Grudge✔[2]

197 15 3
                                    

Suga hanya berdiri di situ buat seketika. Dia bingung. Tak tahu hendak buat apa. Dia juga mula mempersoalkan apa yang dia nampak tadi. Adakah benar-benar di situ, atau hanya wujud di matanya saja? Hanya satu cara untuk pastikan.

"Daehan. . . . Daehan nampak tak perempuan tu tadi?"

Daehan menggeleng.

"Daehan tak nampak apa-apa pun." Jawab budak itu bersahaja.

"Tapikan tadi Daehan yang tunjuk dekat abang?"

Daehan hanya mengangkat bahu.

"Daehan ingat tak? Masa abang tengah pandang Daehan tadi, tiba-tiba saja Daehan suruh abang pandang depan. Daehan angkat tangan dan tunjuk ke depan macam ada sesuatu kat tengah jalan. Lepastu bila abang tengok, ada perempuan tu dekat tengah jalan. Kan?"

"Entah Daehan tak nampak apa-apa pun."

Suga mengeluh panjang. Pelik dengan jawapan Daehan namun tak ada apa-apa boleh dilakukan tentangnya. Kemudian Suga mengelap peluh sejuk yang merenik di dahi. Peluh yang memancar kerana fikiran yang kusut dan hati yang memberontak dengan keadaan.

Setelah mengambil masa beberapa minit untuk menenangkan diri dan merasionalkan fikiran, Suga pun menghidupkan semula enjin keretanya dan menyambung perjalanan. Saki-baki perjalanan yang tinggal hanya berisi imej wanita itu tadi yang tidak henti-henti menghantui kotak fikiran Suga. Bermacam-macam dan teori logik yang cuba Suga fikirkan tentang apa yang berlaku namun satu pun tak boleh diterima oleh hatinya. Pukul 12 tengah malam. Seorang wanita. Di tengah-tengah jalan di tengah hutan yang tiada penempatan berdekatan. Hanya berdiri keras di tengah jalan yang gelap gelita. Apa penjelasannya? Apa yang dia buat di situ, dan kemana pula dia menghilang selepas itu? Setiap soalan hanya terawang dalam minda Suga tanpa sebarang jawapan.

"Ah. . . . tentu ada penjelasannya. . . ." Kata Suga dalam hati untuk memujuk dirinya sendiri. Pun begitu, hatinya tetap tidak termakan dengan pujukannya sendiri. Otak berkata lain, naluri berkata lain. Otak berkata ada penjelasan logik. Naluri pula berkata ada sesuatu aneh dan tak kena denga apa yang berlaku. Mana yang Suga harus percaya?

Semakin lama berfikir, keperibadiannya yang hanya melihat pada yang jelas dan sahih semakin menenangkan pertimbangan otaknya. Baginya fikiran yang lahir dari otaknya itu yang sahih. Manakala rasa naluri pula tidak pernah terbukti secara saintifik ketepatannya. Jadi Suga akhirnya berjaya menetapkan pendiriannya tentang keadaan itu. Perkara yang berlaku tadi adalah sesuatu yang normal dan ada penjelasan logik di sebaliknya.

"Mungkin ada orang gila sesat kut. . . . . Ya, Tentu itu penjelasannya." Kata Suga yakin.

Pukul 2:30 tepat, mereka akhirnya sampai. Suga menghubungi telefon rumahnya untuk meminta ibunya membuka pintu.

"Assalamualaikum mama. Mama apa khabar?" Suga menyambut tangan Ramlah sebaik pintu kayu rumahnya terbuka.

"Baik alhamdulillah. Kenapa lambat sangat sampai?" Itulah soalan pertama yang diajukan oleh Ramlah pada Suga walaupun pada hakikatnya dia lebih berminat hendak tau tentang siapa budak lelaki yang dibawa bersama anaknya itu.

"Panjang ceritanya mama." Suga mengangkat begnya dan bersedia untuk melangkah masuk. Namun baru sebelah kakinya masuk ke rumah, Ramlah menahannya.

"Kenapa mama? Tak nak bagi saya masuk ke?"

Mata Ramlah yang menjengil memerhati sekeliling.

"Duduk luar dulu kejap. Baca ayat kursi tiga kali dan hembuskan sekeliling. Lepastu baru masuk." Arahnya.

Suga akur dan menarik kembali kaki kananya.

"Mari nak. Anak masuk dulu ya? Sejuk dekat luar ni. Nanti demam pulak. Suga hyung nanti dia masuk. . ." Kata Ramlah sambil menarik bahu Daehan perlahan.

' dendam ' ft sugaWhere stories live. Discover now