Grudge✔[3]

137 9 0
                                    

  Sudah hari keempat Suga di kampung. Ramlah lah yang paling gembira. Kerana selalunya paling lama anak terunanya itu akan balik hanyalah dua hari sahaja. Namun dia tak pernah merungut kerana faham akan jadual kerja Suga yang memang padat dan tak menentu sebagai seorang anggota polis.

  Pun begitu, rasa pelik tetap ada. Sampai ke hari ni pun Suga masih belum memberitahu kenapa dia pulang ke kampung. Dia juga tidak begitu banyak bersembang dengan Ramlah. Seolah sedang mengelak dari sesuatu. Sepanjang masa dia hanya habiskan bersama dengan Daehan yang setelah beberapa hari bersamanya, mulai menunjukkan kemesraan.

  Habis mandi dan pakai baju, Suga menyikat rambut Daehan dan meletakkan bedak pada mukanya. Suga anak tunggal. Memang dari dulu dia inginkan seorang adik lelaki. Dan barangkali usianya sudah mencecah dua puluh tujuh tahun ini, mula mencairkan hatinya tentang konsep kekeluargaan dan zuriat. Nak tunggu anak sendiri, tak tahu lagi bila. Bukannya tak ada calon. Umji sentiasa setia menunggu. Duit juga sudah cukup. Labih dari cukup. Tapi Suga belum sedia. Dia sendiri pun tak tau kenapa. Yang dia tau, dia belum bersedia.

  Habis saja disikat rambutnya, Daehan terus melompat atas katil dan mencapai buku cerita yang dibaca dari pertama kali Suga menjumpainya tempoh hari. Buku itu memang tak pernah lekang darinya. Sampaikan tidur pun berbantalkan buku tebal itu.

"Daehan baca buku apa tu? Abang tengok suka sangat. . . "

  Daehan memandang Suga dengan renungan tajam. Kemudian dia tersenyum sinis.

"Buku himpunan cerita-cerita seram. . . " Jawabnya.

"Boleh abang tengok?" Pinta Suga.

  Daehan menggeleng .

"Kenapa?"

"Daehan belum habis baca lagi. Tolong ikut giliran. . . "

  Suga ketawa.

"Tak. Abang nak tengok sekejap saja. Bukan hyung nak baca pun. Hyung dah tengok, lepas tu abang bagi balik la. . ."

  Daehan masih keberatan. Membuatkan Suga lebih musykil.

"Daehan. . . Abang mintak elok-elok ni. Tolong bagi sekejap." Pinta Suga lagi sekali sambil kali ini menghulurkan tangannya untuk mengambil buku tersebut.

  Daehan beralah. Dia menyerahkan buku tersebur kepada Suga. Suga terus membeleknya. Kulitnya berwarna hitam tanpa sebarang tulisan mahupun gambar. Suga pusing ke belangkang. Sinopsis pun tak ada. Lalu Suga melihat bahagian dalamnya pula. Menambahkan keanehan pada Suga apabila dia melihat buku cerita itu ditulis dengan tangan seratus-peratus.

"Mana Daehan dapat buku ni ya?"

  Daehan cuma mengangkat bahu. Jawapan yang sama seperti kebanyakkan masanya apabila Suga menanyakan sebarang soalan.

  Melihatkan keanehan keadaan novel tersebut, Suga telah membuat keputusan untuk mengkaji isinya dahulu, sebelum dia membenarkan Daehan terus membacanya. Bukannya apa, Suga bimbang kalau-kalau ada bahagian di dalam novel itu yang tidak bersesuaian untuk dibaca oleh kanak-kanak. Lagi-lagilah novel bergenrekan seram. Barangkali ada babak-babak keterlaluan untuk budak kecil. Dia takut nanti Daehan tak boleh tidur malam pula kerana takut. Suga juga perasan bahawa kadangkala Daehan suka bercakap seorang diri. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Mungkin Daehan terpengaruh dengan novel seram itu. Menambahkan lagi sebab mengapa Suga merasakan perlu untuk mengkaji cerita di dalam novel tersebut sebelum membenarkan Daehan terus membacanya.

Pada mulanya, memang Daehan memberontak apabila Suga 'merampas' novel tersebut darinya. Daehan seakan-akan ada satu pertalian aneh dengan buku itu. Seolah dia begitu sukar hendak melepaskan buku tersebut.

"Biar abang tengok dulu. Nak tengok sesuai ke tak untuk Daehan baca. Lepas abang dah habis tengok, abang bagilah balik dekat Daehan. Abang janji." Kata Suga. Daehan hanya merenungnya dengan mata yang merah.

Suga menuju ke beranda. Berbekalkan secawan kopi o' panas dan sebungkus kerepek dia mula membaca novel usang itu. . .

-------------------------------------------------------------

To be continue💀

SELAMAT MEMBACA💕

Jangan lupa vote.
Thank You💎

' dendam ' ft sugaWhere stories live. Discover now