Bab 2

1.3K 76 1
                                    

Danish memandang gambar yang terletak dalam walletnya . Gambar terakhirnya bersama ibu dan abahnya sebelum mereka meninggal dunia . Gambar yang penuh dengan kegembiraan dan senyuman yang ceria tanpa tahu nasib buruk yang mendatang . 

'Ibu.. Abah.. Along janji akan banggakan ibu dan abah , jadi anak dan abang yang baik ,"kata Danish sambil mencium gambar itu . 

Tiba - tiba , kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar . 

"Siapa ?"

"Angah"

"Masuklah"

Dani masuk ke dalam bilik abang sulongnya yang kelihatan bersih dan kemas . Alongnya yang sedang duduk bersandar di atas katil itu dihampiri . Dani terus duduk disebelah alongnya . 

"Kau tengah buat apa , long ?"soal Dani kepada Danish .

"Aku ? Tengah tengok gambar ni . Cantikkan ,"kata Danish seraya menghulurkan walletnya . Dani memandang gambar yang dikatakan oleh alongnya .

"Hmmh , cantik . Senyuman ibu , abah dan kau manis sangat ,"puji Dani namun pujiannya kedengaran amat sayu dan pilu . 

"Kau tahu tak itu gambar terakhir yang aku ambil dengan ibu dan abah ?,"kata Danish .

"Tahu,"balas Dani . Danish dan Dani amat rapat oleh kerana jarak umur mereka tidak jauh , hanya setahun berbeza . Semua benda mereka berkongsi bersama , suka , duka , minat dan hobi . Semua benda mereka bersama tapi kini tak lagi . Tak lagi sejak ibu dan abahnya meninggal dunia . 

"Kenapa kau cari aku sebenarnya ?,"soal Danish apabila sepi melanda diri mereka . 

"Sebenarnya aku nak bagi ni kat kau ,"Dani hulurkan sekeping surat yang tertulis 'to : Danish Haikal'.

"Aku pergi ambil surat dalam peti surat pastu aku nampak ada nama kau jadi aku datang ni nak kirim benda nilah,"terang Dani .

"Siapa hantar?"

"Entah,"kata Dani sambil menjongketkan bahunya .

"Eh , long ! Aku keluar dulu err , aku nak siapkan kerja sekolah ,"kata Dani sebelum melangkah keluar dari bilik Danish . Danish hanya mengangguk . 

"Siapa pula hantar surat kat aku ni ?,"Danish berteka - teki dengan diri sendiri , memikirkan gerangan siapa yang menghantar surat tanpa nama ni .

Danish membuka sampul surat itu . Dikeluarkan isinya . Terdapat dua keping gambar dan sehelai kertas yang berlipat , mungkin surat buatnya . Danish mengambil gambar itu dan melihatnya . Matanya terbeliak memandang gambar tersebut . 

Gambar dua pasang suami isteri dalam dua gambar dan .. kedua - dua berlumuran darah . Satu daripada ialah pasangan yang di amat kenali . Ibu dan abahnya ! Manakala gambar kedua juga pasangan yang dikenalinya namun hanya daripada gambar yang abahnya tunjukkan . Datuk dan neneknya yang sudah lama meninggal dunia , sebelum dia lahir lagi ! 

Tapi kenapa ? Apa motif pengirim ini hantar gambar yang kejam seperti ini ? Tangan Danish ligat membuka lipatan surat yang diterimanya . Danish terus membaca isi kandungan surat tersebut .

'Hei , budak ! Kau dah tengok gambar yang aku hantar itu ? Mesti kau dah tengokkan . Kau nak tahu kenapa aku hantar gambar ni ? Sebab kau sasaran aku seterusnya . Bukan kau je tapi semua orang yang rapat dengan kau akan merana sebab kau dan keluarga kau yang tak guna tu !'

"Ya Allah ! Apa semua ni ?!,"terkejut Danish membaca semua ni . Kenapa ? Apa salah dia ? Apa salah keluarga dia terhadap orang itu ? Kenapa orang itu sanggup membuat benda yang kejam macam ni ? Hati Danish tertanya - tanya .

"Along ! ,"jeritan Daisy dan ketukan dari luar bilik memeranjatkannya . Cepat - cepat Danish menarik laci dan menyimpan surat dan gambar itu ke dalam laci di bawah katilnya . 

"Ya , sayang . Ada apa ?,"soal Danish lembut kepada Daisy yang tercegat di hadapan pintu biliknya . 

"Jom makan ! Adik dah siap masak ,"kata Daisy lalu memaut lengan sasa milik abang sulongnya . Senyuman indah terukir di bibir Danish hilang sebentar kerisauannya . 

Adik - adiknya amat pandai memujuk hatinya . 




Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now