Bab 18

795 57 2
                                    

Dani dalam kerisauan yang nyata . Siapa tak risau kalau tunang kesayangan kau hilang ?! Danish memandang adik lelaki kesayangannya . Dia risau namun dia yakin bahwa adik lelakinya itu lebih risaukan Aminah berbanding dirinya . 

"Sabar , kita buat laporan polis nak ?,"cadang Aiman , mula menyuarakan pendapatnya . 

"Mmmh , betul cakap Aiman itu . Dalam perkara ni , kita mesti bertindak rasional . Kalau dalam masa 24 jam tak jumpa dia , kita pergi buat laporan ,"balas Shahrul , setuju dengan cadangan Aiman . 

Danish dan Dani masih memikirkan perkara itu juga akhirnya setuju dengan cadangan itu . 

"Apa kata kita buat laporan terus ?Tengok bilik itu penuh darah , mungkin Aminah diserang ," kata Aiman lagi . Mereka semua mengangguk setuju . 

Raisya sedari tadi senyap . Hatinya bimbang tentang sesuatu . Sesuatu yang telah lama menghantui dirinya . Sesuatu yang tiada siapa tahu . Sesuatu tentang dirinya yang telah lama dipendam namun tidak dapat diluahkan walaupun perkara itu amat membebankan jiwa nurani milik Raisya . 

Kesepian melanda diri . Raisya berjalan ke dapur yang kosong . Orang lain semua di ruang tamu , sedang memikirkan Aminah yang menghilangkan diri . Mengambil kesempatan itu , Raisya mengeluarkan telefon bimbitnya . Nombor didail pantas . 

Raisya menghubungi orang itu . Selepas beberapa saat menanti , talian disambungkan . 

"Hello , Miss Raisya . May I help you?,"kata suara dari hujung talian itu .

"Miss Natasha ...  "

"Yes , darling . Can I help you ?"

"She gone..."

"Who ?"

"Aminah... "

"Oh ! Seen likes the game has started...,"kata Natasha . Sengihan diukir . Nampaknya Black Queen telah cuba memakan Prawn setelah cuba membunuh Knight . Kita lihat siapa yang menang di akhirnya ... Kau tunggu aku datang ... 



Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now