Grudge✔[5]

122 8 0
                                    

  Umji turun dari kereta. Membetul-betulkan tudungnya. Kemudian Daehan pula turun dari sebelah tempat duduk penumpang. Sambil memegang sebuah buku yang berkulit hitam di tangannya. Daehan memegang tangan Umji lalu mereka berdua berjalan memasuki sebuah pusat perawatan mental.

 "Awak apa khabar Suga?" Tanya Umji sambil mengusap tangan Suga yang kasar dan sejuk. Suga hanya mendiamkan diri. Wajahnya lemah dan bibirnya pucat. Matanya pula menumpu pada ruang udara yang tidak berpenghuni.

"Suga. . . Daehan dari minggu lepas tak sabar-sabar nak jumpa dengan awak. Dia rindukan awak. dia juga ada bawakan hadiah untuk awak, Suga. Daehan, bagilah hadiah yang Daehan nak beri pada abang Suga." Umji mengarahkan Daehan dengan lembut.

 Daehan pun bangun dan pergi ke arah Suga yang keras seperti patung. Dia menghulurkan sebuah buku berkulit hitam dan diberikan ke Suga.

"Nah. Daehan tahu yang abang suka baca buku ni kan? Jadi Daehan bawa untuk abang baca. Manalah tau kut-kut abang bosan duduk dekat sini. . ." Kata Daehan. Umji tersenyum mendengar kata-kata manis Daehan itu. Begitu dia mengambil berat tentang Suga.

 Suga memerhatikan buku yang diberikan oleh Daehan sebentar tadi. Dia terus bangun dan pulang ke biliknya tanpa berkata apa.

 Umji dan Daehan mengeluh. Walaupun berasa kecewa. Namun mereka tahu bahawa itu bukan diri Suga yang sebenar. Dia sakit. Dan berada di tempat itu, akan membantunya untuk pulih seperti sedia kala. Lalu Umji dan Daehan pun memutuskan untuk pulang sahaja dan datang semula minggu depan untuk melawat Suga lagi.

 Suga terus masuk ke dalam biliknya. Dia harus lakukan sesuatu pada buku itu. Suga cuba mengoyak buku tersebut helaian demi helaian. Namun aneh. Kertasnya yang begitu nipis dan usang langsung tidak terjejas. Dalam keadaan gerun, Suga membuang buku itu ke dalam tong sampah. Dia kemudian melompat keatas katil sambil mengerekot dalam ketakutan. Suga menagmbil bantal untuk menekup wajahnya. Namun sebaik Suga mengangkat bantal tersebut, buku yang berkulit hitam itu sedang terlantar elok di atas meja.

 Suga bangun dan melihat ke dalam tong sampah. Buku itu sudah tiada di dalam tong sampah.  Beberapa kali lagi Suga cuba untuk membuang buku tersebut. Namun tetap tak berjaya. Setiap kali buku itu akan muncul sama ada di atas meja atau di tangannya dengan sendiri.

 Suga sudah bingung. Dia tidak tahu nak lakukan apa lagi. Buku itu susah untuk dimusnahkan.

 Lalu Suga pun dapat satu akal. Dia mengguriskan jari telunjuknya pada bucu cermin tingkap bilik sehingga memancut-mancut darah yang keluar.

 Dengan darah yang mengalir deras dari luka jarinya itu, Suga menuliskan sesuatu pada kulit buku yang selama ini hanya kosong dan tidak bertajuk.

 Pada kulit buku yang berwarna hitam itu,Suga tulis. . .

'TOLONG, JANGAN BACA BUKU NI!'

 Petang itu, Suga duduk di taman sambil mengambil angin. Memang ini masanya untuk pesakit-pesakit di pusat rawatan itu dibenarkan untuk keluar dari bilik mereka dan beriadah.  Bagus untuk membantu proses pemulihan. Suga memegang buku hitam di tangannya yang kini sudah bertajuk. Dikarang dari darahnya sendiri. Sebagai mesej untuk sesiapa sahaja yang menjumpai buku itu lagi selepas ini. Tiba-tiba seseorang datang menyapanya. . .

"Hai. . ."Kata orang itu sambil duduk di sebelah Suga di atas bangku batu yang sama dengan  Suga.

"Hai. . ." Balas Suga.

"Baca buku ke?"

 Suga menggeleng kepala sambil matanya tertumpu pada buku yang tertutup rapat itu.

' dendam ' ft sugaWhere stories live. Discover now