Bab 21

849 60 7
                                    

"Miss, we have found the document that you wanted,"kata salah seorang pegawai polis di situ lalu menyerahkan fail kepada ketuanya . 

"Okay . Thank you , Sam ,"kata ketuanya . Wanita yang berusia 33 tahun itu membelek maklumat yang terimanya . 

Dia tersenyum apabila melihat apa yang carinya di hadapan mata . 

' La casa del diablo,'dia tersengih . Akhirnya , dia jumpa lokasi yang dicarinya . Satu - satunya rumah di dalam hutan tebal di sebalik semak samun berdekatan dengan tempat kejadian kemalangan Daniel dan isterinya berlaku . 

"We going to this villa this evening,"kata wanita kepada anak - anak buahnya . Mereka hanya mengangguk dengan arahan ketua mereka . 

Manakala di pejabat milik Iskandar...

"La casa del diablo  ?,"bisik Iskandar perlahan . Akhirnya dia menemui apa yang dicarinya sedari dulu . 

Rumah 'dia' . 

"Sayang ! Abang nak pergi Cherating ,"jerit Iskandar dari pejabatnya . Johana masuk ke pejabat suaminya dengan segera .

"Cherating ? Buat apa pergi Cherating ?,"soal Johana , hairan dengan pernyataan suaminya itu . 

"Ambil budak - budak itu lah . Lagipun , Mina kena culik . Abang kena tolong Nish pasal hal ni ," terang Iskandar kepada isterinya . Johana mengangguk lalu meminta diri untuk mengemas pakaian yang akan dibawa Iskandar ke Cherating manakala Iskandar melihat kembali beberapa fail berkaitan dengan kes yang berkaitan dengan keluarga Danish dengan membawa satu fail tebal yang tertera 'DIA' . 

Manakala di sebuah hotel di Kuantan ...

Danish menyusun semula apa yang terjadi . Pertama , datuk dan neneknya juga ibubapa ayahnya mati dalam kemalangan langgar- lari semasa umur ayahnya 23 tahun iaitu  dua tahun sebelum ayahnya bertemu dengan ibunya . Ayahnya bertemu dengan ibunya semasa berusia 25 tahun dan ibunya berusia 17 tahun lalu bernikah setahun kemudian . Kejadian kedua , semasa dia , Danish berusia 15 tahun iaitu dua tahun lepas , ibu bapanya meninggal dalam satu kemalangan langgar-lari dimana ibunya semasa itu berusia 34 tahun dan ayahnya berusia 42 tahun . Kejadian ketiga adalah apabila mak sunya , Dian , adik kepada ayahnya , bersama suaminya , Azrul , dilanggar - lari . Mak sunya koma manakala pak sunya hanya cedera parah . Dan akhir sekali , Aminah , tunang adiknya juga kawan baiknya diculik semasa mereka semua pergi ke pantai pagi tadi . 

Dari apa yang disenaraikan , pembunuh tersebut ingin membalas dendam terhadap arwah datuknya , Ahmad juga seluruh keturunannya dan orang - orang di sekeliling mereka . 

Jika orang tersebut kenal akan datuknya dan telah membunuh datuknya lebih kurang 20 tahun dulu maknanya orang tersebut sekarang berusia masih dalam lingkungan 40-an jika ketika itu dia berusia dalam lingkaran 20-an . 

Orang tersebut ialah seorang wanita kerana dia teringatan akan mimpinya tentang kemalangan itu . Danish telah ternampak seorang wanita berpakaian serba hitam dan dia yakin itu ialah 'dia' , pembunuh bersiri yang ingin menghapuskan keluarganya . 

Selama dua tahun , Danish diserang trauma selepas kematian ibu dan ayahnya . Dia hilang ingatan tentang kejadian itu namun dia tahu kejadian itu bukan satu kemalagan biasa tapi satu pembunuhan . Sejak dia pulih , dia telah bersumpah akan menangkap si pembunuh itu dengan usaha dan kerjasama dengan Iskandar , kawan baik ibunya yang dianggap tak ubah seperti ayah kandungnya sendiri cuma abahnya tetap nombor satu dihatinya . Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat ayahnya  begitu juga dengan ibunya . Walaupun Mak sunya itu baik , penyayang juga menjaganya dengan penuh kasih sayang , dia sayangkan mak sunya cuma sayangnya terhadap arwah ibunya melebihi segalanya . 

'Ibu , abah , along janji ! Along akan tangkap 'dia' dengan apa cara sekali pun ! Along janji !," bisik hati kecil Danish . 

Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now