CERITA 2 : TERAPUNG

129 10 9
                                    

Tepat pukul 12:01 AM. Bertarikh 1/1/2000. Kesemua bayi yang dilahirkan pada detik itu semuanya sihat dan ceria. Alhamdulillah. . . .

Tapi sesuatu berlaku pada tanggal 1/1/2016. Seorang remaja enam belas tahun tiba-tiba terapung di Shah Alam. Iya. Terapung. Setinggi satu kaki dari lantai. Kemudian ada pula remaja-remaja lain mengalami perkara yang sama. Mereka secara tiba-tiba mempunyai kebolehan untuk mengapungkan diri. Semuanya remaja berusia enam belas tahun. Yang lahir pada tarikh 1/1/2000. Dari semasa ke semasa, semakin ramai remaja yang dikesan mengalami fenomena itu. Hingga kini sudah dapat dipastikan melalui kajian saintifik, bahawa kesemua bayi yang dilahirkan pada tarikh tersebut, mengalami benda yang sama.

Walaupun pada mulanya, seluruh negara gempar dengan kejadian itu. Namun setelah beberapa bulan, orang ramai seakan semakin membiasakan diri dengan keadaan itu. Lebih-lebih lagi bila melihatkan yang perkara tersebut tidaklah begitu memudaratkan. Cuma ada beberapa kes terpencil dimana remaja yang tercedera.

Ada yang tiba-tiba terjatuh ketika sedang terapung setinggi beberapa kaki. Patah kaki. Ada pula satu kes dimana seorang remaja lelaki tidak perasan bahawa dia sedang terapung di bawah kipas. Dia mengalami kecederaan yang agak berat di kepala apabila terkena bilah kipas yang sedang berpusing laju.

Namun rata-rata, tidak ada apa-apa yang berlaku. Semua remaja-remaja itu sihat dan normal. Malah mereka gembira dengan kebolehan baru mereka itu. Rasa seperti watak-watak superhero yang mereka baca di dalam komik dan tonton di tv. Lebih-lebih lagi apabila semakin hari, kebolehan mereka semakin meningkat. Mereka mampu terapung semakin tinggi dan tinggi.

' dendam ' ft sugaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora