✘CHAPTER 50✘

424 64 6
                                        

Malam yang dingin dan sepi membuatkan ji hyo dan lay mengambil keputusan untuk duduk diluar sambil menikmati kehangatan unggun api.. Malam itu tamburan Bintang dilangit membuatkan suasana bertambah romantik.
Mereka duduk menghadap unggun api.. Kepala ji hyo elok terletak dibahu lay manakala tangan mereka saling berpaut.

"Selepas ji hyo berjumpa dengan oppa buat pertama kali.. Semuanya mula berubah. Ji hyo mula percaya pada mimpi dan impian yang orang macam ji hyo juga boleh jatuh cinta. Ji hyo cintakan oppa.. Ji hyo hanya akan cintakan oppa.. Sebab oppalah ji hyo berani luahkan perasaan ji hyo. Sama ada ini cinta atau bukan.. Oppalah orang yang bertanggungjawab mengubah hidup ji hyo"luah ji hyo.

Lay tersenyum ubun-ubun ji hyo dicium sekilas.
"Ji hyo.. Andai satu hari nanti kita berpisah... Oppa nak ji hyo percaya yang oppa akan cari ji hyo.. Kita akan kahwin dan punya keluarga yang bahagia.. Oppa akan tunggu ji hyo sampai bila-bila"tekad lay dia tak tahu apa yang akan terjadi pada mereka selepas ini tapi dia akan pastikan yang hatinya hanya untuk ji hyo seorang.

Ji hyo diam dia mengangkat wajahnya ditenung lay yang duduk disebelahnya.
"Oppa sayang dan cintakan ji hyo? "Soal ji hyo.
Lay mengangguk laju.
"Kalau macam tu... Teruskan hidup.. Jangan bersedih terlalu lama.. Ingat exo dan exo l sayang dan cintakan oppa.. Janji dengan ji hyo carilah kebahagian oppa jika ji hyo tidak muncul dihadapan oppa. Ji hyo akan bahagia kalau oppa bahagia... "Sambung ji hyo lagi dia juga tidak tahu apa yang akan jadi pada hubungan mereka.. Dia hanya mahu melihat lay dan exo bahagia walaupun pada akhirnya mereka tetap tak bersama... Dia tak mahu mementingkan diri dengan menabur janji pada lay yang mereka akan bersama.. Dia hanya mahu lay berbahagia dengan kehidupannya. Kerana dia juga akan mencari kebahagiaannya sendiri.

Lay diam dahi ji hyo dicium dia mengangguk perlahan mengiakan kata-kata ji hyo tapi di dalam hati dia sudah memasang tekad yang dia akan mencari ji hyo dan seterusnya mengahwini ji hyo.

Mereka kembali melihat taburan Bintang di dada langit sambil tersenyum.. Malam ini milik mereka... Dan memori mereka.

Cinta bukan tentang berapa lama kamu telah mengenal seseorang, tapi tentang seseorang yang buatmu tersenyum sejak kamu mengenalnya. Dan zhang yizing adalah satu-satunya namja yang berjaya menerbitkan seribu rasa dalam hatiku.

☆☆☆☆☆

Ji hyo mengesat dahinya yang berpeluh akibat mendaki tangga dari tingkat dua sampai empat kerana lif ditingkat dua tidak berfungsi jadi nak tak nak terpaksalah dia menapak demi mencari seseorang yang dia rindukan sebagai exo-l iaitu xi luhan.. Mengikut apa yang penyiasat peribadinya beritahu inilah satu-satunya apartmen yang luhan ada di korea kerana dia telah menjual dua buah apartmen di beijing serentak dengan penutupan studionya.

Mulutnya menyebut satu persatu nombor yang terdapat di pintu-pintu akhirnya dia berhenti di pintu bernombor 404..loceng ditekan tiada sahutan... Loceng ditekan buat kali kedua juga tiada sahutan..... Dan sampailah jarinya lenguh menekan loceng penghuni di dalam masih tidak memunculkan diri. Akhirnya ji hyo akur di penat dia duduk bersandar di pintu apartmen luhan. Putus asa? Tak adalah.. Dia masih banyak cara macam mana nak berkomunikasi dengan luhan... Dia dah lalui macam-macam dugaan jadi apa yang terjadi hari ini hanyalah perkara kecil. Dia tahu luhan perlukan banyak masa untuk berdepan dengan exo tapi dia tidak punya banyak masa dia masih ada empat bulan untuk kembalikan exo seperti dulu jadi kalau dia tak mulakan hari ini.. Bila lagi? Sampai dia jadi debu dan hilang dari dunia ini? Tak dia tak mahu itu berlaku dia mahu pulang ke tempat di mana sepatutnya dia berada.. Dia rindukan suasana universiti dia rindukan mama lisa, jimin dan jackson... Dia rindukan semuanya.

"Aku ingat kau dah putus asa? "Soal satu suara yang berdiri di depannya.
Ji hyo mendongak dia tersenyum.... Dia berdiri kotoran yang melekat di skirtnya di tepuk perlahan..
"Oppa... "Panggil ji hyo.. Dia menghulurkan tangannya ingin berjabat dengan luhan tapi sayang tangannya dibiarkan kosong.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now