Bab 13

979 61 0
                                    

Danish bersiap sedia untuk berkhemah ! Yeah ! Hari ni dia , Raisya , Dani , Aminah , Aiman , Shahrul dan juga adik-adik kembarnya akan ke Cherating ! Daiyan tak ikut sebab dia ada rancangan lain dengan kawan dia . Entah pape budak itu ! Mmmh , budak zaman sekarang ! Lebihkan kawan daripada keluarga ..

"Adik dengan Sha dah siap ? ,"soal Danish dengan senyuman manis . Mestilah manis , nak jumpa buah hati ! Mohon cemburu sebab abang kacak awak ni dah ada buah hati ! Haha ! Gurau - gurau !

"Dah ! ,"balas si kembar . Terujalah tu . Danish hanya tersengih melihat gelagat adik - adiknya . Nampaknya bukan dia seorangnya teruja kan ?

"Piiinnnn!!!"Kedengaran bunyi hon yang membingitkan telinga . Danish dan adik - adiknya menoleh . Mamat sengal ni rupanya ! 

"Woi ! Bisinglah kau ni ! Habis jiran - jiran aku dengar dan nanti dia mesti marah aku! Kalau ya pun nak panggil suruh aku keluar , tekanlah loceng ke atau call jelah kata dah sampai  ,"bebel Danish kepada Aiman yang dah tersengih - sengih menampakkan gigi putih miliknya . Biasalah , orang gelap memang macam itu , gigi bersinar(gurau je). 

"Mmmh , sorry - sorry ! Aku malas sebenarnya ! Hahaha ! Oh , dua orang itu adik kau ke ?,"soal Aiman apabila tersedar dua gadis yang berada dibelakang Danish . 

"Dah besar panjang dah sekarang ! Dulu kecil lagi , comel - comel dengan pipi gebu ! Sekarang , waduh ! Kalah wanita melayu terakhir ,"puji Aiman .Mata Aiman tidak lepas daripada memandang wajah si gadis .

"Haah , kenapa ? Berkenan ? Kalau berkenan , masuk jelah meminang ,"kata Danish apabila sedar kawan baiknya itu dari tadi asyik tenung adik perempuan .

"Serious kau ?! Kalau tak lepas SPM , terus aku hantar rombongan meminang ,"kata Aiman dengan sengihan .

"Seriouslah , hantar jelah rombongan meminang nanti aku tolaklah pinangan kau itu ," balas Danish selamba . Aiman geram .

"Kalau nak tolak , baik kau kata je tak payah hantar ,"balas Aiman dingin.

"Kau ni ! Kata je budak bijak ! Calon straight A + ! Tapi itu pun tak boleh fikir ? Haruslah aku tolak sebab satu , kau nak hantar rombongan lepas SPM . Kerja takde , apa takde , ade hati nak kahwin ! Dua , adik aku itu baru 12 tahun ngok ! UPSR pun belum lepas ! Agak - agak ah ,"balas Danish serious . Dia meluku kepala Aiman tapi kena menjinjitlah sebab Aiman itu tinggi sangat , dia pun takat mata je .

"Aduh , sakitlah ! Tapi sebelum itu , mana Dani ?,"soal Aiman apabila tersedar yang Dani tiada bersama Danish . 

"Oh , kita ambil dia kat rumah Aminah , al - maklumlah , orang tu subuh tapi dah pergi rumah bakal mak mentua katanya nak tolong Aminah angkut baranglah , apalah . Jom ,"kata Danish sesudah memasukkan keperluannya kedalam bonet . 

Mereka berempat masuk ke dalam kereta Toyota Inova milik Shahrul . Shahrul yang dari tadi duduk di tempat pemandu hanya diam . Biasalah sebab buah hati dia tak ikut sekali . Nak buat macam mana ArQis itu demam sebab tulah Aminah ajak Raisya ikut , buat penuh kereta katanya . 

Apa - apapun , Yahoo ! Raisya ikut !

Sampai di rumah Aminah , tiga insan telah tercegat di depan pagar . Junior mereka iaitu tidak lain tidak bukan ialah Dani and the gang ! Gurau je . Dani , Aminah (a.k.a Bakal Adik Ipar) dan Raisya (a.k.a Future Wife). Ok , tak lawak . 

"Jom ! ,"mereka semua pun masuk kedalam kereta Shahrul setelah Dani mengangkat beg - beg si gadis ke dalam bonet .

Mereka pun memulakan perjalanan ke Cherating . Yahoo ! Yeah !



Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt