Bab 20

822 55 1
                                    

"Kenapa kau nak bunuh aku sebenarnya ? Apa motif kau ? ,"soal Aminah kepada wanita berhoodie itu . 

Wanita itu tertawa tapi dengan nada lelakilah (kan dia pakai pengalih suara) . 

"Kau tanya kenapa ? Sebab kau !!! Ada hubungan dengan keturunan Ahmad !!! Aku benci Ahmad ! Benci !,"teriak wanita itu dengan nada tinggi seperti gunung everest dan suara yang garau membuatkan Aminah kecut perut . Siapa tak takut pembunuh duk depan kau dan menjerit sebab dia nak bunuh kau dan bila - bila masa je kau boleh mati .

'Danny , selamatkan Amy , Danny ! Amy tak nak mati kat sini ! Amy nak sehidup semati dengan Danny  , bukan mati depan manusia psiko ni ! ,'rintih Aminah dalam hati dengan harapan Dani akan datang menyelamatkannya . 

Sementara itu...

"We must do something , along ! We must save her !,"kata Dani separuh merayu . Dia dalam kerisauan yang nyata . Tunangnya diculik oleh seorang pembunuh yang telah membunuh ibu , abah , nenek dan datuknya . Macam mana dia tahu ? Jangan tanya , panjang ceritanya . Sekarang dia hanya fikirkan pasal gadis kesayangannya duduk bersama psiko dan bila - bila masa saja boleh mati .

"Kita pergi buat laporan dulu pastu kita baru fikir nak buat apa . Lagipun kita tak tahu Mina kat mana sekarang ni ,"balas Danish , cuba menenangkan hati dan fikiran Dani yang sedang bercelaru dengan pelbagai emosi ; sedih , risau , takut dan lain - lain .

Selepas membuat laporan tentang kejadian itu , mereka pulang ke homestay mereka . Semua mula berkemas barang . Mereka tak rela untuk tinggal di sini lagi selepas apa yang terjadi . Mereka akan berada di Kuantan untuk kes peculikan itu cuma bukan di tempat kejadian yang membuatkan hati mereka remuk dengan kebimbangan dan kesedihan . 

"Ya Allah , kau selamatkanlah Aminah . Lindungilah dia daripada sebarang bahaya yang menanti . Selamatkanlah dia . Atau sekurang - kurang , bagilah aku menatap wajahnya bagi kali terakhir , Ya Allah ,"doa Dani sejurus selepas menunaikan solat Mahgrib . 

"Dani ,"Dani terdengar namanya dipanggil dan suara itu seperti suara gadis kesayangannya . 

"Aminah ?!,"Dani berpaling . Hampa . Tiada siapa disitu kecuali abang sulongnya .

Danish sedih melihat adiknya . Dia perlu selamatkan kawan baiknya itu tapi baik bagaimana ? Dia tidak tahu bagaimana dan dimana ... 

'Ting!'

Oh , mentol dah menyala ! Aku ada idea ! Sabarlah , adikku sayang ... Aku akan selamatkan kekasih hatimu . 

"Uncle Is ,"Danish menelefon kawan baik ibunya a.k.a ayah angkatnya , Iskandar .

Iskandar mendengar luahan dan cerita Danish tentang penculikan Aminah dan insiden yang dirancang terhadap Dian dan suaminya . 

"Takpe , uncle akan membuat penyiasatan berkaitan hal ini . Jangan risau ,"kata Iskandar , cuba menenangkan hati Danish yang sedang gundah - gulana . 

Talian diputuskan .  Iskandar masuk ke bilik yang khaskan untuk barang - barang dan fail - fail tentang kes yang disiasat . Satu kotak yang dipenuhi dengan fail diambil . Pada kotak tersebut tertulis ' kes langgar lari Zuhayr dan Daniel' . 

Fail pertama dibuka dan ditelitinya . Fail kes cikgunya dan kawan baiknya yang dilanggar lari dimana hanya anak sulong mereka yang selamat dalam kejadian itu namun hilang ingatan tentang kemalangan itu akibat trauma . Kemalangan itu pelik . Amat pelik menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan hakim yang menjatuhkan kes itu sebagai kes langgar lari kerana dia merasakan kes itu kes pembunuhan . Gambar tempat kejadian , peristiwa dan pelbagai maklumat dikumpul namun masih tidak dapat menyelesaikan kes tersebut . 

Dia termenung memandang gambar tersebut . Sedang dia termenung , dia teringat sesuatu . Petang itu hujan lebat dan pembunuh itu tidak dapat dikesan malah apabila ditanya tiada pun kenderaan yang lalu selain lori yang dipercayai dipandu oleh pemandu yang mabuk . Kalau pembunuh itu sememangnya di tempat kejadian , pembunuh itu semestinya tinggal berhampiran dengan tempat kejadian . 

'Itu dia ! 'Dia' tinggal berdekatan jadi selepas ke tempat kejadian , dia terus pulang ke rumahnya tapi di mana ? Bukankah tempat kejadian penuh dengan semak - samun dan hutan ? Aku mesti siasat perkara ini ,'kata hati Iskandar . Membuak - membuak perasaan ingin tahu dalam dirinya . Siapakah si kejam yang membunuh orang sebaik Zuhayr dan cikgunya .


Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now