Mata mereka saling bertentangan tangan kanan mereka serentak memegang dada mereka kerana ketika ini mereka merasakan debaran yang sama..
Lay terdiam kerana sepanjang dia hidup di dunia ini ,inilah getaran yang dia cuba sedaya upaya untuk elakkan bukan kerana takut sakit lagi lantaran di tinggalkan kekasih 8 tahun yang lalu. tetapi kerana adalah tidak masuk akal hatinya berdegup pada yeoja yang baru tiga kali dia bertemu muka.pertama di cafe, kedua di fanmeeting dan ketiga disini?
Ya!! Dia ingat dengan jelas yang yeoja ini adalah peminatnya kenapa dia ada disini?.
"Awak yeoja yang dekat cafe dengan fanmeeting tu kan? Yang tiba-tiba muncul dekat atas pentas tu kan? Song ...song ji hyo kan nama awak? "Soal lay bertubi-tubi sambil menggoyangkan kerusi roda yang diduduki ji hyo dia perlukan jawapan segera.
Ji hyo terdiam jadi lay lah yang boleh melihat apa yang ahli exo yang lain tidak lihat. Jadi apa yang harus dia buat sekarang?.
Ji hyo telan air liur otaknya cuba memikirkan idea lain untuk memusingkan fakta lay dia tidak mahu mereka yang lain mula berfikir sebab keberadaannya disini dan sekaligus membatalkan misinya dan dia? Hilang dari dunia ni? Tak aku tak boleh biarkan semuanya berakhir begini.
Mata lay dipandang dalam hati perkataan maaf tidak henti diulang, lantas tangan kanannya memegang kepalanya.
"Auch!! "Rintih ji hyo walaupun kepalanya tidak sakit.
Baekhyun yang mendengar rintihan ji hyo mula marah bila lay tidak habis-habis mendesak ji hyo.
"Hyung! Sudahlah tu.. Apa yang hyung mengarut ni"baekhyun menepis tangan lay dari memegang kerusi roda ji hyo dia jadi baran bila melihat muka ji hyo berkerut dia tahu ji hyo sakit.
Lay tetap berkeras kali ini dia menggoyangkan bahu ji hyo dia dahagakan jawapan dia mahu semuanya mendengar jawapan ji hyo dia yakin dan dia kenal yeoja ini dia hanya tidak tahu kenapa yeoja ini berada disini.
"Cakap... Awak song ji hyo kan? Orang yang sama saya nampak hari tu kan? Cepat cakap dekat semuanya yang awak... "Paksa lay walaupun tidak nampak keras tapi cukup buat ji hyo takut.
Baekhyun mengepal penumbuk bibir bawahnya digigit kuat lantas tubuh lay ditolak sampai jatuh.
"Baekhyun!!! "Jerit ji hyo bila dia melihat tubuh lay ditolak baginya baekhyun sudah melampau.. Kalaulah kakinya tidak sakit sudah tentu dia membantu lay.
"Wae?? "Soal baekhyun keras kerana terang-terang tunangnya itu membela orang lain bukan dirinya.
"Perlu ke awak buat semua ni? Lay tu hyung awak.. Mana hormat awak? Saya tak mahu nanti orang cakap kerana yeoja awak sanggup buang kawan awak sendiri"tegas ji hyo bukan niatnya mahu membela lay tapi bila dia berada di situasi ini dia tak mahu title yeoja yang dipakainya disalahkan.
Baekhyun melihat ji hyo dengan pandangan sinis..
"Wae?? Saya ke dia tunang awak? Awak ni kenapa? "Tengking baekhyun..
Lay bangun dan chanyeol mula memeluk tubuh baekhyun bila dia tahu baekhyun betul-betul sedang marah dia kenal siapa baekhyun jadi sebelum pertengkaran besar berlaku baik dia menenangkan baekhyun.
"Kalau saya jadi awak.. Saya akan minta maaf dekat lay.. Status kita tak ada kena mengena dengan semua ini.. "Tinggi suara ji hyo melengking membuatkan suasana diruang tamu sunyi sepi kerana masing-masing terkejut dengan tengkingan ji hyo..
Lay bangun direnung muka ji hyo dia tersentuh, terdetik di hatinya mesti ada sebab kewujudan ji hyo disini.
Ji hyo menolak tayar kerusi roda itu sendiri tiba-tiba rasa panas pula bila melihat muka baekhyun bila mengenangkan sikap baekhyun,kalau hubungan persahabatan yang terjalin lama dipersiakan macam ni.. Apatah lagi hubungan mereka.. Tengok-tengok macam tak boleh pergi jauh..
Walaupun payah ji hyo tetap juga menolak tayar kerusi roda itu mana hala tujunya dia langsung tak tahu akhirnya dia berhenti di depan tangga untuk naik ke tingkat atas.. Lupa pula kakinya berbalut jadi untuk dia naik ke atas perlukan pertolongan..
Bila melihat muka baekhyun, baekhyun menoleh tempat lain. Ji hyo mengeluh.. Ingat aku nak minta tolong kau ke?
Ji hyo mengejek baekhyun dari belakang kerana namja itu memalingkan wajahnya.
"Ciss!! "Ji hyo merengus lantas acah-acah nak turun sambil bertatih naik keatas dengan kakinya yang berbalut.
STAI LEGGENDO
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
FanfictionSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...
![DIFFERENT ENDING[remake See You Again]](https://img.wattpad.com/cover/95052233-64-k769592.jpg)