✘CHAPTER 35✘

443 69 8
                                    

Tuala yang masih membaluti kepalanya dibiarkan losyen disapu dikedua belah tangannya lantas song ji hyo duduk diatas katil empuk di bilik hotel. Dipandang lama dua fail berwarna hitam yang terletak elok di atas katil.
Dibuka fail itu satu persatu kertas tertera namanya dan tandatangannya menarik perhatian. Fail ini dia ambil dari bilik baekhyun di dorm entah kenapa dia rasa dia perlukan fail ini untuk dia menentang puan byun. Walaupun dia tak berapa nak bijak tapi dia tahu dengan kertas ini dia pasti punya seribu cara untuk membuka mata puan byun dia akan lawan sampai ke akhirnya kerana dia tak mahu mati disini dia ada keluarga dan cita-cita.

Fail itu diambil dan diletakkan di dalam begnya dia bermalasan di atas katil sambil matanya merenung siling putih itu. Hidupnya 100% tunggang langgang kerana permintaannya sendiri konflik seakan sudah menjadi ceritanya.. Dengan lay dan baekhyun saja sudah membuat otaknya sakit ni tambah pula puan byun yang menambahkan beban yang sedia ada.

Kepalanya dihentak berkali-kali di bermukaan bantal.. Dia bangun tingkap dibuka membiarkan angin malam menampar pipinya perlahan.
"Aku akan teruskan hidup sebagai song ji hyo.. Aku akan jadi seperti apa yang sepatutnya aku jadi.. "Ji hyo berazam. Lamunannya terhenti bila dia mendengar ketukan dipintu.

☆☆☆☆☆

"Mama apa lagi yang tak kena ni mama... Malam-malam call baek ni"bila panggilan dari mama nya.. baekhyun  sedaya upaya melawan rasa kantuknya.. Dia bangun lantas telefon bimbit dialih ketelinga kirinya sambil mulutnya menguap. Bukan tak mahu melayan mamanya tapi tubuhnya perlukan rehat.. Memandangkan esok mereka akan sibuk di tapak konsert.

"Dokumen rumah, kedai dengan tanah ada pada baek kan? "Soal puan byun tergesa-gesa.
Baekhyun membuka matanya lebar bila mama nya menyebut dokumen.. Dahinya berkerut.
"Mama... Dokumen tu tak ada dekat mama ke? Sebab semalam masa nak ke beijing baekhyun kemas bilik, dokumen tu ada... Mungkin baekhyun dah bagi mama... Mama tak ingat kut.."jawab baekhyun semalam dia mengemas biliknya yang bersepah tak ada pula dia nampak fail yang berisi dokumen penting gmilik mama nya dia pun ingat-ingat lupa di mana kedudukan dokumen yang mama nya itu suruh dia simpan sebulan yang lepas.

Kedengaran rengusan kasar dari corong telefon baekhyun tahu mamanya sedang marah.
"Tak apalah nanti baekhyun tolong cari.. Dah jumpa nanti baekhyun balik rumah.. Sekarang baekhyun nak letak telefon baek dah mengantuk sangat ni maaf ye mama.. Anyeong"talian dimatikan walaupun puan byun belum habis bercakap.. Baekhyun menghentak kuat telefon bimbitnya diatas meja kecil bersebelahan katilnya.. Dikerling katil lay yang kosong.. Malas ambil tahu dia menutup keseluruhan tubuhnya dengan selimut tebal.

☆☆☆☆☆

Jam di pergelangan dikerling sekilas sesekali jam berjenama rolex yang diberi oleh chanyeol diketuk-ketuk perlahan.. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12 malam pemuda yang lahir dari changsa itu masih belum datang memunculkan dirinya setelah hampir satu jam dia meminta diri untuk turun dari Great Wall atau pun lebih dikenali sebagai Tembok Besar China.Tembok Besar Negeri China. Ini adalah antara 7 keajaban dunia dan sekarang ni dia di sini bersama dengan rintik-rintik hujan.

Tadi namja itu begitu teruja membawanya kesini dan sekarang namja itu meninggalkannya di tengah-tengah laluan tembok besar china dengan ditemani payung. Anehnya di teruja dia tidak pernah seteruja ini seakan dia sedang menunggu seseorang datang. Dia beragan yang ada seseorang datang sambil berlari dengan membawa sekuntum bunga dan melamarnya ditempat bersejarah ini..dia tersenyum sendiri dengan anganannya..

Tumpuan ji hyo teralih pada seseorang yang sedang bersusah-payah menaiki tangga sambil mendukung teddy bear besar berwarna putih di belakangnya..
Ji hyo tersenyum dia berjalan mendekati lay yang sedang tercungap-cungap sambil membongkok... Melepaskan lelahnya
Payung disuakan dia atas kepala lay supaya tubuh lay tidak basah dengan hujan.

Lay berdiri tegak payung yang disuakan padanya diambil dan dibaling jauh dari mereka biarlah rintik-rintik hujan ini membuatkan tubuh mereka berdua basah.
Ji hyo terdiam melihat lay yang sedang merenungnya dengan renungan yang sangat lembut lantas teddy bear besar tadi diberikan padanya.

Perlahan-lahan ji hyo menyambut teddy bear besar itu.. Patutlah lay nampak begitu berusaha untuk membawa teddy bear itu rupanya teddy bear itu menjadi berat bila air hujan mula menyerap ke dalam patung teddy bear itu.

"I saw you in my dreams again it feals so real. Yeoja yang hadir dalam mimpi oppa setiap malam.. Dia adalah ji hyo yang berada di depan mata oppa sekarang. Yeoja yang selama ini menghantui hidup oppa adalah ji hyo... Oppa minta maaf kerana lambat menyedari itu semua.. Dan ternyata impian oppa untuk berjumpa dengan yeoja misteri itu tercapai... Sebab yeoja itu adalah ji hyo...
"Bangun dari mimpinya yang panjang lay mendapat petunjuk yang yeoja misteri itu adalah song ji hyo kenapa dia begitu pasti? Kerana dengupan jantungnya sama seperti dia melihat song ji hyo dan.... Dan senyuman yeoja dalam mimpi itu mirip song ji hyo.

Song ji hyo terdiam.... Tak terlintas difikiran untuk hadam kata-kata lay entah kenapa dia hanya mahu melihat muka lay.
"Oppa... "
"Saranghae.. "Tubuh ji hyo dipeluk erat senyumannya panjang bila akhirnya dia dapat memeluk tubuh yeoja misteri yang sentiasa berada dalam anganannya.

Tidak lama tubuhnya mereka bersatu song ji hyo bertindak melepaskan pelukan mereka.
"Oppa.. Please... Please don't get tired of me. Mereka selalu hilang keghairahan mereka untuk memiliki ji hyo mereka penat dan akhirnya ji hyo hanya wujud sebagai kenangan mereka. Ji hyo terfikir adakah ini semua salah ji hyo? Ji hyo terlalu tegas dengan diri ji hyo sendiri supaya tidak mudah jatuh cinta... Tapi sejak bertambahnya umur ji hyo.. Ji hyo jadi sedar mereka tak kan pernah selamanya berada di sisi ji hyo.. Boleh oppa tunggu ji hyo? Bila ji hyo sudah bersedia untuk bercinta ji hyo akan datang pada oppa.... Dan jika itu terjadi ji hyo harap oppa tak kan sia-sia ji hyo walaupun oppa tahu hubungan kita nanti bersifat sementara"

Lay mengangguk laju dia akan cuba faham situasi ji hyo dan situasi mereka... Kerana dia mahu percaya kata-kata ji hyo yang satu hari nanti dia akan datang memeluk tubuhnya erat.
Mereka sama-sama tersenyum dalam turunan hujan yang semakin lebat...

"Maaf... Ji hyo tidak pasti sama ada ji hyo akan datang ke dalam kehidupan oppa atau tidak.. Sebab masa ji hyo disini tidak lama.. Ji hyo akan pergi untuk teruskan kehidupan ji hyo.... "Monolog ji hyo dalam hati.

"Ambillah berapa banyak masa pun yang ji hyo perlukan oppa akan tunggu walaupun itu perlukan penantian yang sangat panjang... Oppa sanggup"monolog lay dalam hati.

Tidak jauh dari kedudukan mereka ada seseorang yang sedang melihat mereka dengan pandangan redup... Air mata terus-terusan turun bersama dengan turunan hujan.. Hati jangan cakap dah hancur berkecai-kecai jadinya bila dia lihat tunangannya bersama dengan kawan baiknya sendiri... Hanya orang gila je yang tak menangis.... Jadi apa yang dia perlu buat sekarang menerjah mereka atau....

Perlahan-lahan baekhyun berundur setapak demi setapak meninggalkan tempat yang dia akan ingat seumur hidupnya.. Tempat yang menjadi saksi dia kalah... Dia seorang lelaki yang gagal... Penumbuk dikepal sekuatnya... Gigi di ketap kuat sambil meredah hujan yang semakin melebar.

☆☆☆☆☆

Baekhyun masuk ke perkarangan hotel dengan jiwa yang kosong dia mengheret jaketnya yang basah sama macam dia heret kakinya melangkah untuk sampai ke biliknya.. Suho, chanyeol dan tao yang kebetulan berada di lobi juga memandang baekhyun dengan pandangan pelik kemana? Dan apa sudah jadi dengan baekhyun sehingga namja itu basah kuyup biasanya baekhyun akan membebel bila bajunya basah ini tidak pula.. Dia berjalan perlahan menuju ke lif..

Chanyeol berlari mendekati baekhyun di pegang bahu baekhyun tetapi namja itu menolak kasar tangannya.
"Kalau kau masih sayangkan persahabatan kita jangan tanya aku kenapa"usai berkata-kata baekhyun meneruskan perjalanannya meninggalkan chanyeol yang terpinga-pinga.

Dipandang baekhyun yang sedang berjalan meninggalkannya dibelakang.. Dia tahu ini pasti angkara song ji hyo.
Dia pasti satu hari nanti dia akan bersemuka dengan song ji hyo.

[Sorry pasal info tembok besar china tu sye x thu betul ke tak sebab x bnyk info yg sye dapat.. Sye harap korang x ambil serius ni kan ff fantasy.... 😅Dan.. Saya akan cuba publish chapter bru setiap hari Ahad paling lambatlah tapi sye tak janji]

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now