidak?"Fiona merenung wajah papanya yang kelihatan bengang.

"Tak,Nana tak buka sebab Nana nak kejar Kiki,"jawabnya takut-takut.Mereka semua menarik nafas lega.Fiona menundukkan kepalanya.Adam yang berada di sebelah Dato Ronald,tidak dipandangnya.Hatinya kecewa.

Kenapa dia tak bagitau aku yang dia ada kat sini?

Kucing kesayangannya yang sedang menggesel-geselkan tubuhnya pada kaki kirinya,diangkat lalu dipeluk.Langkahnya diatur ke dapur.
"Nana nak pergi ke mana pula?"tanya Dato Ronald lagi.

"Dapur"jawapnya sepatah.Mungkin tanpa kehadiran dia suasana yang telah dia rosakkan tadi kembali ceria.


Maut menjelang!Where stories live. Discover now