✘CHAPTER 18✘

707 91 4
                                    

Sekali lagi song ji hyo masuk ke dalam mimpi dimana dia bertemu taehyung.. Kali ini ditempat yang berbeza dia berada di atas kek yamg sangat besar di mana dia seakan berasa di dunia alice.. Di kiri kanannya penuh dengan manisan dan baju yang digayakan juga bercorak kek..

Bau kuih membangkitkan seleranya.. Dia lantas berbaring diatas kek yang dipijaknya tadi.. Dibuka mulut seluas yang mungkin acah-acah mahu makan sesuap..
Tetapi semua itu terhenti bila dia perasan ada seseorang sedang berdiri di depannya..
Dia mendongak dan menghadiahkan senyuman buat taehyung. Tapi reaksi taehyung sangat dingin tidak pernah namja pari-pari ini bermasam muka dengannya..

Song ji hyo bangun sambil berhadapan dengan taehyung.. Namja itu berjalan membelakanginya..
Dia membuntuti taehyung.
"Dalam dunia mimpi jangan makan benda yang awak mimpikan.. Itu akan memudaratkan diri awak sendiri. Cuba awak tengok lagi sekali apa yang awak cuba nak makan"
Ji hyo menoleh kebelakang alangkah terkejutnya dia bila kek yang nampak menyelerakan tadi bertukar menjadi pisau yang sangat panjang.. Dikeliligi darah yang berbau hanyir.
"Begitu juga di dunia,jangan pernah berikan hati awak untuk yang belum pasti awak dapat.. Kerana hujung-hujungnya nanti... Hati awak yang sakit.. Ingat tujuan awak kesana jangan pernah lari dari tujuan asal.. Segera jalankan tugasan awak... "Sambung taehyung..

Belum sempat ji hyo menjawab.. Tiba-tiba keadaan disekeliling mula gelap dan pudar..
Taehyung sudah menghilang tetapi suaranya bergema.
"Masa tidak menunggu... Selesaikan tugasan dalam masa 12 bulan.. Dan kembali ke tempat asal.. "..

Dunia yang dilihatnya indah kini berputar seperti Putaran mesin basuh dan song ji hyo sedar dari mimpinya..

Dilihat sekelilingnya dia berada di bilik..? Setahunya dia berada di ruang tamu malam tadi..
Bunyi ketukan pintu membuatkan song ji hyo diam..
Terjengul wajah lay yang sedang memegan segelas susu ditangan kirinya dan topang ketiak di tangan kanannya..

Topang ketiak diletakkan di tepi katil manakala lay mengambil tempat duduk di sebelah ji hyo. Tanpa kata susu dihulur..
"Minum sampai habis lepas tu pergi mandi.. Oppa tunggu dekat luar.. Lepas ji hyo dah siap panggil oppa.. Arreso "lay bangun dan keluar dari bilik ji hyo.

Ji hyo meletakkan susu dimeja sebelah katilnya lantas topang ketiak yang diletakkan dihujung katil diambil..
Perlahan-lahan dia cuba bangun entah macam mana kaki kirinya tersangkut pada cadar dan.. Buk..!!! Macam nangka busuk dia jatuh..
"Aduh!! "Ji hyo mengerang bila kakinya terasa sakit.. Bunyi pintu dikuak membuat ji hyo rasa bersalah kerana menjerit terlalu kuat.. Dia boleh je tahan sakit....

Lay mengalihkan topang ketiak dan mula mengangkat tubuh ji hyo.. Tubuh kecil molek ji hyo dikendung dan diletakkan di atas katil..
Dia bercekak pinggang memandang ji hyo.. Mukanya nampak ketat.
"Satu perkataan yang oppa nak ji hyo sebut bila ji hyo sedar yang kaki ji hyo tu berbalut dan tidak boleh berjalan dengan stabil.. Nak tahu apa perkataannya.. "Lay menggantungkan ayatnya..
"J. E. B. A. L"sambungnya lagi langsung tidak beri ji hyo peluang untuk bercakap bila sekali lagi tubuh ji hyo diangkat.

Pintu masuk tandas ditolak dan dia meletakkan ji hyo di atas bangku yang terdapat di dalam bilik air.
"Mandi.. Dan bila siap panggil oppa.. Arreso"lay keluar dari bilik air dan membiarkan ji hyo menguruskan keperluannya sendiri.

☆☆☆☆☆

Dua Baozi berintikan daging di ambil dari pengukus dan diletakkan di atas piring.. Lantas piring itu diletakkan di hadapan song ji hyo. Teh panas dituang di dalam cawan satu untuknya dan satu untuk song ji hyo..
Dilihat gadis itu hanya melihat saja makanan yang disediakan.
"Ini makanan favourite xiumin.. Dah ini aja yang ada dekat peti sejuk.. Teh ni khas oppa bawa dari changsa.. Minumlah"pelawa lay sambil menghirup teh yang sudah suam..

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now