CERITA 5 : TELEFON

67 2 0
                                    

Hari Satu

"Bagi salam dulu sebelum masuk tu Irfan. . ."

"Buat apa mama? Bukannya ada orang dalam rumah kita ni. Kan kita semua baru balik ni. . ."

"Buat ajalah. Kalau orang tak ada, benda-benda lain yang ada. . ."

  Irfan pun memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya yang sudah ditinggalkan selama seminggu. Dia dan seluruh keluarganya pulang ke kampung kerana ada kematian.

"Assalamualaikum. . ." Ucap Zakiah pula bila dia melangkah masuk dengan kaki kanannya.

  Zakiah meletakkan beg di tepi tangga. Melucutkan selendangnya lalu dikibas-kibaskan ke leher. Panas dan menyesakkan. Maklumlah rumah yang sudah tertutup rapat selama seminggu tanpa pengudaraan. Sekurang-kurangnya itulah fikiran Zakiah.

"Abang. . . tolong bukak tingkap-tingkap semua. Saya rimaslah. . ." Pinta Zakiah pada suaminya, Bakar.

"Eh. . . Kan nak maghrib dah ni?"

"Alah. . . Bukak sekejap saja. Dah azan nanti kita tutuplah balik. Cuma nak keluarkan wap aja. . ."

"Hmm. . . yalah."

  Sebaik Zakiah hendak melangkah naik ke atas untuk mandi dan menyalin baju, tiba-tiba kedengaran suara seseorang memberi salam di luar.

"Siapa tu bang? Tengok sekejap."

  Bakar menjenguk melalui tingkap.

"Orang perempuan. Kenalan awaklah tu. Pergilah tengok kenapa dia datang."

"Haih. . . siapa pulaklah yang datang senja-senja ni?" Sungut Zakiah seorang diri sambil kelam-kabut mencapai selendangnya.

' dendam ' ft sugaWhere stories live. Discover now