Epilog

1.1K 52 2
                                    

"Roman?"

"Peliklah nama itu bang "

"Danial?"

"Klise sangat "

"Darius ?" 

"Raykal?"

"Darius Raykal ? Macam sedap je nama itu ,"kata Raisya . Dani tersengih . Danish memandang Dani tajam . 

"Abang , Rai sukalah nama itu ! Kita bagi nama anak kita Darius Raykal ea ?,"rayu Raisya dan itulah kelemahan terbesar Danish . Danish mengangguk . 

"Baiklah , tapi dengan satu syarat ! Abang bagi nama kat anak kedua kita nanti ,"kata Danish dan Raisya pun tersenyum . 

"Baiklah !,"sahut Raisya dengan senyuman . Dia meng'high five'kan tangannya dengan Daisy . Mereka tersenyum .Selepas dapat tahu kandungan Rasiya ialah lelaki , masing - masing teruja untuk memberi nama bayi Raisya dan Danish yang sememangnya ditunggu - tunggu kelahirannya . 

"Along ,"panggilan Danisha menyebabkan semua mata tertumpu ke arahnya . 

"Abang Aiman nak kata sesuatu kat along "

"Silakan , Aiman ?"

"Aku sebenarnya nak meminta kebenaran untuk ... "

"Untuk ?"

"Untuk mengaaaaaaa .. wih...wiwiwiwwi "

"Untuk apa ?!,"marah Danish . Dia tiada masa untuk melayani lawak bodoh Aiman . 

Aiman terkejut dengan sergahan Danish . 

"Oklah , sebenarnya aku nak minta kebenaran untuk nikahi adik kau , Danisha ,"ucap Aiman yakin . Sudah hilang gugupnya tadi selepas disergah oleh Danish . 

Danish memandang Aiman atas bawah . 

"Ok "

Aiman terkejut mendengar jawapan Danish .

"Ok ?"

Danish mengangguk sebelum menambah .

"Aku setuju dengan syarat kau datang dengan keluarga kau hujung minggu ni . Kita bincang balik semua benda masa itu ,"balas Danish , adiknya dikerling . Danisha tersenyum menyerlahkan wajahnya yang cantik berseri itu . Gembiralah itu orang setuju dengan calon suaminya . Ishh , budak ini baru 18 tahun dah galak nak kahwin ! Harapkan dia dah lama bercinta dengan Aiman itu saja Danish pertimbangkannya . 

Sedang mereka bergelak tertawa , Danish terpandang Daiyan yang sedang termenung jauh . Sejak sedar dari koma itu sahajalah yang dibuatnya . Termenung . 

Daiyan berjaya diselamatkan dan beransur pulih tapi sesuatu menyebabkan dia hilang kata . Aiman , gadis pujaannya pulang ke British menyebabkan dia rasa kehilangan . 

Azrul membantu Dian yang berkerusi roda . Selepas 6 tahun tidak sedarkan diri , akhirnya isteri kesayangan Azrul kembali membuka mata . Namun dia masih tidak dapat mengerakkan tubuhnya sepenuhnya kerana anggota tubuhnya itu terlalu lama berehat . 

Tapi Azrul terus tersenyum . Baginya , isterinya berada di sisinya sudah cukup membuatkan dia bahagia . 

Raisya memerhatikan suasana disekelilingnya . Semua tersenyum menggambarkan kebahagian mereka . Tentu sudah lama mereka tidak segembira ini . Raisya tahu selama ini keluarga ini diselimuti ketakutan . Sekarang ketakutan itu telah tiada . Rania juga telah dijatuhkan hukuman gantung atas kesalahan membunuh dan robot - robot yang diciptanya juga telah dirampas kerana tiada lesen khas untuk pembuatan robot - robot itu . 

Raisya memandang sang suami . Danish membalas pandangan Raisya . Mereka berdua melukis senyuman di wajah . Raisya berdoa agar kebahagiaan yang dirasanya sekarang berkekalan hingga ke hujung hayat . 

Aiman Harith dan Danisha membalas pandangan . Mereka tersenyum melihat kebahagiaan yang terhampar di hadapan mereka . 

Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora