Bab 4

1.1K 66 0
                                    

"Nish!"

Danish berpaling apabila namanya dipanggil. Kelihatan seorang gadis berkulit putih dan bermata sepet yang amat dia kenali dibelakangnya.

"Oh , Mina! Nak apa?,"soal Danish kepada Aminah. Aminah hanya tersengih .

"Nak kunci motor ,"kata Aminah sambil mengedipkan mata dengan muka tak bersalah.
"Kunci motor?Kau nak buat apa dengan kunci motor aku?,"soal Danish hairan dengan permintaan Aminah.

"Nak pinjam,"balas Aminah dengan muka tak bersalah. Danish mengaru kepalanya. Pening dengan perangai Aminah.

"Pinjam? Buat apa? Bukan kau dah ada motor ke?," soal Danish keliru .

"Ada tapi kunci motor aku hilang,"balas Aminah lalu merampas kunci motor di tangan Danish lalu meninggalkan Danish bersendirian. Danish blur sebentar sebelum teringat sesuatu yang penting .

"Hei! Mina! Kalau kau bawak motor aku, aku nak balik guna apa?,"jerit Danish kepada Aminah yang telah jauh meninggalkannya.

"Tumpang Danny!," balas Aminah sepatah lalu menunggang motor milik Danish. Danish hanya melihat Aminah sehinggalah motor yang ditunggang Aminah hilang dari pandangannya . 

"Aduh ! Hari ni dah lah Dani ada perjumpaan kelab ! Lewatlah aku balik hari ni ,"Danish berbisik sendiri . Dari jauh ada insan yang memerhati tingkah lakunya . 

"Mina ?,"bisik insan itu sendirian sebelum tersenyum sinis . Di dalam fikirannya tersimpan pelbagai agenda . Sebelum pergi , insan itu sempat menghantar satu mesej kepada Danish .

Telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej baru yang masuk . Danish mengeluarkan telefon bimbitnya . Memandangkan sudah tamat waktu persekolahan , pelajar bebas untuk menggunakan telefon mereka . 

'Danish , kau dah tengok gambar tu ?Tunggulah , nanti kau akan terima nasib yang sama '

'Siapa ni ? Adakah dia orang yang menghantar surat itu kepada aku ?,'Danish berteka - teki seorang diri .

"Along!,"Danish terkejut apabila bahunya ditepuk .

"Dani ! Kau ni ! Nasib tak tercabut jantung aku ,"bebel Danish kepada Dani yang berada di belakangnya . Dani hanya tersengih mendengar bebelan abang sulongnya itu . Dani sering merasakan yang abangnya yang macho dan cool itu comel apabila membebel , macam mak cik .

"Sorrylah , long tapi kenapa kau kat sini lagi ? Kenapa tak balik terus ?Tunggu aku ea,"usik Dani .

"Haah , tunggu kau . Kenapa ?,"balas Danish mengiyakan pernyataan Dani . 

"Tunggu aku ? Untuk apa ?,"soal Dani kebingungan dengan kata - kata abangnya .

"Motor aku , Mina ambik . Dia cakap kunci motor dia hilang , tu yang aku nak tumpang kau ni ," terang Danish kepada Dani .

"Hilang ? Mengarutlah,"kata Dani lalu mengeluarkan sesuatu daripada koceknya . Sebentuk kunci dengan keychain bentuk hati warna pink ditayangkan di hadapan mata Danish .

"Ini kunci motor dia . Tadi dia suruh aku pegang tapi aku lupa nak bagi balik sebelum keluar kelas tadi ,"terang Dani . Wajah putih Danish kemerah - merahan menahan marah . 

"Nasib baiklah dia tu Mina kalau kau , jangan harap aku lepas ,"kata Danish . Dia tidak sampai hati nak marah Aminah sebab dia kenal , faham dan mengerti diri Aminah sepertimana  Aminah kenal , faham dan mengerti dirinya . Dia sayang Aminah sangat - sangat kerana itulah insan  yang sudi mendengar segala duka laranya saat semua orang menutup telinga, insan yang sudi menemaninya saat tiada siapa disisinya dan insan yang Danish gelar sahabat .

Malam itu , Danish teringat sesuatu . Mesej tadi . 'Apa patut aku buat ? Patut ke aku bagitahu Mina pasal ni ?'

Danish menelefon Aminah .

Aminah : Hello 

Danish  : Hello , Mina 

Aminah : Oh , Nish ! Kau nak apa telefon aku malam - macam ni ?

Danish : Mina , aku rasa dia tengah cari aku...

Aminah : Siapa ?

Danish : Orang yang bunuh ibu dengan abah aku 

Aminah : Kau masih tak ingat muka dia ?

Danish : Tak . Takpelah , sorry telefon kau malam - malam buta ni . Bye .

Aminah : Hmm , takyah fikir sangatlah pasal itu . Kau tu baru je sembuh . Bye .

Danish menamatkan talian . Hatinya masih tidak tenang namun dia hanya mengikut kata Aminah , jangan terlalu banyak berfikir atau dirinya juga yang binasa .

Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now