23

1K 81 30
                                    

23

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

23...🍃

Syakila juga sepertinya. Suka minum, terkadang Syakila rajin melayan lelaki hidung belang di kelab malam yang mereka kunjungi. Namun hanya setakat itu. Syakila tidak pernah membiarkan lelaki lain sampai menelanjanginya di tempat tidur. Tidak pernah sama sekali seingat Rafeah. Satu-satunya lelaki yang dapat meratah tubuh Syakila hanya Hadif seorang.

Perempuan itu amat tergila-gilakan Hadif. Barangkali penangan ditiduri Hadif buat pertama kali saat mereka sama-sama mabuk masih sangat terkesan pada Syakila. Lantaran itu Syakila sanggup menunggu Hadif. Bahkan semasa Hadif sudah mempunyai perempuan yang lelaki itu suka, Syakila masih dengan kebodohannya yang mengharapkan Hadif akan menyedari kehadirannya.

Haih, bodohlah! Mana Hairi tidak marah! Sebut nama Hairi, rindu pula Rafeah dengan belaian mesra dan penuh kasih sayang Hairi. Argh, tak pasal-pasal dia terangsang!

Nak main sendiri ke? Ah, bodohlah! Mana best! Rafeah baru saja mahu membuka bajunya tatkala pintu biliknya diketuk.

“Sial!” Desisnya marah. Ada saja yang mengganggu aktivitinya.

“Siapa?” Tanpa sedar suaranya meninggi. Dia membuka pintu bilik dengan agak kasar.

Maliki! Lelaki itu merenungnya dengan pandangan yang cukup tajam. Apa lagi yang tidak kena dengan lelaki ini? Setiap kali menatap Rafeah, selalu saja pandangan penuh kebencian yang diberikan. Salah apa Rafeah padanya?

“Hurm, nak apa?” Malas pula Rafeah mahu beramah-tamah dengan makhluk yang jelas-jelas membencinya.

“Tok ajak makan.”

“Yalah.” Rafeah membalas malas.

Maliki bergerak meninggalkan Rafeah yang masih berada di muka pintu, tegak berdiri dengan pandangan terangsang menatap belakang Maliki.

Kalaulah dapat Maliki, sedapnya. Dapat juga lepas gian. Otaknya yang kurang waras kerana rangsangan tubuhnya yang gagal dikawal membuatkan matanya menjadi kuyu.

Tidak disedari Maliki kembali di tempatnya berdiri. Dia hanya menyedari apabila Maliki memetik jari di depan mukanya. Tahu-tahu saja ketika itu tangan Rafeah sudah bermain di dada sendiri.

Shit! Hati Rafeah menyumpah seranah. Macam mana dia boleh tak sedar? Cepat-cepat Rafeah jatuhkan tangannya lalu berdeham. Rafeah yakin mukanya sudah merah semerah-merahnya menahan malu.

Maliki menyeringai sinis. “Jadi betullah kata orang hang kerja pelacur selama ni?”

Mata Rafeah melotot memandang Maliki. Lelaki itu tidak mengubah riak wajahnya. Nampak jelas dia jijik dengan Rafeah.

Hang jangan nak merepek!” Bentak Rafeah marah. Sakit pula hatinya digelar pelacur oleh Maliki. Dia bukan pelacur! Dia pelayan profesional. Pelayan high class! Siapa Maliki nak gelarkan dirinya pelacur?

DOSA Yang Bernama RAFEAH Where stories live. Discover now