Grudge✔[1]

528 29 3
                                    

Jari Suga cepat menukar siaran pada radio. Justeru sebuah puisi yang mendalam berubah menjadi lagu rock yang membingitkan telinga. Suga memang tak pernah sukakan pada siaran sastera itu. Tak pernah melawatinya pun. Namun entah kenapa apabila membuka radio di dalam keretanya ketika memulakan perjalanan tadi, siaran itu yang terus melompat keluar dan memenuhi ruang kereta Proton Gen2nya itu. Aneh lagi, Suga tidak pernah berminat pada sastera mahupun puisi tidak terus menukar siaran. Sebaliknya dia diam. . . dan mengarahkan mindanya untuk kosong seketika. Agar bisa memberi ruang kepada suara garau seorang lelaki yang sedang bermadah tentang pokok.

Untuk pertama kali dalam hidupnya Suga memberi perhatian pada sesuatu yang berseni. Untuk pertama kali dalam hidupnya Suga membuka hati untuk menerima sesuatu yang halus dan penuh misteri. Buat pertama kali dia cuba untuk memahami sesuatu yang tersirat. Namun berakhirnya puisi di dalam radio itu tadi membuatkan dia kembali sedar yang itu bukan dirinya. Dia bukan seorang yang berjiwa seni. Yang meluang masa dengan perkara-perkara halus yang dianggap remeh. Malah kalaupun hendak menjelaskan keperibadiannya, dia adalah yang cukup bertentangan dengan semua itu. Barangkali lima tahun hidup sebagai seorang pegawai polis mencanaikan keperibadiannya untuk jadi begitu. Keras dan dingin. . .

Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Suga mencapai handsfree dan memasukkan ke dalam telinga.

"Hello."

"Assalamualaikum. . ." Suara lembut dari seorang wanita hadir dari hujung talian.

"Waalaikumsalam. . ." Suga menjawab dengan suara mendatar.

"Awak dah sampai kampung ke?"

"Belum. Jauh lagi."

"Sekarang dekat mana?"

"Baru sampai Pahang."

"Oh. . . Awak dah makan sebelum bertolak tadi?"

"Dah."

"Makan apa?"

"Umji, saya tengah drive ni."

"Oh, sorry. . ."

"Saya telefon bila dah sampai nanti jelah."

"Okeyh. . . Awak. . ."

"Hmm?"

"I love you. . . "

"Yup!"

Butang merah ditekan memantikan sambungan talian. Suga senyum. Dia gembira mendapat panggilan dari Umji. Dia terharu denga sifat ambil berat kekasihnya itu. Namun memang sifatnya tidak pernah menunjukkan perasaan-perasaan itu. Dia sentiasa serius. Tegas. Jauh sekali hendak romantis. Walaupun hanya tuhan saja yang tahu betapa dia menyintai gadis itu. Selama empat tahun mereka bersama, sekali pun Suga tidak pernah mengatakan cinta.

Suga memperlahankan keretanya. Lehernya panjang menjenguk sekeliling. Kawasan itu asing baginya. Tak pernah dilalui selama dia balik kampung.

Salah jalan ke aku ni?

Suga menggerakkan keretanya dengan berhati-hati. Tambah perlahan lagi apabila dia sedar bahawa dia sudah memasuki sebuah perkampungan. Matanya meliar memerhatikan kalau-kalau ada orang kampung yang boleh dia bertanyakan jalan. Lengang. Suga lalu di sebuah rumah usang. Suga berhenti di sebelah rumah usang itu. Dia keluar dari kereta. Matanya tertumpu pada tangga di hadapan beranda rumah papan buruk itu. Kemudian dia melihat sekeliling. Ada seorang budak lelaki duduk di tangga seorang diri. Kepalanya pula tertunduk sambil membaca buku. Suga mendekati budak itu.

Sebelum berkata apa-apa, dia memerhatikan dulu keadaan budak itu. Bajunya lusuh. Kedua belah tapak tangannya dipenuhi tanah hingga masuk ke celah-celah kuku. Kaki dan lututnya pula diselaputi lumpur yang sudah kering.

' dendam ' ft sugaWhere stories live. Discover now