✘CHAPTER 47✘

421 63 14
                                    

BEIJING CHINA

Jaket dibaling di atas sofa yang terdapat di dalam ruang pejabatnya yang kian kosong hari demi hari. Nama 'XI LUHAN' yang terukir elok di papan di depan meja kerjanya ditenung lama. Bangunan setinggi empat tingkat ini bakal tinggal sejarah kerana dia dan nama yang selalu diagungkannya akan terkubur dek sikap tamaknya dahulu. Seperti sudah jatuh di timpa tangga begitulah nasib luhan. Dia pergi meninggalkan exo dengan harapan dia mampu berdiri dengan namanya sendiri ya dia akui setahun dua tahun nama kian naik mencanak-canak disebabkan kontroversi ketika mula-mula dia meninggalkan exo dia dapat rasa beribu duit kertas berada di sakunya.. Tetapi bila kontroversinya surut dia juga seakan tenggelam bersama kontroversi itu.

Dia menyesal sebab membelakangkan kawan-kawan hanya kerana mahu berjaya seorang diri dia masih tidak nampak bagaimana kawan-kawannya berusaha untuk dia tetap di exo tapi dia degil dia tetap dengan pendiriannya. Lihatlah dia yang sekarang mahu bertentang mata dengan exo pun dia tiada keberanian dia tak nak exo fikir dia mencari exo hanya untuk menumpang kesenangan. Dia hanya mahu meminta maaf di atas kesilapannya dia dah sedar tapi dia masih tiada kekuatan itu dia takut.

Bunyi ketukan pintu membuatkan luhan mengalihkan pandangan ke pintu yang di buka seorang gadis berketurunan china.

"Maaf tuan.. Saya nak berhenti kerja.. Saya.... "
"Pergi.... "Jawab luhan perlahan cukup untuk perlahan.
"Maaf saya tak dengar tuan cakap apa? "Soal gadi itu lagi.
"Pergi.. Berambus... Aku tak nak tengok muka kau lagi.. Just go... "Jeritan luhan buat pembantu peribadinya itu lagi keluar daripada syarikat hiburan yang hampir gulung tikar itu.

Luhan terduduk malang bertimpa-timpa melandanya tanpa henti dia kehilangan beratus-ratus kakitangan, artis yang bernaung dibawah syarikatnya sudah habis berpindah ke syarikat lain. Dan yang terakhir dia terpaksa melelong syarikat yang dibinanya sendiri. Dia lihat kebangkitan dan kejatuhannya sendiri dalam masa tak kurang dari setahun. Gambar exo yang lengkap berdua belas yang sudah renyuk seribu di ambil dari dompetnya...
Bila terjadi saat sukar baru dia rasa rindu dengan kawan-kawan teringat gelak ketawa ketika mereka masih bersama.. Tapi sayangnya semuanya sudah menjadi kenangan. Mereka tak kan pernah bersama, mereka hanya sebahagian daripada kenangan masa silamnya dan mereka tiada dalam kehidupannya lagi.. Kini dia sendiri.

☆☆☆☆☆
JAKARTA

Luka yang Agak besar itu ditutup selepas disapu dengan ubat. Lay merenung ji hyo lama dia tahu ji hyo bercakap bohong yang dia terjatuh ketika berada di bilik air. Dia bangun dan duduk disebelah ji hyo ketika ini mereka sedang bersiap untuk pulang ke korea.

"Ji hyo tak nak cakap apa-apa pasal tadi ke? "Soal lay sambil itu dia melipat sedikit pergelangan tangan baju kemeja yang dipakai ji hyo.
"Oppa... Kita kena cari luhan oppa.. "Jawab ji hyo dia masih terbayang macam mana kusutnya wajah luhan ketika itu dia pasti luhan ada sesuatu yang ingin dia katakan.
"Kenapa tiba-tiba tak boleh ke kita spend time together sebelum ji hyo cari luhan"dia tahu dia memang kedengaran seperti seorang kanak-kanak yang mahukan perhatian daripada ibunya dia tak kisah dia hanya mahukan ji hyo beri perhatian pada hubungan mereka.
Ji hyo mengeluh dia menoleh ke sisi ditenung mata lay lama sebelum kedua pipi namja itu dipegang lama.
"Oppa tahukan masa ji hyo dekat sini dah tak lama..? "Nak tak nak dia terpaksa juga mengulang realiti sebenar hubungan mereka dia tak mahu lay lupa.
"Ya! Oppa.. Tahu sebab itu oppa nak kita ni jadi macam pasangan bercinta yang lain tak kiralah berapa lama lagi masa yang ji hyo ada dekat sini.. Yang penting oppa nak ada kenangan dengan ji hyo... "Jawab lay tubuh ji hyo dipeluk lama dia memejamkan matanya dia ingin merasai kasih sayang ji hyo sepenuhnya.

Ji hyo meleraikan pelukan mereka kedua belah pipi lay dipegang.
"Nae.. Wang ja nim(putera) sampai je korea kita akan bertukar menjadi pasangan paling sweet lebih sweet daripada gula-gula...  Dan ji hyo akan buat oppa rasa yang oppa miliki kekasih gred A+"janji ji hyo hidung lay dicuit dan dia tersenyum manja sambil kepalanya dijatuhkan di bahu lay.
Lay teruja dia tersenyum-senyum sambil mengulas rambut ji hyo...

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now