CERITA AKHIR ((B))

93 4 0
                                    

 Eunbi meraba perutnya. Kemudian dia merasa bahagian bawah kain telekungnya. Basah. Eunbi menjerit nama Mariah. Namun Mariah tiada di rumah. Eunbi baru teringat bahawa mamanya pergi kerumah Mak Dom untuk mengurut.

 Di dalam kesakitan yang teramat, Eunbi mengesot ke arah pintu depan rumah. Dia menggagahkan dirinya untuk bangun. Rumah Mak Dom tidak begitu jauh dari rumahnya. Eunbi kira dia tiada pilihan melainkan untuk ke sana saja. Lalu dalam susah payahnya. Masih dalam telekung putihnya yang mengerbang di tiup angin malam yang kencang tiba-tiba. Eunbi terenjut-enjut berjalan ke rumah Mak Dom sambil menampung perutnya yang begitu sakit kerana bayi yang meronta-ronta , sedia untuk keluar melihat dunia yang gelap.

 Sampai saja di rumah Mak Dom, Mariah dan Mak Dom yang terkejut besar terus memapah Eunbi ke dalam rumah. Llau Eunbi terus dibaringkan di tengah-tengah rumah sementara Mak Dom bersiap sedia untukmenyambut bayi daaalam kandungan yang sudah begitu hampir untuk keluar.

 Angin kencang memukul rumah Mak Dom sehinggakan berdentam dentum segala pintu dan tingkap. Disusuli dengan guruh kilat, namun tiada hujan walau setitis pun. Eunbi menjerit sehingga ke hujung tekaknya. Kesakitan yang dirasa tidak tertanggung. Sampaikan guruh serta kilat juga tidak mampu menandingi tangisan dan raungan Eunbi yang terseksa saat itu.

 Mak Dom cemas. Sudahberpuluh malah beratus kelahiran yang dia sambut. Namun dia tidak pernah melihat keadaan seperti itu. Semua wanita yang sedang melahirkan memang merasakan kesakitan. Tapi tidak seteruk Eunbi. Sehinggakan wajahnya menjadi merah kebiruan. Matanya bagaikan tersembul. Dan setiap urat-birat pada tubuhnya bagaikan ingin memecah keluar.

' dendam ' ft sugaWhere stories live. Discover now