Bab 23

867 60 0
                                    

6.30 petang ... 

Iskandar tiba di hadapan hotel dimana Danish dan yang lain menginap . Dia ternampak beberapa motorsikal besar dan bebarapa orang lelaki yang dia anggap samseng . Iskandar ingin berlalu pergi namun sesuatu telah membuat dia terhenti . Iskandar menoleh sekali lagi . Dia ternampak kelibat adiknya , Azrul .

"Kim !,"panggil Iskandar .

"Oh , Abang Is ! Abang nak pergi mana ? Jumpa Nish ?,"soal Azrul sebaik sahaja perasan akan kehadiran abang angkatnya itu .

"Haah ! Kim datang sini nak ambil anak buah Kim ke ?,"soal Iskandar pula .

"Yalah , siapa lagi nak ambil diorang kalau bukan Kim ? Kalaulah Dian ada ... Mesti dia ikut Kim ke sini ,"kata Azrul dengan nada yang agak kecewa . Tujuan dia membantu Dani bukan sahaja kerana Dani itu anak saudara isterinya juga anak sepupunya tapi kerana ingin membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas isteri dan sepupunya . 

Iskandar memandang Azrul penuh simpati . Azrul Hakim , sepanjang hidupnya di saksikan oleh Iskandar . Walaupun mereka hanya adik - beradik angkat , lain ibu , lain ayah dan paling penting dia hanya anak orang gaji namun mereka dibesarkan bagaikan adik - beradik , berkongsi kasih - sayang papa , mama dan ummi . Hubungan abang dan adik mereka itu wujud walaupun tidak tertulis secara rasmi atau pertalian darah . 

"In sya Allah , Dian akan sedar . Banyakkan berdoa . Abang tahu Kim kuat . Lagipun Faizz perlukan Kim ,"kata Iskandar lalu menepuk bahu adik kesayangannya .  Cuba menyalurkan tenaga kepada adiknya . 

Azrul hanya tersenyum sayu . Dia teringat kepada anaknya yang sekarang berada di luar negara bersama ibu dan ayahnya . Anaknya itu baru berusia 12 tahun namun dia terpaksa berpisah dengan Azrul dan isteri keana dia merupakan waris utama The Two Captain menyebabkan beberapa kumpulan gangster ingin membunuhnya .     

"Ya , abang . Jom naik atas jumpa diorang ,"kata Azrul sebelum mereka berdua menuju ke lif dan menaiki lif untuk ke tingkat 10 , dimana bilik para remaja itu berada . 

'Bilik 110 , bilik Danish dan Dani manakala bilik 111 dihuni oleh dua kawan Danish dan bilik 112 , tiga orang gadis menginap ,'fikir Iskandar , mengingati kata - kata Danish semasa mereka berbual di atas talian pagi tadi . 

Iskandar mengetuk pintu bilik 110 . Azrul hanya memandang tingkahlaku abangnya .

"Ya?,"kata seorang budak lelaki yang hensem sebaik saja pintu bilik dibuka . Melihat siapa gerangan yang berada di luar , budak lelaki itu menjemput mereka masuk . 

"Uncle Is dengan Pak su rupanya . Masuklah ,"kata Danish . Kedua - dua lelaki yang berada di usia 30-an itu masuk ke dalam bilik itu . 

"Mana Dani ?,"soal Azrul sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam bilik itu . 

"Itu dia . Celah itu ,"balas Danish , jarinya ditujukan ke arah kawasan pemisah di antara katil dan dinding . 

Azrul menuju ke arah kawasan yang ditunjuk oleh Danish . Alangkah terkejutnya dia melihat seorang budak lelaki yang terbaring lesu . Wajah budak lelaki itu kelihatan amat sedih dan matanya yang besar kelihatan agak kemerah - merahan . Di tangannya dipegang erat satu gambar . Gambar Aminah ... 

"Abang , boleh tak abang je yang bawa budak ni balik ? Kim rasa Kim nak kena bawa Dani ini somewherelah ,"kata Azrul kepada Iskandar . Iskandar hanya mengangguk , membenarkan adik lelakinya pergi bersama Dani . 

"Danny , kalau kau nak selamatkan Aminah , kau kena kuat . Cepat bangun , kita akan mulakan operasi itu malam ini juga ,"bisik Azrul ke telinga Dani . Dani mengangguk . Dia segera bangun dan mengikuti jejak langkah bapa saudaranya itu . 

Danish hanya memandang kelibat adiknya berlalu . Sekarang dia perlukan selesaikan masalah yang di hadapi . Danish dan Iskandar pun mula berbincang tentang hal itu dan Iskandar menyatakan bahawa dia telah tahu dimana Aminah di sembunyikan . 

Mereka bertolak daripada Kuantan ke tempat asal mereka . Selepas menghantar adik - adiknya dan kawan - kawannya , Danish memandang tepat ke mata Iskandar .

"Jom ,"kata Iskandar . 

"Jom ! Kita akan jadi orang pertama yang selamatkan Mina ,"kata Danish tanpa menyedari dua lagi pesaing yang lebih ke hadapan dalam misi menyelamatkan sahabat baiknya . 


Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now