CERITA 3 : RAMALAN

102 5 0
                                    

   Sowon adalah seorang surirumah yang rajin, seorang isteri yang taat dan seorang ibu yang penyayang. Dia sudah berkahwin dengan suaminya selama tiga belas tahun. Sepanjang masa itu mereka telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Kesemuanya lelaki. Yang sulung berusia sebelas tahun. Yang kedua sembilan tahun. Ketiga tujuh tahun dan yang bongsu baru berusia lima tahun. Suami Sowon bekerja sebagai doktor perubatan yang berjaya.

   Maka secara keseluruhannya, kehidupan Sowon dan keluarganya cukup sempurna dan bahagia. Sehinggalah apabila sejak kebelakangan ini, Sowon sering mendapat mimpi buruk ketika tidur.

Sowon sering bermimpikan imej-imej yang menakutkan. Pada mulanya, mimpi cuma mengandungi gambaran-gambaran tidak jelas tentang perkara-perkara ngeri seperti mayat, darah, pembunuhan dan sebagainya. Namun semakin hari, mimpinya menjadi semakin jelas. Sehinggalah akhirnya pada suatu malam ketika Sowon sedang tidur, dia bermimpikan sesuatu yang cukup dahsyat. Sesuatu yang berlaku pada keluarganya sendiri.

  Sowon bermimpi melihat suami dan anak-anaknya dibunuh dengan kejam. Tapi tidak dapat melihat siapa yang telah membunuh keluarganya itu. Kerana imej pembunuh itu kelihatan samar-samar sahaja.

  Sowon terkejut jaga. Dia mengurut dadanya yang berombak sambil mengucap panjang. Dia mengelap peluh di lehernya. Sowon memerhatikan suaminya yang sedang tidur dengan aman. Kemudian dia memeriksa pula satu-persatu anak-anaknya. Semuanya sedang tidur dengan tenang. Sowon menghela nafas lega.

  Pun begitu, setiap malam, mimpi yang sama berulang. Setiap kali dengan perincian yang semakin jelas. Contohnya, melalui mimpinya itu, Sowon tahu bahawa pembunuhan tersebut berlaku pada hari sambutan majlis hari lahir anak sulungnya. Kerana Sowon nampak banyak perhiasan seperti belon dan kek yang sudah tinggal separuh, namun masih tertulis sebahagian dari nama dan umur anak sulungnya. Perkara itu agak merunsingkan Sowon kerana memang dia dan suami sedang merancang untuk membuat majlis hari jadi untuk anak sulungnya yang akan berlaku minggu hadapan. Perkara tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada Sowon. Walaupun dia masih menganggap perkara itu sebagai kebetulan dan mimpi-mimpinya tidak lebih dari sekadar mainan tidur.

' dendam ' ft sugaWhere stories live. Discover now