✘CHAPTER 4✘

886 111 2
                                        

Sedang pelajar universiti sibuk di cafe mengisi perut yang lapar song ji hyo hanya duduk di kelas ditemani dengan sekeping roti yang dicuri dalam almari mama lisa dan juga air paip yang diambil dibilik air. Sungguh kasihan kehidupan ji hyo tapi itu semua tidak pernah buat ji hyo rasa kekurangan baginya walaupun dia tidak mempunyai harta yang banyak dan kawan yang sentiasa berada disisi.. Dia bersyukur walaupun hidup dalam serba kekurangan dia masih dapat hidup di atas muka bumi dan juga menghirup udara segar setiap hari..

Baginya selagi dia masih percaya dia mampu harungi semuanya dia akan pastikan yang masa depannya tak kan pudar dia akan buktikan yang dia mampu menjadi Bintang yang disanjung satu hari nanti dengan hasil penulisannya.. Jika satu hari nanti dia jadi penulis dia mahu memberi motivasi kepada pembacanya tentang perlunya perjuangan dalam kehidupan..

Ji hyo mempositifkan dirinya lantas roti yang tinggal sedikit di masukkan ke dalam mulutnya walaupun masih lapar dia gagahkan juga dirinya untuk kembali membuat kerja yang sepatutnya dibuat dirumah.

Taehyung yang sedang bergayut di tingkap kelas ji hyo hanya mampu melihat ji hyo dari jauh lantas jarinya dihitung satu persatu.
"Lagi sebulan kau akan nampak aku ji hyo masa tu aku akan buat apa saja asalkan kau bahagia.. Setakat ni.. Hanya ini yang aku mampu"jari telunjuknya dituding ke arah meja ji hyo lantas matanya dipejamkan...

Ji hyo yang sedang termenung sambil memandang keluar tingkap terkejut bila tangannya terkuis sesuatu di atas meja. Matanya membulat bila melihat meja belajarnya dipenuhi dengan makanan kegemarannya...
Rezeki di depan mata apa lagi.. Tanpa berfikir mana datangnya makanan itu dia terus makan dengan rakus sedikit pun tidak berpaling dan taehyung hanya tersenyum melihat ji hyo makan dengan gembira walaupun dia telah melanggar prinsipnya sendiri jarang dia begitu murah hati ingin memberikan sesuatu tanpa permintaan jadi ji hyo adalah manusia beruntung.

*********

Sepanjang di dalam pesawat pulang ke korea setelah menjayakan konsert di jepun lay hanya diam sambil memandang keluar tingkap kapal terbang yang dinaiki bersama ahli exo yang lain,kebiasaannya dia akan membuta lantaran kerana tubuhnya terlalu penat tapi hari ini lain bukan hari ini saja malah sejak sebulan yang lalu.. Walaupun badannya penat matanya tidak mahu terlelap fikirannya asyik terfikirkan tentang yeoja yang selalu berada di dalam mimpinya.. Dia jadi tertanya-tanya siapa yeoja itu? Kenapa dengan yeoja itu?.

Lay mengurut dahinya mulutnya mengeluh tao yang duduk disebelahnya langsung dia tak layan.
"Hyung.. Wae? "Soal tao akhirnya bila melihat hyungnya itu hanya diam dan kerap kali tertangkap sedang termenung.
Lay diam lagi lantas dia mencapai beg galasnya dikeluar buku catatan sebesar saiz A4...dilukis sesuatu di dalamnya setelah selesai dia memberikan hasil lukisannya pada tao menjawab segala pertanyaan tao.

Tao memerhatikan lukisan hyungnya... Lay melukis seorang yeoja yang berambut panjang memakai blouse pendek bercorak bunga.. Berkaki ayam.. sedang memandang kebelakang.. Dia jadi pelik siapa yang dilukis hyungnya itu.
"Kenapa dengan lukisan ni tao tak faham? "Soal tao.
"Yeoja ni selalu datang dalam mimpi hyung dan sekarang ni hyung tengah fikirkan dia. "Jawapan lay dibalas dengan ketawa dari tao..
"Hyung.. Ini mimpilah kenapa nak ambil serius.. Haha"ketawa tao lagi langsung tak fikir perasaan hyungnya..
Lay menahan geram lantas buku catatannya dirampas.
"Kalau ini mimpi biasa hyung tak kan macam ni tau.. Melainkan mimpi ni luar biasa selalu sangat hyung mimpikan dia.. Kalau sekali tak apa ini selalu sangat seolah-olah dia macam nak bagi tau sesuatu.. Sesuatu yang ada kena mengena dengan hidup hyung... "Luah lay.
"Entah-entah yeoja ni tak wujud.. Hyung ni anehlah.. Baik hyung cari yeojachin supaya tak sasau macam ni.. Bukan tao je tau risau keadaan hyung.. Semuanya risau pasal hyung.. Sudah-sudahlah tu yeoja tu tak wujud buktinya hyung tak pernah nampak pun muka dia kan? ".
"Memang hyung tak pernah nampak dia tapi hyung boleh rasa dengan ini"lay memegang dadanya menandakan yang hatinya mengatakan yang yeoja itu wujud.
Dan dia yakin satu hari nanti dia pasti akan dapat berjumpa dengan yeoja itu ya! Dia pasti.

Tao memandang hyungnya dia mengeluh kesal dengan kata-katanya sendiri mungkin dia sudah keterlaluan menafikan apa yang hyungnya rasa.. Tanpa kata dia memegang tangan hyungnya.

***********

Sedang song ji hyo berjalan terasa tekaknya kering dia lantas berhenti di sebuah cafe yang terkenal dengan keenakkan kopinya. Ji hyo berhenti tanpa niat untuk masuk kerana dia tahu dia tidak mempunyai sedikit pun duit.. Duit yang tersisa tadi terpaksa diserahkan pada mama lisa jadi duitnya hanya tinggal kenangan nak menunggu biasiswa lama lagi jadi dia hanya mampu menelan air liur melihat pelanggan cafe itu menghirup coffee mereka.

"Gempak ar.. Sedap betul coffee percuma ni.. "
Ji hyo lantas menghampiri pelanggan yeoja yang baru saja keluar dari cafe.
"Coffee percuma? "Soal ji hyo sambil memegang jaket yeoja itu.
"Aar dia bagi coffe percuma hari ini sempena anniversary cafe ni sedap.... "Belum sempat yeoja itu menyambung kata ji hyo sudah pun hilang masuk ke dalam cafe.
"Tapi dah habis tadi dan juga pelanggan tetap"sambung yeoja itu lagi...

***********

Lay mengacau coffee nya yang sudah suam sambil mengacau dia men skroll telefon bimbitnya membaca komen-komen peminat di weibo dan juga instagram.. Dia tersenyum sesekali tergelak membaca komen pickup line peminatnya...
"Kyeopta"komen lay sambil membetulkan mask mulutnya kerana dia tidak mahu peminatnya menyedari keberadaannya mujurlah di cafe ini tidak begitu ramai pelanggan kalau tak jenuh dia mahu melayan peminatnya.

"Cik coffee percuma sudah habis kalau cik nak cik kena bayar lagi satu coffee percuma hanya untuk pelanggan tetap saja jadi tolong pergi dari cafe kami"seorang pelayan namja yang sedang sibuk menguruskan pelanggannya menarik perhatian lay yang duduk di dibahagian tengah cafe..

Lay memeluk tubuhnya sambil memandang gelagat yeoja yang sedang membelakanginya.. Yeoja itu merayu untuk coffee... Zaman yang serba moden ini ada lagi yang tidak mampu membeli coffee.
Ketika pelayan namja itu menolak tubuh yeoja itu lay mula bangun.

"Hot coffee satu"pesan lay kepada namja pelayan itu..
2 minit kemudian namja itu menghulurkan hot coffee kepada lay.
Lay memandang yeoja tadi sambil menghulurkan coffee yang masih panas.. Yeoja itu menyambut..
Ketika lay membayar harga coffee itu yeoja itu berundur kemudian lari dari namja yang memakai mask itu tanpa ucapkan terima kasih.
"Aik.. Hilang"lay cuba mencari yeoja itu namun tidak berjaya akhirnya dia mengeluh. Namun ketika kakinya ingin melangkah dia seakan tersepak sesuatu.
Dilihat kebawah lantas dikutip pin rambut yang jatuh diatas lantai..
Pin rambut itu digenggam kemas lantas dia tersenyum.
"Semoga berjumpa lagi.. Awak hutang terima kasih pada saya"monolog lay dalam hati.

*********

Ji hyo berlari ke sebuah lorong yang kosong disitu dia terduduk sambil memegang hot coffee yang diberi namja berhati mulia tadi..
Dia terduduk menangis dengan nasibnya yang sungguh kasihan dia jadi malu dengan dirinya sendiri lagak seorang pengemis moden..
Dia bukan pengemis dia hanya manusia yang tidak berkemampuan tapi kenapa kelakuan mereka diluar sana buat aku rasa hina dan tersisih... Kenapa mesti baik hati pada waktu yang tidak tepat walaupun aku memang menginginkan coffee ini.

Ji hyo merenung coffee itu sekali lagi air matanya jatuh lantas disepak bekas minuman coffee itu habis tertumpah diatas jalan raya.... Dia tersedu sedan mengenangkan nasibnya lagi dan lagi..

Dari kejauhan taehyung sekali lagi hanya mampu melihat kesedihan song ji hyo yang masih lagi berkeras tidak mahu meminta hajat.. Dia tahu ji hyo sudah habis terluka sedari kecil lagi ji hyo tersisih walaupun masa itu keluargannya masih utuh.. Sampailah dia meningkat remaja dia seakan melukis deritanya sendiri.. Dapat keluarga tiri yang suka membulinya.. Tiada kawan baik, tiada teman lelaki dan yang paling teruk dia hanya ada dinding untuk meluahkan rasanya...

Kadang-kadang dia ingin sekali muncul di depan ji hyo tapi dia juga punya batas dan had.. Ji hyo hanya boleh melihatnya ketika dia berusia 21 tahun dan itu akan terjadi bulan depan dan lagi tragisnya song ji hyo hanya boleh meminta satu hajat saja kerana dia telah pun menggunakan dua hajat yang sepatutnya diminta oleh ji hyo.. Dia menggunakan itu hanya untuk membantu ji hyo.


DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now