Bab 5

1.1K 63 2
                                    

"Kau tak akan hidup lama budak . Hari ni aku lepaskan kau tapi bukan selamanya "

Danish membuka matanya dan cuba untuk bangun tapi dia tak boleh . Bahunya luka dan penuh dengan darah . 

'Suara siapa tu ? Apa yang dia nak ?'

Kepala Danish sakit .

'Perempuan ? Rambut pendek dengan kot dan but hitam ? Siapa ? Aku tak dapat lihat mukanya tapi ditangannya ada pisau tajam penuh dengan darah .. Siapa dia ?'

Danish tidak dapat lihat apa - apa lagi . Apa yang dia nampak hanya darah dan ibu bapanya bermandian darah  . 

"Danish anak yang baik "

Danish membuka mata . Wajah kacaknya dilitupi peluh . Lagi . Sekali lagi dia menerima mimpi yang sama cuma mimpi ini agak berbeza . Siapa perempuan itu ? Adakah dia ialah orangnya ? Orang yang membunuh ibu dan abahnya ? 

Danish keliru . Tanpa membuang masa , dia bangkit . Jarum jam menunjukkan angka 5 . Dia harus mandi , solat dan bersedia untuk ke sekolah . 

Selesai mandi dan solat , Danish turun ke dapur . Kelihatan Daisy baru hendak memasak  . Apron dicapai  dan dipakaikan ditubuh agar baju tidak kotor . 

"Sayang along baru nak masak ke ? Sini along tolong ,"kata Danish mendekati Daisy yang sedang memotong bawang merah . 

"Along nak tolong ? Ni tolong goreng telur . Adik nak masak nasi goreng telur mata ,"kata Daisy dengan tangan yang tangkas bergerak . 

Adiknya itu terus membuat nasi goreng ayam . Danish tersenyum melihat kecekapan adiknya memasak . Memang sejak ibunya pergi , adik bongsunya ini yang melakukan kerja - kerja memasak dan mengemas . Kadang - kadang Danish kesian dengan adiknya yang masih muda itu . Baru berusia 12 tahun tapi semua kerja rumah dilakukannya sehingga tiada masa untuk bermain dengan rakan - rakan .

Usai siap mengoreng telur , Danish terus membantu menyediakan air tea 'o' panas . Selepas semuanya selesai , adik - adiknya yang lain turun dan menjamah sarapan . 

"Daisy , Danisha , hari ni ada kelas tambahan ke ? Sebab maksu tanya nak ambil kamu pukul berapa sebab hari ni maksu ambil  ,"kata Danish .

"Nanti Sha mesej dia ,"balas Danisha lalu mencapai tangan Daisy , mengajak kembarnya keluar kerana bas sekolah sudah sampai .

"Bye , along , angah , alang . Sha dengan adik pergi dulu ,"kata Danisha dan Daisy lalu menaiki bas sekolah mereka . 

Danish turut keluar . Dia harus ke sekolah cepat kerana hari ni ada majlis penting . Sampai di sekolah , Danish ternampak kelibat kawan baiknya , Shahrul dan Aiman .

" Sharul , Aiman , good morning ,"tegur Danish mesra . 

"Morning , Nish ,"balas mereka bedua mesra . 

"Hei , korang ! Kau ada dengan tak yang kita akan terima cikgu inggeris baru dari New York ?,"kata Aiman dengan nada teruja .

"Orang putih ke ?,"soal Shahrul .

"Tak , orang melayu tapi dah 15 tahun menetap kat sana ,"balas Aiman lagi .

"Lelaki ke perempuan , Man ? Kalau perempuan , mesti seksi . Tak suka aku ,"balas Danish dengan wajah yang sukar ditaksirkan .

"Unfortunely , perempuan tapi seksi tu tak pasti ,"balas Aiman .

"Eh , kejap ! Camne kau tahu semua ni ?,"soal Shahrul kepada Aiman .

Aiman tersengih . Danish dan Shahrul menggelengkan kepala , sudah masak dengan perangai Aiman yang satu ni . Harap je pengawas budak ni sorang tapi aduh ! Tak tahu nak buat apa dengan perangainya yang satu itu . 

"Apa ?! Biarlah ,"kata Aiman apabila melihat reaksi kawan - kawannya . 

"Tak baik curi - curi dengar orang bercakap ,"nasihat Danish sebelum mereka semua memasuki Dewan Gemilang .




Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now