Grudge✔[4]

83 3 0
                                    

 Novel hitam di tangan Suga terus terlepas ke lantai. Tubuhnya menggigil dalam ketakutan. Bagaimana dirinya sendiri boleh berada dalam novel itu?

 Suga mencapai telefon bimbit dengan niat untuk menghubungi Umji. Dia ingin memastikan Umji selamat. Tapi baru hendak menekan butang pada telefonnya, satu panggilan masuk. Ianya dari Sahar. . .

"Assalamualaikum. . ."

"Waalaikumsalam. . ." Balas Sahar dengan lemah.

"Ada apa Sahar?" Soal Suga.

"Umji. . . Dia dah tak ada."

"Hah?!"

"Dia kemalagan tadi. Meninggal serta-merta sebab cedera parah di bahagian kepala."

"Daehan?"

"Daehan selamat. Sekarang ni jenazah Umji ada di hospital. Daehan pun ada di sana. Aku nak pergi ambil sekarang. Kau boleh datang?"

 Suga mengangguk tanpa bersuara. Telefon bimbit dia masukkan ke dalam kocek seluarnya. Suga mengambil kunci kereta di atas meja. Bersedia untuk menjemput jenazah kekasihnya.

 Malam itu. . . 

 Keluarga Suga dan Umji bergilir-gilir menemani jenazah Umji sambil membacakan surah Yaasin. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Haeun dan Sufiyan sudah tidur dalam bilik kerana mereka keletihan. Ibu Umji, Hasmah pula sedang solat sunat di dalam biliknya di atas juga. Tinggal Suga, Sahar dan Daehan yang masih menemani jenazah Umji yang terlantar tenang di tengah-tengah ruang tamu rumah itu.

 Setengah jalan dalam bacaan Yaasinnya, Sahar meminta diri untuk ke tandas. Sakit perut katanya. Lalu tinggallah Suga dan Daehan berdua sahaja dengan jenazah Umji. Daehan yang dari tadi hanya duduk di sisi Suga, tiba-tiba bangun dan mengahampiri jenazah Umji. Suga memerhatikan Daehan. Daehan duduk di sebelah kepala jenazah Umji. Dia mengusap-usap kepala Umji. Lalu mendaratkan sebuah kucupan di dahi Umji yang sejuk. Suga hanya memerhatikan setiap perbuatan Daehan.

 Tiba-tiba Suga lihat Daehan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa pun. Daehan kelihatan sedang membisikkan sesuatu di telinga jenazah Umji.

"Daehan buat apa tu?" Soal Suga dengan suara yang agak tinggi. Tidak senang dengan tindakan yang baru sahaja dilakukan oleh Daehan.

"Tak ada buat apa-apa. Daehan cuma panggil mama Daehan je. . ."

"Apa Daehan mengarut ni? Itu kan Kak Umji. Bukan mama Daehan."

"Iya. . . Tapi kejap lagi mama Daehan akan sampai. . ."

 Sebaik Daehan berkata begitu, ruang tamu yang dalam keadaan sejuk tiba-tiba berubah menjadi panas. Panas yang teramat sangat. Seolah-olah tempat itu sedang terbakar. Berapi.

 Suga bangun. Dia terpinga-pinga. Suga melihat sekelilingnya. Cuba mencari punca kenapa tiba-tiba keadaan dalam rumah tersebut menjadi sangat panas. Daehan juga bangun. Dia menjauhkan dirinya sedikit dari jenazah Umji.

 Tak semena-mena, jenazah Umji yang sedang terlantar tenang itu meletus dengan api yang sangat marak. Setiap inci tubuh umji dimamah dengan api yang merah dan membara. Terlalu besar dan tinggi sehingga memecah siling rumah.

 Suga jatuh terduduk  sambil memerhatikan semua itu dengan gerun. Dia cuba menjerit tetapi suaranya tidak keluar. Suga hanya mengecilkan dirinya di sudut ruang tamu tersebut. Cuba untuk melindungi dirinya dari api yang ganas ditengah-tengah rumah itu yang sedang membaham jenazah Umji.

 Suga menutup matanya dengan kedua belah tapak tangannya. Dia mengerekot sambil menggigil ketakutan.

 Secara perlahan-lahan, Suga dapat merasakan kepanasan itu semakin hilang. Hinggalah ruang tamu itu kembali dingin seperti sediakala.

 Suga membuka matanya. Jenazah Umji sudah tiada. Sebaliknyayang adalah kelihatan seorang perempuan. Wanita itu sedang berdiri sambil memakai kain batik berwarna biru yang diikat di dada. Daehan mendekati wanita itu lalu merangkul pinggangnya. Kemudian Daehan berkata. . .

"Daehan rindukan mama. Sekarang kita dapat bersama semula. . . ."

 Penglihatan Suga hitam. Dia terus hanyut di dalam kegelapan yang dalam.

TOLONG, JANGAN BACA BUKU INI!



-------------------------------------------------------------

Maaf, untuk bab yang kalini memang pendek. Apa-apa pun, enjoy!

To be continue💀

SELAMAT MEMBACA💕

Jangan lupa vote.
Thank You💎

' dendam ' ft sugaWhere stories live. Discover now