✘CHAPTER 59✘

439 76 7
                                    

“You may grow to love this person but remember they are not yours to keep”

10 tahun kemudian.

Doktor yang didatangkan khas dari negara matahari terbit sedang sibuk mendengar racauan dan luahan hati dari pesakit istimewanya.. Dia dengan teliti mencatit butir yang disebutkan pesakit yang menggunakan kaedah hipnosis untuk sembuh dari penyakitnya.

"Ok encik yixing dalam kiraan satu... Dua... Tiga.. Buka mata perlahan. "Arah doktor tzuyu yang menjadi doktor peribadi untuk zhang yixing yang kehilangan ingatannya selepas pengsan di atas pentas 10 tahun lepas. Apa yang unik tentang pesakit ini ialah dia bercerita tentang sesuatu yang tak boleh diterima akal... Dia bercinta dengan seorang yeoja yang datang untuk membantunya dan kehadiran yeoja itu hanya dia saja yang tahu rakan-rakannya yang lain mati akal untuk cari tahu siapa itu song ji hyo yang selalu lay sebutkan bila dia di hipnosis.

Lay mengurut dahinya yang terasa sakit matanya dikebil-kebilkan cuba mengembalikan fikirannya. Padanya tiada guna sebenarnya dia dihipnosis kerana mereka semua tidak percaya apa yang dia cakap sehinggamereka memaksa dia ke pakar sakit jiwa kerana mereka kira dia terkena gangguan jiwa.

"Saya rasa saya dah okay tiada guna saya dihipnosis kalau doktor tak percaya kata-kata saya. Membazir agency saya upah doktor mahal-mahal dan ending nya doktor cuma cakap otak saya cuba mereka cerita yang baru.. Saya sihat saya tak gila dan saya percaya dengan diri saya... "Ayat itu sering diulang tapi doktor muda dari jepun itu langsung tidak percaya dengan kata-katanya. Dia kesini hanya kerana suho memaksanya kalau tidak dia tak kan jejakkan kaki ke bilik ini.

"Awak masih belum sembuh kalau otak awak masih create watak song ji hyo yang tak wujud.. Sebab itu awak di sini... "Bangkang doktor tzuyu baginya pesakitnya itu belum sembuh daripada gangguan jiwa walaupun 10 tahun dia merawat lay.

Lay merengus dia bangun.
"Jangan berani kau cakap yang cerita aku hanya rekaan... Tanggalkan nama doktor di depan nama kau buang jauh-jauh tak ada guna kau usung title itu kalau kau tak nak percaya apa yang pesakit kau cakap... Sudah la kalau aku marah-marah nanti doktor kata aku gila pula... "Jaket yang tergantung elok di tepi pintu diambil dan dia keluar dari ruangan yang menjadi rumah keduanya itu...

Tangan suho yang menahannya ditepis kasar.
"Hyung aku tak gila...aku tak gila...!!!!"" "Jerit lay dia meneruskan perjalanannya tanpa hiraukan suho yang terasa hati dengannya.

Seorang yeoja bertubuh Agak rendah dan memakai cermin nata itu memegang bahu suho.
"Tak apa lah oppa nanti yongji cuba pujuk dia.. Okay"janji yongji walaupun dia tahu lay tak kan mendengar segala pujukan dan rayuan.

Suho diam dia mengangguk perlahan sambil melemparkan senyuman nipis buat yeoja yang selalu ada di sisi lay viar pun namja itu cuba menolak tepi kehadiran yongji dalam hidupnya.

☆☆☆☆☆

Sambil duduk dia membaling batu-batu kecil dipermukaan sungai han nafas dihembus berat. Dadanya yang berombak dibelai perlahan.. Banyangan wajah ji hyo tidak pernah pudar dari ingatannya walaupun sudah 10 tahun yeoja itu meninggalkannya tanpa jejak.. Yeoja itu hilang macam tu saja.. Seakan-akan ji hyo tidak wujud seperti yang doktor tzuyu cakap. Tapi anehnya kenapa dia seorang saja yang punya ingatan itu biar pun cincin yang diberikan ji hyo sudah hilang...entahlah mungkin benar dia sudah gila seperti yang peminatnya cakap ketika dia bercerita siapa itu song ji hyo di depan mereka. Mereka bilang dia sudah tidak waras kerana mencipta 'song ji hyo' yang pada mereka tidak wujud dan membuat tunjuk perasaan di hadapan bangunan sm supaya menghantarnya ke doktor pakar sakit jiwa. Dia sedih dia kecewa kerana di dalam dunia ni tiada siapa faham perasaannya ketika dia berkata benar mereka cakap dia hanya mereka cerita untuk meraih perhatian peminat.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now