24

726 66 44
                                    

24

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

24...🍃

BERJENGKET-JENGKET kaki Rafeah melalui ruang tamu itu. Bimbang mengeluarkan bunyi kerana ruang tamu itu berlantaikan papan. Pasti berbunyi jika berjalan terlalu laju. Apatah lagi di malam yang sunyi seperti ini. Jelas sekali setiap bunyi yang terhasil meskipun sekadar bunyi jarum yang jatuh di lantai.

Setelah melalui perdebatan batin yang sangat menekan jiwa dan raganya, Rafeah akhirnya tertidur begitu saja. Dia tidak mengendahkan bunyi ketukan di pintu, di mana Su Timah terjerit-jerit memanggil namanya namun dia sudah tidak sedar apa. Sedar-sedar saja sudah pukul 11:00 malam.

Perutnya berkeroncong minta diisi. Keluar dia ke dapur, di situ masih ada Su Timah yang duduk termenung. Wajah perempuan tua itu sugul dan tampak lemah. Rafeah tidak tahu apa yang membuatkan wajah Su Timah terlihat seperti itu. Malas dia bertanya.

Sedikit malu dan segan kerana tertidur, dia ambil juga pinggan dan makan sedikit nasi sekadar alas perut. Ruang dapur sunyi seakan hanya dia seorang makhluk bernyawa yang ada di dapur walhal ketika itu Su Timah ada sekali dengannya.

“Sikit aje makan Feya?” Baru Su Timah menegurnya apabila dia angkat pinggan ke singki.

“Tak ada selera sangat, Su.” Rafeah basuh sebiji pinggannya. Kemudian dia buka peti ais mencari air sejuk.

“Feya tak sihat ke?”

Rafeah geleng. “Taklah, Su. Saja aje kut perut ni. Mengada-ada.”

“Su tak tidur lagi?” Ikutkan hati dia tidak mahu bertanya, sekali-sekala berbasa-basi rasanya tidak salah.

“Tunggu Maliki tak balik-balik.”

“Oh!” Reaksi spontan Rafeah. Tiba-tiba terbayang sekilas adegan kasmarannya bersama Maliki. Darah pantas menyerbu naik ke muka. Rafeah pasti wajahnya sedang merona.

Sial! Maliki buat Rafeah merona? Sudah sejak sekian lama pipi Rafeah tidak pernah merona buat mana-mana lelaki. Kenapa malam ini hanya kerana teringatkan adegan tak seberapa itu, Rafeah boleh jadi merona? Kegilaan dan ketololan apakah yang sedang melanda Rafeah?

“Jarang Maliki balik lambat. Mana pula budak bertuah tu pergi. Risau Su,” adu Su Timah pada Rafeah.

“Tak ada apa-apalah, Su. Sekejap lagi baliklah tu. Mungkin dia singgah rumah kawan ke. Ke mana-mana tapi dia lupa nak bagi tahu Su.” Rafeah cuba tenangkan hati Su Timah.

Rafeah rasa Maliki merupakan cucu kesayangan Su Timah. Melihatkan Su Timah risaukan Maliki yang sudah di hujung usia 20-an, Rafeah hanya mampu benamkan perasaan menyampahnya di dalam hati.

Maliki dah besar panjang. Nak risaukan apa? Lelaki pula. Entah-entah lelaki itu keluar kepelesiran cari perempuan. Mana tahu nak lepaskan nafsu dengan Rafeah, malu pada Su Timah. Takkanlah sedikit pun Maliki tidak terangsang selepas adegan penuh berahi mereka tadi.

Tanpa sedar bibir Rafeah mencebik. Huh, berlagak alim. Alim-alim tahi kucing! Kalau alim sangat, awal-awal lagi Maliki sudah menolak Rafeah. Ini tidak, bengkak jugalah bibir Rafeah selepas mereka bercumbuan tadi.

“Maliki tu walaupun lepas Long Siah pindah dekat rumah belakang yang baru beberapa tahun dibuat tu, setiap kali balik kampung dia pasti akan balik rumah Su. Tidur dekat sini. Katanya dia lebih selesa tinggal di rumah Su.” Su Timah bercerita.

“Selain anak Su yang bongsu, Malikilah cucu yang paling rapat dengan Su. Yang lain pun baik juga dengan Su, manja juga tapi tidak serapat Maliki.”

Rafeah hanya terangguk-angguk. Tidak tahu mahu membalas apa. Perut sudah kenyang, dia mula terasa mengantuk semula.

Hampir setengah jam Rafeah melayan cerita Su Timah tentang Maliki. Walaupun Rafeah hanya pinjam telinga, bukan berbalas cerita dengan Su Timah, banyak juga maklumat tentang Maliki yang dapat disimpan ke dalam otak Rafeah.

Apabila mendengar bunyi enjin motosikal Maliki, Rafeah lekas-lekas minta diri untuk tidur. Tak lama selepas dia masuk ke dalam bilik, dia dengar Su Timah bertanyakan ke mana Maliki pergi. Suara jawapan Maliki tidak pula didengari. Apabila dia intai semula ke luar bilik, ruang tamu sudah gelap gelita. Maliki dan Su Timah hilang. Mungkin mereka sudah masuk tidur.

Dan kini Rafeah terjaga lagi. Dia haus. Setelah itu tekaknya meminta air. Dia menyesal tak bawa air masuk ke dalam bilik tadi. Dalam peti ais Su Timah, banyak botol kecil berisi air kosong. Haih, takkan nak keluar lagi? Dah tengah malam. Berapa kali dah dia terjaga malam ini. Ikutkan hati, malas sebenarnya dia nak keluar dari bilik, mahu membiarkan sahaja tekaknya meminta-minta.

Namun, setelah hasratnya menyambung tidur gagal terlaksana dia akhirnya keluar dari bilik. Niatnya, dia mahu ke dapur untuk mengambil segelas minuman buat hilangkan haus tekak. Kalau perlu dia akan bawa sebotol air masuk ke dalam bilik. Senanglah dia kalau dahaga semula.

Suasana di ruang tamu gelap gelita. Hanya lampu di luar rumah saja dibiarkan terpasang. Ketika dalam perjalanan ke dapur itu, Rafeah perasan sebuah bilik kelihatan bercahaya. Terlihat melalui bawah pintu bilik itu. Kalau tidak silap Rafeah itu bilik Su Timah.

“Belum tidur lagi ke orang tua ni? Buat apa lagi pagi-pagi buta macam ni? Nak kata tunggu cucu kesayangan, bukan cucu dia dah balik ke?” Soal Rafeah kepada diri sendiri.

“Hesy, sibuklah kau Feya! Suka hati dialah nak buat apa pun. Rumah dia. Apa kau peduli?” Gumamnya lagi.

Ding! Ding! Ding! Bunyi yang kuat itu mengejutkan Rafeah. Kus semangat! Nasib baik tak tercampak keluar jantung Rafeah kerana bunyi keras itu.

“Kurang ajar punya jam! Kau nak bunuh aku ke?” Rafeah memandang jam antik di ruang tamu di sebelah kabinet mengisi pinggan mangkuk  milik Su Timah. Huh, semua antik! Barang-barang Su Timah semuanya antik seperti Su Timah juga. Tak selera Rafeah dengan cita rasa antik Su Timah.

Rafeah menyambung kembali langkahnya. Malas buang masa lagi. Baru pukul 3:00 pagi. Selepas minum nanti, boleh dia sambung tidur semula. Sewaktu sampai di hadapan pintu bilik yang bercahaya itu langkah Rafeah terhenti.

Rafeah menghampiri pintu bilik itu. Telinganya diletakkan pada daun pintu. Lama dia terpaku sambil telinga dipertajamkan.

Sayup-sayup dia mendengar suara mendayu-dayu. Sudah sepertiga  malam. Mengingatkannya mungkin ada orang yang masih rajin bangun pada waktu seperti ini. Sanggup mengorbankan waktu tidur untuk sujud kepada-NYA.

Su Timah salah seorang daripada manusia itu. Sama seperti yang emak dan bapak selalu lakukan semasa hayat mereka. Dia juga sering melakukannya sewaktu masih tinggal di rumah emak dan bapak.

DOSA Yang Bernama RAFEAH Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum