✘CHAPTER 8✘

859 121 5
                                    

Kaki menguis sampah yang terhasil dari kertas test pad yang diconteng cuba merangka plot bukan satu tapi berpuluh kertas yang direnyukkan dibaling di atas lantai di dalam kelas...
Disaat semua pelajar sudah landing di atas katil selepas tamat sesi pembelajaran.. Song ji hyo masih setia di dalam kelas ingin mencari idea untuk plot novel barunya yang akan dibentang esok pada kyo sunim jong kook.. Tapi segigih dan sekeras mana pun dia mengerah otaknya dia masih tidak punya idea...

Ji hyo mengeluh hujung pen digigit masih lagi otaknya ligat mencipta idea dan teori-teori yang berguna untuk plot novelnya.. Tapi masih sama blank.. Ji hyo pasrah kepalanya disembamkan diatas meja empat segi yang tertampal gambar exo ot12 dan juga lay... Ji hyo mengangkat mukanya dipandang muka satu persatu ahli exo dan berakhir dengan gambar ketika era overdose... Dia tersenyum seolah-olah dia melemparkan senyuman pada exo... Selain omma dan appa mereka juga penyumbang semangat untuk dia terus percaya yang setiap kesedihan pasti akan ada sinar kebahagian tapi.. Mereka juga penyumbang kepada kemunduran dirinya.. Pemergian omma dan appa menjadikannya anak yang tidak tentu arah hidup tiada tempat mengadu dan tiada tempat berkasih... Exo pula... Dengan mereka dia impikan persahabatan yang suci seperti mereka.. Persahabatan yang lahir dari hati.. Persahabatan yang terjalin antara mereka buat ji hyo cemburu.. Dia impikan perhubungan yang seperti itu.. Baginya tidak apa jika dia tidak punya cinta hati asalkan dia punya seorang sahabat yang boleh dia berpahut.. Tapi seperti apa yang dia dan semua orang faham yang bahagia itu sifatnya sementara.. Dan itu terjadi pada exo.. Kehilangan kris dan luhan betul-betul mematahkan semangat exo.. Begitu juga dia.. Sakit yang dia rasakan sebagai seorang peminat tidak sesakit hati exo.. Baginya semua itu tidak boleh diubah biar bergelen air mata yang exo-l bazirkan demi melihat mereka berdua belas berada diatas pentas.. Semua itu sia-sia mereka pergi kerana kemahuan mereka dan juga jika nanti mereka ingin kembali juga kerana keinginan mereka...

Ji hyo mengeluh air mata dikesat.. Dan meja yang terkena titisan air matanya juga dikesat.. Rasa kelakar pula menangis pada orang yang tidak mengenali diri kita... Atau lebih teruk tidak pernah tahu yang kita ni wujud ke tak...

Ji hyo mengitari pandangannya diseluruh pelusuk kelas yang kosong... Lantas tangannya meraba laci meja mencari-cari sesuatu yang boleh di makan.. Tapi sayangnya tangannya hanya menggapai bekas plastik roti tiga hari lepas..
"Tak apalah ji hyo.. Kau balik dulu mana tahu mama lisa tiba-tiba jadi baik.. Dapat juga kau makan kimchi.. "Ji hyo cuba menyedapkan hatinya walaupun dia tahu kali terakhir dia menjamah masakan mama lisa adalah ketika appa nya masih hidup selepas appa nya pergi dia bawa sekali nikmatnya dapat makan dirumah yang ditinggalkan appa nya.. Kira dia ni cinderella moden lah.. Atau pun nasibnya lebih teruk dari cinderella...
Ji hyo menutup buku notanya, laptop pemberian kyo sunim jong kook disimpan di dalam beg sandang bercorak exo yang dimenangi ketika dia menyertai cabutan bertuah..

Kepalanya dipusingkan beberapa kali melihat ke kiri kanannya mencari makhluk kecil yang berwajah putih yang sering hadir di masa dan tempat yang tidak diduga..
"Eh! Kenapa aku cari dia"
"Sebab awak dah mula terima kewujudan saya"jawab taehyung dari balik dinding kelasnya..
"Yah!.. "Sergah ji hyo kali ini kurang sikit rasa takutnya yelah dah hari-hari guna method yang sama setiap kali muncul.. Sebab itu serba sedikit dia jadi terbiasa walaupun si makhluk putih ni sudah seminggu dok berkepit disisinya..
"Awak masih belum terfikir nak minta hajat? "Soal taehyung teruja yelah dah 21 tahun dia bermastautin di dunia manusia dia nak juga pulang ke tempat asalnya..

Ji hyo diam sambil memandang taehyung sambil itu kakinya melangkah keluar dari kelas...
"Perlu ke aku buat hajat? Aku masih belum percaya kau.. Entah-entah kau ni evil.. Mana tahu"
Taehyung membuat memek muka ala-ala cute...
"Agak-agaklah muka comel macam ni awak cakap evil... "Jawab taehyung sambil mengelilingi ji hyo... Berkali-kali tubuhnya dilanggar ji hyo.. Nasib dia tidak boleh disentuh manusia kalau tak dah lama badannya lebam-lebam setiap kali dia sergah ji hyo.. Maklumlah yeoja itu pengamal setia seni bela diri setakat humban dia ke tanah dengan senang dia tumpas..

Ji hyo ketawa.. Buat pertama kalinya dia ketawa dengan makhluk yang orang lain tidak dapat lihat kalaulah rakan sekelasnya nampak dia berkelakuan begini sudah tentu dia terpaksa masuk ke bilik kaunseling...
"Nantilah aku fikir aku nak tukar baju kau follow aku siap kau"ji hyo memberi amaran sebelum dia menutup pintu bilik air.. Dia perlu menukar pakaiannya ke pakaian sukan kerana sebentar lagi seperti biasa dia akan bersenam..

***********

Kain rentang yang tertulis battle street dance with lay exo...Dipandang lay yang sedang duduk tidak jauh dari pentas kecil dimana disitulah dia akan melakukan fan service secara solo buat pertama kalinya.. Dia berdebar lantas peluh di dahi dikesat menggunakan tangannya kru-kru yang sibuk lalu lalang didepannya menambahkan lagi kegusaran.. Yelah buat pertama kalinya dia akan buat semuanya sendiri...

Macam-macam perasaan bercampur aduk.. Risau, gemuruh, gementar dan takut bergabung menjadi satu dan membuatkan badanya sedikit mengeletar... Dia lantas bangun merenggangkan ototnya dan mencuba pelbagai tarian...

Dan ketika dia sedang leka memerhatikan pentas dia terpandang seorang yeoja yang berpakaian sukan berdiri tidak jauh darinya... Dari sisi lay seakan pernah melihat yeoja itu...
Namun saja dia ingin mendekati yeoja itu.. Kru memanggilnya kebelakang pentas sebelum majlis bermula...

************

Song ji hyo membetulkan jaket yang tersarung di tubuhnya peluh yang masih belun kering dibiarkan.. Dia mendekati kerumunan orang yang menarik perhatiannya.. Dia baru saja pulang dari bersenam sedikit tertarik dengan himpunan orang di hadapan pentas yang dipasang semalam..

Ji hyo jadi ingin tahu apa yang terjadi di atas pentas sampaikan riuh rendah pelajar-pelajar sekolah menengah menjerit mengangkat tangannya.
"Taehyung.. Tolong aku boleh? "Bisik ji hyo pada taehyung yang berdiri disebelah..
"Hajat ke? "Soal taehyung..
"Bukan hajat.. Tapi t.o.l.o.n.g boleh? "
"Bolehlah saya anggap pertolongan.. Awak nak saya tolong apa? "Soal taehyung..
"Boleh tak kau bawa aku ke depan pentas aku nak tahu apa yang ada dekat atas pentas tu.. Kau tengoklah orang yang halang lalaun aku semua tinggi besar pula tu"
Taehyung tersenyum lantas mata ji hyo ditutup dan dengan tangan.

"Ok dah boleh buka"arah taehyung melawan keriuhan yeoja-yeoja yang sedang sakan menjerit..
Perlahan-lahan mata dibuka.. Sejurus matanya terbuka dia hampir menjerit bila dia bukan berada di depan pentas tapi di tas pentas dan tambah terkejut bila dia berdiri di sisi lay.. Lay exo.. Diulangi lay exo.. Baik ji hyo mahu pun lay masing-masing terkejut.. Lay terkejut macam mana yeoja ini muncul.. Manakala ji hyo merenung taehyung yang bergayut dipalang penghadang yang memisahkan pentas dengan garisan pengemar lay exo..

"Ok.. Kita dah ada volunteer untuk street dance... Saya nak tengok macam mana orang gangnam beraksi... "Lay tersenyum kepada yeoja yang nampak kebingungan..
"Street dance? "Soal ji hyo..
"Yep... Boleh memperkenalkan diri cik... "Microfon dihulurkan pada yeoja yang masih bingung.
Nak tak nak ji hyo terpaksa juga menyambut huluran microfon sambil itu sempat dia melihat wajah lay secara live selama ini dia hanya melihat lay dalam TV dan poster...

Lay tersenyum menayang lesung pipitnya bila melihat yeoja itu melihatnya tanpa berkelip...

"Cik.. Perkenalkan nama cik... "Bisik lay..
Ji hyo menunduk hormat pada lay...
"Je ireumen song ji hyo imnida"ji hyo memperkenalkan dirinya...

Lay memerhatikan raut wajah ji hyo.. Yeoja ini lah yang dilihatnya tadi dan yeoja inilah yang hutang terima kasih untuknya..

Muzik dimainkan ji hyo membuka jaketnya kebetulan pula dia berbaju sukan jadi tak susah untuknya menunjukkan sedikit tariannya...

Lay yang berada berhampirannya menepuk tangan tanda sokongan..
Ji hyo menari dan terus - menerus mengikuti ketukan lagu dikombinasikan dengan berbagai macam gerakan dan pose.
Dan diakhir dengan flying kiss yang ditujukan pada lay..

Lay kagum dengan kebolehan ji hyo melenturkan badannya ketika menari . Bukan semua orang mampu menari tarian itu dengan baik.. Belum sempat lay menyapa yeoja itu... Sekali lagi.. Yeoja itu lari..

Tanpa menunggu lebih lama ji hyo mengambil jaketnya dan bergegas turun dari pentas...

"Song ji hyo... "Lay tersenyum lantas meneruskan acaranya...

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now